Assalamualaikum.
Aku dulu pernah sekolah berpendidikan agama, dan kuat menekankan baiah solehah dalam kehidupan asrama. Malah ibubapaku juga kuat menekankan kehidupan beragama dalam rumah. Oleh itu, corak yang terbentuk dalam diri aku adalah bercorak indahnya bersama Tuhan.
Sekali pun aku bukanlah insan terbaik, dan selalu juga melakukan kesalahan dan dosa, tetapi hati aku tetap tersentuh dengan kalimah-kalimah Tuhan. Aku masih merindui ketika aku meletakkan sepenuh pengharapan kepadaNya. Itulah hakikat kejadian manusia, iaitu sentiasa mengharapkan kepada Tuhannya. Kerana pada ketika itu, kita akan merasakan suatu ketenangan dan kedamaian yang tak terucap dek kata. Tidak dapat ditandingi dengan pangkat, harta, wang, mahu pun kuasa. Sehinggakan kita merasakan semua perkara yang lain tidak diperlukan lagi kecuali mengharapkan redhaNya.
Hm.. hidup ini penuh rintangan. Aku kini diuji dengan ujian kebendaan. Aku kini berdepan dengan golongan berada dan kaya. Mereka pakai kereta Mercedes, aku pakai kereta cikai-cikai aje. Mereka berpakaian penuh gaya dan harum, aku pula berpakaian biasa-biasa aja. Baju pun baju lama sejak mula kerja lagi. Mereka membuatkan aku tergamam dan kagum, namun hati aku tak mahu. Hati aku rasa serba salah untuk mengikuti gaya hidup seperti itu. Secara logiknya, aku perlukan juga kekayaan untuk menyara diri dan keluarga aku. Secara logiknya juga, status aku perlu berkereta mewah juga berpakaian mewah.
Tapi hati aku tak tenteram..
Akhirnya, alunan ayat-ayat Allah yang dapat menenangkan hati ini. Inilah yang aku mahukan, tanpa hati aku ragu-ragu lagi.
Aku mahu pilih Allah dalam kembara aku di dunia bisnes ini.