31 December 2010

MLM datang lagi.. kali ini HAI-O

Assalamualaikum..

Pernah tak anda didatangi ejen2 MLM yang mempromosikan produk/plan pemasaran MLM mereka? Ya, tentu pernah jika anda bergaji tetap/kakitangan kerajaan.

Saya pun baru sahaja didatangi ejen MLM yang mempromosikan HAI-O. Yang peliknya, diorang ni sanggup datang jauh-jauh nak jumpa kita sekali pun kita tak seberapa minat nak dengar. Bab buat duit tu, saya minat. Tapi kebiasaannya, bab produk tu jarang sekali menarik perhatian aku.

Kali ini, saya rasa lain sikit. Mungkin kerana pernah diperkenalkan dengan 3 jenis MLM yang lain, maka saya lebih mudah memahami plan pemasaran mereka.

Sejak akhir-akhir ini, bila hutang sudah mulai menimbun, saya mula risau dengan kedudukan kewangan saya. Saya mula mencari-cari sumber pendapatan lain untuk menampung kos hutang. Bukanlah tak cukup dengan duit makan gaji, tapi bila saya berfikir untuk jangka masa panjang, saya pasti dalam kesusahan nanti.
Anak dah nak masuk 2. Memanglah setiap anak yang lahir, Allah dah tetapkan rezeki mereka masing-masing. Tapi, Allah juga mahu kita berusaha untuk mencari rezeki itu. Salah jugak kalo hanya bergantung pada takdir semata-mata tanpa berusaha, kan? Jadi, risau jugak saya mengenangkan duit gaji yang cukup-cukup makan je ni.

Kereta pun dah berumur 7 tahun. Memanglah masih elok lagi, tapi berapa lama lagi kereta tu boleh bertahan. Maintenance pun dah makin meningkat. Ganti tayar satu pun dah RM60. Lambat-laun, kena ganti jugak kereta baru. Aduh..!

Rumah belum ada lagi. Berapa lama aku nak menyewa je. Makin lama, harga rumah makin mahal. Sama je macam emas. Nak beli seutas rantai pun kena berfikir panjang, mengenangkan harganya.

Dah 3 tahun kerja, bersamaan dah 3 tahun bekerluarga ni.. aku rasa semakin tak cukup gaji yang aku terima bulan-bulan.

Sebab itulah, aku dah mula terbuka minda untuk menerima sikit-sikit tentang apa jua cara yang halal dalam menjana pendapatan sampingan. Dengan kemampuan kewangan yang semakin sempit, aku perlu berhati-hati dan meneliti sehabis mungkin setiap peluang yang muncul di depan mata..

HAI-O.. you've got my attention, now.

Do you believe in MLM? Give me your feedback, Thank you.

29 December 2010

Menyambut kelahiran kembar.. Kembar kedua meninggal..

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam, aku sekali lagi onkol. Bermula sahaja jam 8 pagi, hp aku dah berdering. Panggilan kecemasan datang daripada Labour Room.

"Aduh, baru je hantar anak ke rumah pengasuh, belum sampai hospital lagi dah ada kes kecemasan. Ya Allah, tolonglah aku.." Getus aku sendirian ketika memecut kereta menuju perkarangan Hospital Tanjung Karang.

Tanpa mempedulikan orang di sekeliling, aku terus berlari ke Labour Room. Dalam fikiran aku, aku tau kes-kes kecemasan O&G memang betul2 KECEMASAN. 
Nobody should died from normal delivery, that's what our O&G mortality teams always hope for. And their hopes are put onto us, hospital, with their very watchful eyes..
Rupa-rupanya ibu yang mengandung anak kembar dua, sedang sarat dah nak bersalin. Pintu rahim (os) dah 8 cm. Baru 35 minggu. Contraction dah strong. CTG nampak reactive. Kembar berkongsi uri tapi sarung kantung masing-masing (monochorionic, diamniotic).

Hm.. nak hantar hospital pakar, perjalanan ambik masa 1 jam. Ish, jauh sangat. Biarlah bersalin kat sini je. Sambil2 tu, aku turut panggil rakan2 doktor yang lain untuk membantu (dan, sebagai back-up kalau apa2 terjadi, aku boleh jawab yang aku dah berusaha mendapatkan pertolongan. Kena tahu gak cara-cara nak protect ourself from lawsuit.)

So, dengan beraninya, kami buat keputusan untuk sambut kelahiran bayi kembar itu..

Kembar pertama dalam kedudukan cephalic presentation (kepala di bawah). Head dah engaged (kepala dah masuk ruang pintu keluar). Teran punya teran, akhirnya keluar juga kembar pertama seberat 2.65kg dengan selamat. Apgar score 9 in 1 min. Very vigorous.

Alhamdulillah.. Kembar pertama dah selesai. Kini, menanti kembar kedua. Kedudukan bukan cephalic. Tapi macam breech. Ish, kami sedikit bertelagah dalam menentukan kedudukannya. Mesin scan yang dah berusia lebih 20 tahun tu tak membantu langsung. Kabur je gambar dia. Tensennya..

Bila seluk dari bawah, terasa macam hujung kaki. Aku kata, footling presentation. Tapi, senior dapat rasa buttock. So, decide untuk consult O&G specialist. Dr Yus menjawab, dan menasihatkan agar sambut kelahiran breech tu. Tapi, minta hubungi lagi jika berlaku apa2.

Ok.. kami pun tnggu. Dengan penuh debaran.

Bila pesakit tu meneran semula, yang keluar adalah......... tangan!!! Seperti menghulur untuk bersalaman. Maka, kelam-kabut kami dibuatnya. Rupa2nya transverse lie! (kedudukan melintang).

Ambulans dipanggil untuk standby segera.
Dr Yus dihubungi kembali untuk rujukan segera. Diterima.
Pesakit terus dipindahkan ke stretcher ambulans,.. dengan tangan bayi tu masih terjulur di pintu rahim. Ngeri? Sememangnya mengerikan.

Dan.. aku jugak le yang kena accompany sebab aku yang onkol. Huhuhu. Apalah nasib badan ni. Sepanjang perjalanan, degupan jantung aku lebih kencang daripada pesakit. Kalau bayi tu tak  mahu tunggu, nak kuar jugak kat tengah2 jalan, terpaksala aku seorg diri sambut bayi tu tanpa bantuan rakan doktor lain. Huhu...

Bila pesakit tu, mengerang kesakitan sebab datang contraction (rahim mengeras), lagi la bertambah laju degupan jantung aku. Nasib baik takde sakit jantung.

Tapi.. selamat jugak kami sampai di Labour Room Hosp. Sg Buluh. Fuh.................... betapa leganya hati aku tak terkira. At least, the responsibility and the pounding heart, I can safely passed on to the specialist. Hehehe..

Bila balik, aku dimaklumkan yang kembar kedua itu tak dapat diselamatkan. Malah, sebenarnya didapati telah lama meninggal dunia. Dikhabarkan sebagai macerated still birth (kelahiran mayat bayi). Aku diberitahu jugak yang pembedahan LSCS tu tak jadi, sebaliknya bayi tu dilahirkan melalui vagina (laluan rahim) sahaja.

Adus.. sedihnya. Dah penat-penat hantar ke Sungai Buluh, rupa2nya dah meninggal. Apa nak buat, dah sampai ajalnya..

Inilah pengalaman kedua aku sambut kelahiran kembar.

Cukuplah..
Cukup-cukup dah tu..
Jantung aku dah tak tahan nak hadapi kes-kes ngeri macam ni..

Huhuuhuuu...

27 December 2010

Antara Wang dan Hidup..

Assalamualaikum w.b.t.

Ntah, sekali lagi aku kembali sangsi akan punca arah tujuan hidupku. Sekali pun, lidah aku menuturkan yang aku mahu hidup yang diredhai & dirahmati Allah, dan mencari rezeki yang halal. Serta melangsaikan semua hutang-piutang yang ada di keliling pinggang.. Tapi..

"Wah, dengan cara ni aku boleh kaut untung RM1000 sehari. Cara-cara dah diajar, cuma kena praktis je. Kalo dah mahir, boleh untung besar ni.."

Sesekali apabila peluang buat duit lalu di depan mata, aku jadi keliru akan diri sendiri. Adakah aku ikhlas atau rakus? Kekadang, bila terbayang sejumlah wang yang besar boleh diperolehi, aku hampir-hampir lalai daripada meneliti akan sumber dan hukum-hukum syariah yang terlibat.

Bila ada pihak mempertikaikan status halal akan sesuatu peluang buat duit ni, aku mula-mula jadi tergamam. Mau saja aku abaikan amaran itu, namun Allah masih sayangkan aku. Dicampakkan perasaan gelisah dan tak tenteram setiap kali aku cuba menghampiri perkara-perkara yang diragui statusnya itu.

Sebagai personaliti yang sensitif, aku tak boleh hidup dengan perasaan begini. Yang akhirnya, aku nekad untuk jauhkan diri aku daripadanya.. Aku masih kurang pasti. Tapi penilaian ustaz Zaharuddin yang sememangnya arif dalam hal kewangan islam pasti tidak boleh aku abaikan sebegitu. Aku masih keliru, tapi aku tak mahu teruskan..

Oh, nafsu.. kuatnya engkau mengheret aku ke punca-punca meragukan dan engkau mahu aku menyumbatkan harta yang tidak halal untuk disuapkan ke mulut anak isteriku.

Oh, iman.. teguhkanlah dirimu dalam hatiku agar aku tidak goyah lagi..

Hm... mesti korang tertanya-tanya apa peluang buat duit yang aku maksudkan ni?
Sebenarnya, beberapa minggu yg lepas, aku ada menghadiri seminar belajar main saham dan FCPO (Future Crude Palm Oil). Dalam seminar tu, aku telah diajarkan langkah-langkah berkesan untuk buat duit dengan main harga pasaran minyak kelapa sawit. Namun.. ia tidah mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai syariah-compliant.

Apa pendapat anda tentang FCPO?
Dan, apa tindakan yang sebetulnya aku ambil?

Terima kasih... :)

23 December 2010

Rupanya rahim kena buang juga..

Aduh.. Malas dah aku nak fikir. Sekali pun madu yang dihulur, bisa juga yang dibalas..



Kes post-partum haemorrhage yang aku hantar ke Hosp Pakar Kerajaan tu, rupa-rupanya terpaksa gak dipotong rahimnya. Hysterectomy la penyudah ceritanya. Aku turut bersimpati, memang terasa sangat kesian pada kakak tu..

Sebagai doktor, kita faham betapa pentingnya untuk menghentikan pendarahan sekali pun terpaksa membuang organ yang penting dalam hidup kita, kerana kita dah pernah lihat pesakit mati..
..kita dah pernah bertungkus lumus menekan dada pesakit agar jantungnya berdegup semula.. tapi gagal.
..kita dah pernah jolok kerongkong pesakit agar pernafasannya kembali.. tapi gagal.
..kita dah pernah mentalkinkan pesakit agar ucap 'Allah.. Allah' dengan harapan dapat mati dalam iman.. tapi gagal.
..kita dah pernah lihat pesakit nazak dan mati tanpa nyawa di depan mata kita..
..dan semuanya sudah kita alami banyak kali..
..ntah, dah berapa kali aku merasa 'down' dan sedih..
kita dah pernah merasai betapa berharganya nyawa itu sehingga tidak penting lagi kaki, tangan, atau juga.. rahim.. terpaksa dikorbankan, jika nyawa yang dipertaruhkan. Bagi kita, nyawa lebih berharga daripada rahim itu..

Tanpa rahim, dia tak dapat lagi mengandung.. maka, tak ada lagi anak kandung baru.. memang sedih, tapi tanpa nyawa, dia sudah tiada lagi untuk dapat apa2 daripada dunia ini..

Namun, bagi kebanyakan orang awam, tidak dapat memahami kenapa kita sanggup korbankan organ tubuh mereka yang penting kerana nyawa..
Bagi mereka, apa lah ertinya nyawa jika tiada keturunan..
Apa lah ertinya hidup jika hanya ada anak satu..

Tapi bagi kita, apalah ertinya rahim itu.. jika ia 'selamat' dalam badan yang sudah tak bernyawa..
Apakah tanpa nyawa, rahim itu dapat memberikan lagi anak?
Apakah tanpa nyawa, anak sorang tu dapat hidup membesar bersamamu?

Namun, tak semua orang boleh terima hakikat kenyataan hidup yang pahit sebegini.. Bila tak boleh terima, maka naturally people will start pointing whose fault is this? Who should be blame?

Orang yg tak boleh terima hakikat, akan menyalahkan orang lain. Maka, sekalipun bertungkus-lumus aku cuba selamatkan nyawa dia pada ketika itu, dan aku telah pun jelaskan kepadanya sejelas-jelasnya keadaannya, malah 3 orang doktor hadir memberikan rawatan terbaik kepada hanya dia seorang, tapi dia lupa jua..

Yg diingatnya adalah rahimnya dah tiada.. dan dia adalah mangsa, maka mangsa tak boleh dipersalahkan..

Dan.. yang dipersalahkannya adalah orang yang bertungkus-lumus selamatkan nyawanya...
Iaitu aku..

Sebenarnya aku lebih kesian kepadanya daripada marah. Sekalipun tindakannya seperti kacang lupakan kulit, tapi aku tahu dia yang menanggung derita.. Sepatutnya dia berterima kasih kepada aku kerana tolong selamatkan nyawanya yang sudah di ambang maut, tapi sebaliknya dia mahu tujukan punca malapetaka dia kehilangan rahimnya adalah disebabkan aku..

Tapi aku tidak marah pun.. sebab aku tahu aku tak buat silap. Kerana jika aku silap, maka silap jugak ke 2 lagi orang doktor yang super-super senior tu? Silap jugak ke guideline dan tunjuk-ajar yang diberikan oleh pakar-pakar O&G yang mengajar aku dulu tu?

Apakan daya aku.. aku dah tolong, rupa2nya pertolongan yg kita beri tidak pula dihargai..

Aku cuma manusia biasa..
Aku tetap kesian kepadanya atas naluri kemanusiaan, tapi aku serahkan kepada Allah akan balasan atas pertolongan aku itu..

18 December 2010

Penatnya badan..

Kadang2, tak onkol pun badan boleh penat.
Fuhhh...

Hari khamis, saya onkol. Jaga Kecemasan. Tapi alhamdulillah, tak banyak kes. Dapatlah tidur dari pukul 1 - 4 pagi. Okla tu..

Hari Jumaat, post-call. Masih jaga Kecemasan lagi. Mula2 agak tenang. Tapi dalam pukul 11, ada plak kes dari Kuala Selangor. Kes ni memang Red Alert!

Seorang ibu, baru lepas lahirkan anak pertama, day 12, mengadu ada tumpah darah sejak malam tadi. Namun, disangkanya normal. "Saya ingatkan itu perkara biasa.." katanya. Tapi, bila kepala dah mula pening2, dan darah tak berhenti-henti keluar, ambulans dipanggil. Staffnurse yang datang tengok, tergamam.. terus dipanggil doktor sana. Doktor pun datang, dan terus dihantar kes tu ke Kecemasan Hosp Tg Karang.

Memang dahsyat. Muka dah pucat giler. Tapi GCS masih full. Symptoms ada pening-pening nak pitam katanya. Perut pun rasa sakit sikit. Bila ditanya, lahir secara pembedahan (LSCS) atas permintaan di salah sebuah hospital swasta di Klang.

Bila check vital sign... BP 80/50, HR 125, SpO2 100%.

Shock!!! PPH!!

Terus aku menjerit. Panggil semua staff yang ada, untuk tolong bantu. Sorang set line. Sorang ambik darah untuk GXM. Sorang panggil MO Senior. Sorang lagi masukkan drip Gelafundin, run fast. Semua aku kerah.. Aku cuma duk terkedu menghadapi kes yang pertama seumpama ini dalam posting aku di hospital district.

Memang mencabar..

Akhirnya, BP berjaya dinaikkan kepada 100/60. Setelah inform specialist O&G, kes dihantar dengan blood transfusion is still running. Aku juga yang accompany dia. Sesampai je di Labour Room, specialist yang jaga Labour Room dah standby. Bila diperiksa, darah membuak-buak keluar dari pintu rahim. Counsel for KIV hysterectomy. Patient agreed. Tanpa buang masa, pesakit dihantar terus ke dewan bedah. Aku cuma lihat troli dia ditolak laju ke dewan bedah, sambil berdoa agar dia selamat dan rahimnya tak perlu dibuang.

Kesian.. mengenangkan baru dapat anak sorang. Kalo rahim dibuang, maknanya putuslah zuriat daripada dirinya...

Balik rumah, dah kepenatan. Ambik anak perempuan kat rumah pengasuh, cergas bukan main. Seronok betul dia bila tengok ayahnya dah sampai. Bila lihat anak sendiri, terasa ringan kekusutan dan serabut dalam kepala. Masya-Allah..

Dalam hati, aku turut bersimpati dengan pesakit tadi. Diam-diam aku doakan semoga dia selamat agar dapat membesarkan anak kandungnya seorang itu..

Lain betul rasanya bila dah jadi bapa ni. Tanggungjawab keluarga memang berat, tapi dengan kemesraan isteri dan keriangan telatah si kecil, kekadang aku bersyukur dah kahwin..

Alhamdulillah..

13 December 2010

Akaun Emas? Emas Fizikal? Dinar?

Kadang2 kita confuse dengan pelbagai bentuk pelaburan emas yg ada di Malaysia. Tentu anda pernah dengar GSPA (Gold Saving Passbook Account), emas bar, emas jongkong, dan yang terbaru emas dinar.. Tetapi ada sesuatu yg anda perlu faham..

Melabur dalam emas ada 2 jenis..

Emas Fizikal
  • Di sini, anda perlu beli emas fizikal dari kedai/Public Gold/Kelantan Golden Trade. Setelah dapat produk, anda simpan. Pelaburan jenis ini sesuai untuk jangka masa sederhana dan panjang, kerana sejarah dah membuktikan emas fizikal tak lut dengan inflasi. Jika inflasi naik, nilai emas pun naik. Jadi, keupayaan kuasa beli (purchasing power) anda dengan emas tidak terjejas oleh inflasi. 
  • Contohnya, jika anda ada 1 dinar emas pada tahun 2000, di mana anda boleh membeli seekor kambing pada tahun itu, dengan 1 dinar itu juga anda boleh membeli seekor kambing pada hari ini (Harga kambing = RM650, berbeza sedikit ikut kawasan).
  • Kelebihan : 
    • Memiliki emas secara fizikal (nyata). Jadi, tiada isu penipuan atau skim apa2. Dah bayar, dan betul2 dapat emas. Contohnya, Dinar Public Gold.
    • Boleh digunakan untuk dapatkan pinjaman sehingga 70% daripada nilai emas semasa yg dimiliki itu, melalui konsep Ar-Rahnu. So, kalo tetiba perlukan duit segera, boleh pajakkan emas tu. Bila duit dah cukup, bayar balik pinjaman tu dan dapat semula emas kita. 
    • Boleh jual semula di mana2 kedai emas/dealer Public Gold.
  • Keburukan :
    • Risiko kecurian & keselamatan. So, kena pandai2 la simpan.
    • Boleh tercalar/bengkok/kotor. Namun, Public Gold menawarkan belian semula emas mereka tanpa caj tambahan sekalipun tercalar/bengkok.
    • Ketulenan. Kadang2 ada penjual emas yg menipu dgn menyadurkan emas pada logam lain. Jadi, kena semak ketulenan di mana2 kedai emas/ar-rahnu/bank. Public Gold sudah sertakan sijil ketulenan bagi setiap produk emasnya. Saya sendiri pun dah semak dgn AgroBank, memang sah tulen!
    • Stok sukar didapati. Ya, memang emas sukar didapati. Sebab itu ia sangat bernilai.

Emas Bukan Fizikal (Akaun Emas)
  • Emas ini dibeli secara kepercayaan kita kepada pihak yg dilaburkan bahawa kita memiliki sejumlah emas tertentu mengikut bayaran kita. Tapi, kita tidak mengambilnya. Sebaliknya, kita memberikan kepercayaan kepada pihak itu untuk menyimpan/memegang emas kita. 
  • Contohnya..
    • Public Bank : Gold Investment Account (GIA).
    • Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA).
  • Pelaburan ini sesuai untuk jangka masa pendek, kerana cepat untuk melakukan transaksi jual beli. Biasanya, pelabur gunakan kaedah beli emas ketika harga turun, dan jual semula ketika harga melambung naik. Buy low, sell high. Tapi, kena pandai baca analisis pasaran emas.
  • Kelebihan :
    • Tiada risiko kecurian.
    • Tak perlu semak tulen ke tak. Bank tu yang jamin.
    • Pilihan alternatif untuk simpan wang di bank, sambil menikmati keuntungan kenaikan harga emas.
    • Kos permulaan yang rendah, serendah 1g emas.
  • Keburukan :
    • Emas itu tidak dijamin sekiranya berlaku kebakaran/bankrap/kemelesetan ekonomi. 
    • Bukan pemilikan sepenuhnya. Jika tiba2 bank membekukan akaun kita @ menghentikan tindakan pengeluaran emas fizikal berdasarkan nilai simpanan kita, maka kita tak dapat emasnya. Contohnya, Public Bank yang sebelum ini membenarkan pelanggan membuat pengeluaran emas fizikal, telah menghentikan servis itu. So, it can happen.
    • Jika boleh keluarkan, ada caj tambahan yang dikenakan. 
Kalo ikutkan, ada byk lagi cara untuk melabur dengan emas. Tapi cukuplah yg dua ni dulu. Lagi pun, hanya kedua2 ni je yang biasa & mudah kita jumpa. Kan?

So, buatlah pilihan yg tepat. Ada soalan, boleh tanya.

DrSatrian
Authorized Public Gold Dealer
0126526052
thezikr_gold@yahoo.com
Tg Karang, Selangor

12 December 2010

Emas.. Portfolio Pelaburan Terbaik

Assalamualaikum w.b.t.

Maafla, citer pasal emas lak. Tapi just nak share apa yg saya belajar. Memang teruja gak bila dah tahu rahsia pelaburan emas ni sebenarnya. Kata sifu Azizi Ali, nak melabur apa2 pun, kena belajar pelaburan tu dulu.

Saya dapati emas merupakan portfolio pelaburan yang terbaik. Mengapa?
Tengok pada carta2 di bawah & buatlah penilaian anda sendiri. ;-)
Harga emas pada 1 ounce.

1 ounce = 28.3495231 grams

Kiraan USD1 = RM3.20 (untuk mudah buat perbandingan).

Mula-mula, tengok harga emas dalam tahun ni.. 2010.

 Bermula pada USD1125 (RM3600), ia berakhir dengan USD1385 (RM4432). Kenaikan sebanyak RM832, iaitu 23.1% dividen setahun! 

Wah! banyak tu.. tapi tahun ni je ke untungnya? Apa trend sebelum ni?
Mari kita tengok carta harga emas untuk 10 tahun..

Dari USD300 (RM960) pada Jan 2000, harga emas telah meningkat kepada USD1385 (RM4432) sekarang. Kenaikan sebanyak RM3472, iaitu 361.6% dalam 10 tahun. Purata setahun kenaikan 36%!
Ada tak pelaburan lain yang memberikan dividen setinggi ini? 

Jika kita ada beli emas sebanyak RM10,000 pada tahun 2000, kita dah ada emas bernilai RM36,166!
Untung RM26,166!

Bagaimana dengan trend emas sebelum tahun 2000? Nak tahu?
Jom tengok..

Nampaknya, ada sesuatu yg berlaku pada 10 tahun kebelakangan ini sehingga harga emas naik mencanak-canak. Ish! Ekonomi ni ada benda misteri gak. Nantikan jawapannya..


 
DrSatrian
Authorised Public Gold Dealer
Tg Karang, Selangor




11 December 2010

Dealer Promotion - ended by 31st Disember 2010

Semalam, saya pergi seminar 'New Dealer Orientation' yg dibuat oleh Public Gold di Bandar Sunway. Oleh kerana saya telah menjadi dealer, maka saya kena ambik peluang untuk hadiri seminar yg tak sampai 3jam ni tentang tatacara jadi ejen Public Gold. 
Apa yg menariknya, mereka kata sesiapa yg menjadi dealer sebelum 31st disember 2010 adalah bertuah dan akan terus upgrade kepada Priority Dealer bermula Januari tahun depan. Sesiapa yg menjadi dealer selepas 31st disember 2010, hanya layak menjadi Dealer. 

Apa beza Dealer dgn Priority Dealer?

Berikut adalah ranking sebagai dealer Public Gold :
1. Master Dealer
2. Priority Dealer
3. Normal Dealer

Dealer akan tetap menikmati komisyen untuk setiap penjualannya, tapi pada 1% sahaja. Maknanya, macam dapat diskaun 1% la bila beli emas/perak daripada Public Gold. Tapi, tak boleh accumulate jualan untuk upgrade jadi Priority Dealer. 

Kalo Priority Dealer, komisyen 1.5% diberikan. Malah, jika berlaku jualan oleh Dealer yg dinaunginya, dia akan menikmati 0.5%. Dan, dia bole accumulate jualan untuk upgrade jadi Master Dealer.

Master Dealer memperolehi komisyen terbanyak, iaitu 2%. Dan, turut menikmati komisyen 0.5% daripada Priority Dealer di bawah naungannya. Dan, 1% jika ada Dealer di bawahnya.

Sebenarnya, apa yg penting bagi aku adalah melabur emas itu sendiri. Kerana sekarang harga emas mencanak-canak naik. Hohohoo. Tapi, sambil menyelam minum air le. Beli emas untuk diri sendiri, dapat lak komisyen. Syoknye..

Oh.. di bawah ni surat Bank Negara Malaysia pasal Public Gold ni.


DrSatrian
"Hidup Mesti Berjuang"
Tg Karang, Selangor

10 December 2010

Fikir Macam2..

Argh.. macam2 yg bermain di fikiran ni. Kekadang jadi lost sorg2. Hanyut dalam angan2 je.

Emas.. 
Harga naik la plak. Dulu beli dalam RM40k, sekarang nilai emas aku dah mencecah RM47k. Padahal, baru je beli masa Oktober baru2 ni. Ada la dalam 2 bulan kot. Tak sangka dapat untung RM7k dalam 2 bulan je.
Sebenarnya lepas beli dan jadi dealer pada bulan November tu, aku stop jap. Simpan je emas tu. Sebab kebelakangan ni sibuk dgn urusan perpindahan ke tempat kerja baru.
Bila semak balik harga emas hari ni, Fuhhh.. dah naik rupanya. Yg lagi buat kepala aku serabut, pasaran kata harga emas akan naik lagi tinggi tahun depan. Aduh.. gembira sebab nilai simpanan emas aku makin naik, tapi sedih sebab takde duit nak beli lagi.. huhuhu..

Jana Pendapatan Melalui Internet..
Korang percaya tak yang kita boleh buat duit melalui internet? Mungkin ada yg sangsi, tapi saya yakin 100% yg kita boleh menjana pendapatan sampingan melalui internet. Ya, saya memang ada meletakkan matlamat nak dapat RM100 melalui internet sebagai permulaan.
Tapi, internet.. sebagai mana yg kita sedia maklum, menyediakan bermacam-macam cara untuk buat duit (yg saya maksudkan, cara yg betul & selamat). Setelah sebulan mencari-cari, akhirnya saya dah conclude kepada 1 kenyataan..
Kita kena tahu membuat dan menguruskan laman web untuk jana duit melalui internet.. antaranya, kena tau domain, web hosting, minisite, payment gateway, autoresponder, dll. Banyak jugak nak kena tau. Ni yg pening kepala ni.. Tapi, ada gak terjumpa web yg kata tak perlu belajar semua ni untuk dapat duit. Huhuhu..
Tapi.. I will never give up!

Cari pengasuh..
Alhamdulillah, yg ni dah jumpa. Akhirnya ada jugak pengasuh yg sudi menjaga anak saya sekalipun kami oncall. Syukur..

Macam2 nak kena fikir bila dah kahwin ni. Dulu masa bujang, tak terfikir pun bende2 ni. Apa pun, semua ni adalah untuk mematangkan kita. Ye tak?


DrSatrian
"Hidup Untuk Berjuang"
Tg Karang, Selangor

07 December 2010

Pakar potong, aku jahit balik.. Berkhatan.

Assalamualaikum.
Dah lama tak update info. Maafla ye, sebab sekarang ni kepala tengah serabut fikir pasal kewangan. Huhuhu..

Minggu lepas, saya berpeluang mengikuti program berkhatan anjuran masyarakat setempat di Teluk Intan. Alhamdulillah, pada hari itu juga turut serta seorang doktor pembedahan yang didatangkan khas daripada Hospital Taiping.

Pengalaman yg menarik, kerana dah lama tak 'sunat' budak2. Dapat peluang plak tu dengan buat under close supervision. Tapi, saya cuma dibenarkan menjahit je masa tu sebab nak kejar masa.

Jahit pun jahit la, asalkan dapatla jugak pengalaman. Hehe.

Apa yg saya kagum, doktor ni pakai battery-operated cautery! Dan, yang mengagumkan adalah kesemua potongannya tidak berdarah langsung. Memang hebat la doktor ni. Saya respek giler.


So, lepas ni. Saya boleh la terima undangan mengkhatankan budak2.

From,
DrSatrian
Tanjung Karang, Selangor

02 December 2010

Ular Tedung dalam Rumah Aku!!


Betul wei! Aku tak tipu.. Memang kitorang jumpa ular tedung dalam rumah aku. Ngeri giler...


8.10pm : Adik ipar aku masuk kat bilik belakang nak ambik bantal. Tetiba terkejut nampak ada ular hitam sebesar pergelangan tangan kat dalam bilik tu.

Dia yg ketakutan, terus call hp wife aku. Tapi malangnya, wife aku tak jawab hp dia sebab tengah memandu. Mula2 dia rasa takut, tapi jadi kurang yakin dgn apa yg dia nampak. "Betul ke aku nampak ular tadi?". So, dia pun tunggu la kami balik.

9.35pm : Kami sampai di rumah. Dia pun terus bagitau ada ular dalam bilik tu. Aku tak seberapa dengar masa tu, so masuk rumah macam biasa je.

9.37pm : Adik ipar aku sekali lagi masuk bilik, tak pasti ada ular ke tak. Tiba2.. "Ular!! Ular!!" Terus dia lari sambil menjerit ke arah wife aku. Aku pun terkezut! Biar betul, ada plak ular nak datang bertamu kat rumah aku ni. Aku pun pergi selidik sendiri. Aku masuk bilik tu (lampu memang dah pasang). Dalam hati, aku masih ragu2. Ular ke jin yg adik aku nampak ni. Selak sikit je bantal, dah nampak badan ular tu melingkar. Tapi kepala tak nampak, so aku tak tau ular apa yg aku jumpa ni.

Wooooooo... Bukan takut, tapi tergamam. Camne la boleh ular ni masuk dalam bilik ni, padahal tingkap tak pernah dibuka. Ntah kenapa, aku tak rasa takut pun pada ular tu. Aku siap cakap kat ular tu, "Hai ular, kalo ko JIN, aku minta ko keluar dengan aman. Kalo ko tak kuar, aku panggil bomba nanti." (Ntahla camne, tapi aku boleh terfikir lak yg kerja tangkap ular ni kerja Bomba. Hahaha. Mesti orang Bomba marah aku.)

Tapi, ular tu buat bodo je. So, aku buat kesimpulan samada ular ni memang ular betul, atau jin ni pekak.
Aku ambil penyapu nak halau ular tu, tapi bila aku nak sentuh badan dia je, dia keluarkan bunyi "Hisss! Hiss!". Ish! Memang ular betul la ni.

9.40pm : Aku pun buat panggilan 999. "Saya nak laporkan ada ular dalam rumah saya!". Tak lama tu, panggilan aku disambung ke bahagian Perhilitan. Maklumat kejadian diberitahu. Operator tu pesan kat aku, "Encik duduk jauh-jauh dari ular tu. Jangan dekat atau kacau dia. Pastikan ular tu tak lari."
Aku gelak sendiri je, camne aku nak suruh ular tu duk diam2 jangan lari. Hohoho.

10.05pm : Sebuah landrover sampai di perkarangan rumah aku. Dua orang pegawai Perhilitan masuk dalam rumah aku dengan memegang alat menangkap ular setiap seorang. 5 minit berlalu, akhirnya ular tu berjaya ditangkap.

Bila ditunjukkan ular yg kami jumpa tu, rupa2nya ular TEDUNG! Memang ada kepak kat leher dia macam ular tedung. Panjang dalam 1 meter gak. Panjang giler wei..
Bila aku tau yg aku borak2 tadi tu ular tedung, baru aku rasa seram sejuk. Kalo aku tau dari tadi, takde nyer aku nak usik2 ular tu. Hoho.
  
Macam ni la gak rupa ular tu. Seram tak?
Tapi, yg penting, semua orang selamat. Alhamdulillah..
Terima kasih kepada pasukan Perhilitan, dan tak lupa juga operator kecemasan 999.

27 November 2010

Houseman Hari Ini

THESTAR : Saturday November 27, 2010

Too many new doctors and too few hospitals to train them

By LOH FOON FONG

PETALING JAYA: The number of medical housemen undergoing clinical training in most government hospitals has increased and this has given rise to concern that they may not get sufficient experience.
With new medical schools opening up locally and lower fees being offered at new institutions abroad, around 4,000 Malaysian medical students are expected to graduate annually from 350 universities all over the world in the coming years.

Senior Hospital Kuala Lumpur (HKL) consultant physician Datuk Dr S. Jeyaindran said each specialist was supervising four times as many housemen compared to a decade ago.
“Five years ago, one houseman looked after 10 patients in hospital wards at any one time but now it is one to four patients,” said Dr Jeyaindran, who is HKL department of medicine head and national head for medicine at the Health Ministry.

“The concern is that these interns are seeing fewer patients and hence, have fewer opportunities to carry out adequate procedures. In some hospitals, there are more housemen than patients.”
Dr Jeyaindran said they were not only concerned about the increase in numbers but also their attitude.
“Some lack responsibility towards their patients,” he said, adding that there were also those who did not know how to give an accurate diagnosis and relied too much on investigative tools instead of clinical skills and getting the proper patient history.
Malaysian Medical Council ethics committee chairman Datuk Dr Abdul Hamid Abdul Kadir said several specialists had expressed concern about the large numbers and training hospitals were finding it difficult to cope.

“In the past, it was five housemen in each department but now it could be 20 to 30 for each department,” he said, adding that some specialists were overburdened by the workload.
Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the ministry was aware of the issue and would be increasing the number of training hospitals.

He said the ideal ratio should be one specialist supervising five housemen with one houseman taking care of 14 hospital beds depending on discipline.

There were 38 hospitals providing training to more than 3,058 housemen last year.
However, the number increased to the current 6,253 housemen since the ministry increased the duration of housemanship from one year to two.
“This led to most hospitals, including those in Sabah and Sarawak, having an excess of housemen,” he said.

Hospitals that were chosen must be able to cater to six areas in which housemen need training – medical, surgical, paediatrics, obstetrics and gynaecology, orthopaedic and accident, and emergency, he said.

Liow also said that they would be getting 58 contract specialists from Egypt, India and Pakistan next month to help supervise housemen and reduce the burden of the specialists now.
He also said that the ministry had taken steps to overcome the lack of experience among housemen by making training compulsory for two years instead of one.


Dulu kata tak cukup doktor, sekarang dah berlambak pulak. Hm.. tapi aku pun setuju gak. Memang dah ramai la HO kat hospital2 besar. Masa aku training kat hospital teluk intan pun, ada lebih 20 orang HO kat satu2 department. Berebut prosedur? Memang ada. Kalo ada member2 HO aku yg baca post ni, aku minta maaf kat korang ye, sebab dulu berebut2 nak buat prosedur. Hohoho. 
Apa pun, syukur.. dah tamat training housemanship. 


DrSatrian
"Hidup Mesti Kejar Cita-Cita"
Tg Karang, Selangor

25 November 2010

Syoknye duk rumah baru..

Alhamdulillah.
Syukur tak terhingga, penat lelah nak punggah semua barang2 & kemas2 rumah dah selesai. Kini, masa untuk berehat..
Rehat di rumah baru..
Seronoknya...
Tapi.. rumah sewa je. Kui.. kui.. kui.
Semoga dimurahkan rezeki untuk beli rumah sendiri.
Amin.

22 November 2010

Pesan Ayah 1 : Apa makna Kaya?

Alhamdulillah.. seronoknya ketika berada di mood 'cuti'. Malam nak tido, tak risau pun apa nak jadi esok hari. Cuma terasa masa cuti berlalu cepat sgt. Hehe.

Semalam, ayah mertua saya datang ke sini. Seperti biasa, kami akan berborak2 panjang, tapi selalunya ayah yg banyak cakap. Saya cuma pendengar setia. Tapi, dalam dengar2 tu, ada jugak nasihat ayah yg menusuk jiwa di kalbu. Huhu..

Semenjak dua ni, saya selalu berfikir..


"Kenapa aku nak kaya?"

"Kenapa aku bersusah payah nak cari duit beribu-ribu?"

"Apakah erti hidup ni nak cari duit je?"

Aku sendiri pun selalu confius. Kadang2 bila aku letak matlamat nak capai sejuta ringgit (eleh, berangan nak jadi jutawan je sebenarnya), hati aku sering tertanya2 untuk apa dengan duit tu? Last2, aku akan berbalik kepada persoalan yg sama juga..

"Apa erti hidup aku sebenarnya?"

Ada tak korang pernah terfikir dan confius macam aku? Mungkin aku je kot yg confius, tapi itulah masalah aku sehingga lah ayah aku ni datang semalam. Borak punya borak, ntah kenapa, sedikit demi sedikit, terurai juga kekusutan yg aku alami selama ini..
"Ayah datang dari jauh2 ni sebab ayah tak mahu hubungan menantu-mertua cuma setakat nama je, tapi tak ada keakraban dan ukhuwah." 
Aku menganguk, kagum tapi keliru. Aku yg bergaji besor ni pun asyik berkira2 nak balik ke johor yg jauhnya beratus kilometer, (biasa habis RM150 sekali perjalanan, banyak tu) tapi ayah yg pendapatan tak tetap boleh pulak bawa kereta jauh2 datang sini sempena cuti sekolah. Seolah2 beban belanja besar tak difikirkan langsung.
"Ayah pun merancang nak jalan ke rumah2 sedara kat Klang. Ingat nak singgah tadi, tapi tengok masa dah suntuk, ayah teruskan je ke rumah kamu. Sebenarnya ayah nak jumpa semua sedara-mara ayah kalo boleh sekurang2nya setahun sekali. Yg adik beradik tu, kalo dapat 3 kali setahun."
Wah! Ayah siap plan nak berjalan2 ke rumah2 sedara-mara yg lain pulak. Ayah tak fikir ke berapa kos yg dia nak tanggung nanti. Aku senyum je, tapi tak komen apa2. Dalam hati, biar betul ayah aku sorang ni. Mana dia nak cari duit? (Tengok! Duit jugak yg aku fikirkan).
"Atuk ko pun cemburu tgk ayah. Sekarang dia dah berduit, tapi badan pulak tak larat nak berjalan jauh. Ayah tgk dia macam menyesal tak buat macam ayah buat sejak dari dulu2 lagi. Tapi, itulah yg ayah nak pesan kat kamu ni.."
Hah! Tersentak jantung aku bila dengar ayat ayah ni. Memang inilah yg aku selalu tertanya-tanya, untuk apa aku ada duit banyak2 nanti? Adakah berbaloi aku mengejar duit berjuta2 dan mengabaikan perkara2 lain yg jugak penting dalam hidup aku? Macam atuk, dia kata menyesal sekarang bila badan dah tak larat, tapi dia dah capai duit banyak seperti yg aku selalu impikan. Persoalannya, kenapa dia menyesal lak bila dah berduit? Ini yg aku nak tau..
"Apa yg penting dalam hidup kita ni bukan duit. Ramai orang kejar duit, tapi bila dah dapat duit, dia tak dapat buat apa yg sebenarnya lagi penting daripada duit. Bagi ayah, hubungan persaudaraan itu sangat penting. Ada duit ke takde duit, ayah tak fikirkan sgt. Yg penting, ayah nak jumpa sedara ayah. Kalo sedara ayah ada masalah, ayah nak tolong. Kalo ayah ada masalah, sedara nak tolong ke tak ayah tak kesah. Jadi, kamu jangan abaikan sedara-mara kamu.."
Oooo...itulah jawapan yg aku cari-cari selama ini.
Betul cakap ayah!
Saya sokong!


Ramai orang cari duit, tapi tak tahu ke mana nak dibelanjakan duit tu (macam aku le). Kadang2 duit tu habis dibelanjakan pada perkara2 yg kurang penting dalam kehidupan. Menjadikan kehidupan mereka bagaikan tidak bermakna.

Memang betul, kalo takde duit, kita tak dapat buat apa yg boleh dibayar dengan duit tu. Tapi, selalunya atas alasan nak cari duit lebih, kita lokek nak keluar belanja sikit untuk gunakan pada perkara yg lebih penting dalam kehidupan kita, contohnya ilmu baru, tolong ahli keluarga sendiri, dsb. Al-hasilnya, penat duit dicari, tapi hidup tak bermakna. Terasa hidup kosong tak 'bernyawa'. Dan yg sedihnya, bila duit yg dikejar dah dapat, rupa2nya pintu kubur lagi selangkah je nak masuk.

Huhuhu.. itulah pesan ayah, 22 November 2010. Akan kuingat pesanmu, ayah.

Hmm, korang setuju tak?

20 November 2010

Kepulangan Yang Ditunggu-tunggu

Alhamdulillah..
Syukurku pada-Mu ya Allah.

Aku telah menamatkan onkol terakhir di Hospital Sg Siput (mungkin) pada jam 6ptg, 20 Nov 2010. Syukur juga tak hadapi byk masalah masa onkol. Takde intubate/resus sape2.

Dan ini bermakna jua, aku akan berpindah secara rasmi ke negori darah keturunanku, Selangor. Keputusan pemindahan tempat bertugas aku ke Selangor telah lama diuruskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, yang mana aku dah ditempatkan ke Hospital Tg Karang.


Sebenarnya, cadang nak minta klinik kesihatan je supaya dapat jaga makabah dan anak pompuan sorang tu, tapi.. kena reject! No mercy at all. Huhu, takpelah. Aku tetap bersyukur, sekurang2nya dapatlah duduk berdekatan dgn makabah yg dah berumur dan anak-bini sendiri.

Kepulangan yg kutunggu-tunggu..
Kerana ia memberi byk makna & pengertian dalam kamus hidup aku..

Pulangnya aku ke negeri tempat aku dibesarkan..

Pulangnya aku ke pangkuan keluarga sendiri, menjaga & mendidik anak isteri untuk mewujudkan keluarga sakinah, dan menjaga diriku sendiri dari godaan dunia orang2 bujang..

Pulangnya aku mempertautkan kembali ikatan adik-beradik dan menghilangkan sepi makabah & adik di kampung..

Pulangnya aku membawa cita-cita besar..

Dan, pulangnya aku untuk merapatkan kembali ukhuwah dengan kawan2 di Teluk Intan, jua meneruskan semula agenda 'jom pekena kopi radix' aku dengan sahabat karibku, Dr Imaduddin di Teluk Intan. Hehehe..

Kutunggu-tunggu, akhirnya tiba jua saat yg dinantikan. Hanya yg dapat kuucapkan..
"Alhamdulillah.."


DrSatriaN
Tanjung Karang, Selangor
"Hidup Mesti Kejar Cita-Cita"

16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Buat teman2 pembaca sekalian..






Di hari yg penuh keberkatan ini, saya menyusun tangan sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf andai sepanjang perkenalan ini ada menimbulkan ketidakpuasan hati, terguris hati, dll..

Semoga hidup kita sentiasa mendapat bimbingan dan hidayah-Nya.

Amin..

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.

12 November 2010

Pernah Terfikir Nak Buat Ijazah KEDUA??

Pernah tak korang terfikir nak belajar lagi?

Aku yakin mesti ramai yg cakap..

"Sudah! Sudah! Aku dah serik belajar kat sekolah."
"Sambung belajar? Ish, malas lah."
"Belajar balik? Aik! dah besar dah, takkan nak masuk sekolah balik. Bosanlah!"
"Takde masa la. Siang kerja, malam dah penat. Bila nak studynye?"

Memang aku akui, banyak halangan bila kita disuruh untuk belajar balik terutamanya yg sudah bekerja macam aku. Sedangkan masa kita di bangku sekolah pun, asyik berfikir bila la nak habis belajar ni. Kan? Kan?

Bila aku cerita yg aku nak belajar balik, ramai yg tanya..

"Dr nak buat master apa?" (Master adalah pengajian akademik di universiti yg lebih spesifik dan mendalam. Dalam perubatan, seorang doktor memerlukan kelayakan ijazah master untuk menjadi pakar.)

Biasanya bila org tanya pasal master, org merujuk kepada bidang pakar dalam perubatan klinikal. Contohnya, master in orthopaedic untuk jadi pakar tulang, master in ophthalmology untuk jadi pakar mata.

Tapi, aku tak berminat nak buat kepakaran dalam bidang klinikal. Sebenarnya, aku nak buat Second Degree. Aku nak belajar seberapa banyak yg boleh selagi aku masih ada umur dan keupayaan. Aku masih muda, umur dalam 26 tahun. Minat untuk belajar pun masih ada. Malah, dengan pendapatan aku sekarang, aku mampu untuk finance pengajian aku sendiri.

Dan peluang untuk buat second degree kat Malaysia dah mula terbuka untuk mereka yg bekerja. Kebanyakan universiti-universiti tempatan pun dah buka fakulti pengajian jarak jauh masing2.

Insya-Allah, jika diberi peluang, aku nak buat Second Degree dalam Business Administration (MBA). Itulah azam aku untuk tahun 2011.

Yeah!!


DrSatriaN
Sg Siput, Perak
"Hidup Mesti Membaca"

10 November 2010

Terima kasih Dr Zoul Dahan

Buat pembaca blog aku yg setia, aku mohon ribuan kemaafan kerana dah lama tak update blog aku. Bukanlah aku dah lupakan korang, tapi aku tak seberapa 'sihat'.

Ntahla, fikiran aku runsing entah kenapa.
Kejap tension, kejap sedih.

Kata Dr Uma, pakar psikiatri yg buat kunjungan ke hospital aku,..

"Nobody can live alone. A recent research conducted confirmed that, so find your partner. You won't be able to stay alive alone."
Hm.. memang betul cakap Dr Uma. Aku sedang mengalami apa yg dikatakannya (Aku sekarang duk sorang2 kat Sg Siput, Perak. Anak bini aku duk jauh kat Tg Karang). Secara kasarnya, memang aku nampak keseorangan tapi di dunia maya inilah aku merasa 'ditemani'. Apa tidaknya, kita dapat berbual2 & mengetahui perkembangan kawan2 kita melalui facebook.
Di blog ini pula, aku boleh luahkan apa yg bersarang dan terbuku di hati. Aku juga dah mempunyai pengunjung yg sudi beri komen. Dulu aku suka2 je bagi komen kat blog orang utk menyatakan pendapat aku, tapi rupanya sebuah komen pembaca tu memberikan kesan yg besar kepada blogger.

Memang amat terharu sebenarnya..
Terutamanya bila orang yg bagi komen tu adalah orang yg kita dah lama follow dan hormat giler..


Dan.. lebih mengharukan, ada bagi link ke blog aku lagi.


Terima kasih, Dr Zouldahan..
I hope we can meet one day in the near future.
Thanks for making me into somebody..


DrSatriaN
Sg Siput, Perak.
"Hidup Mesti Membaca"

06 November 2010

Kantoi! Aku pergi seminar emas.

Alamak. Terkantoi plak muka aku masuk gambar kat seminar emas En Syukor Hashim, jutawanemas.com. Gambar ni pada seminar emas Public Gold bulan oktober di Bandar Sunway, Selangor.



Sumber http://jutawanemas.com/v1/

Hehe. Yg dalam bulatan kuning tu, aku le. Maafla, potong separuh.

Apa pun, aku rasa memang best duk seminar ni. Pada mulanye, aku cuma nak tahu kenapa dan camne sebenarnya nak MELABUR dalam emas ni. Aku tak terfikir pun nak BERNIAGA emas, apatah lagi nak tambah pendapatan sampingan melalui perniagaan emas.

Tapi..

En Syukor ni dah berjaya ubah mindset aku 100% daripada pelabur emas yg duk rumah diam2 kepada tokey emas yg kira duit masuk ribu2 setiap bulan. Wah!

Aku sendiri pun terkejut, tapi bersyukur. Tak rugi belajar ilmu baru.

Korang nak belajar?
Bolehla tanya aku, atau datang je sendiri ke seminar2 ni. Konfom best!

Sekian.. :)

01 November 2010

Terima kasih, Ayah

Alhamdulillah.
Aku bersyukur mempunyai ayah yg menyedarkan aku drpd lamunan mimpi indah dunia.
Terima kasih, ayah mertuaku.

Sebenarnya aku ni memang mata duitan. Sekali pun dulu aku pernah bersekolah agama dari seawal darjah 1 sehingga tingkatan 5, tapi sikap haloba dunia aku memang kuat. Bila dah kerja ni, dah merasa pegang duit sendiri sehingga beribu-ribu ringgit, memang semakin 'gelap' mata aku melihat dunia. Semakin ghairah aku mengejarkan kebendaan.


Tapi..
Aku tak rasa tenang. Aku sangkakan duit tak cukup membuatkan aku tak tenang. Aku ingatkan hanya bila duit dah beribu-ribu baru hati aku tenang, tapi aku masih tak tenang. Aku tak tenteram. Resah gelisah. Bila fikirkan hari esok, aku hanya terfikir macamana aku nak cari duit lebih. Kadang2 bila dah berduit, aku jadi tamak dan kedekut. Ntahla. Aku keliru. Adakah aku berjimat atau kedekut sebenarnya? Adakah duit berjuta-juta menjamin hati aku akan tenang?

Tak..

Dan hati kecil aku pun menyatakan sebegitu. Bukan harta yg buat aku gembira. Bukan duit yg buatkan aku tenang, tapi benda lain..

Apa yg boleh buatkan hati aku tenang? Tapi aku masih ghairah nak cari duit.

Bila aku bercuti dan balik ke kampung isteriku, ayah mertuaku dapat melihat reaksi diriku. Dia dapat meneka perubahan dalam diriku. Dan...

"DrSatrian, ayah tengok ramai kawan2 ayah yg kaya raya tapi tak bahagia. Ada sorg kawan ayah tu, dia ada kereta 4 biji, tapi nak derma seringgit dua pun berkira. Tgk rumahtangga dia ada aje masalah, kejap bini dia mengamuk, kejap anak dia buat perangai, kdg2 dia sendiri yg tak pasal2 bergaduh dgn adik-beradik. Kenapa ko rasa?" Ayah membuka bicara.

"Ntah. Biasala tu ayah. Rumahtangga ni ada turun naik dia." Aku cuba menjawab.

"Sebenarnya, dia dah jauh daripada rahmat Allah. Dia kejar dunia, dengan melupakan Allah. Duit beribu-ribu tapi tak berkat. Hutang masih tak selesai-selesai jgk. Hidup pun tak aman, asyik fikir pasal duit je, tapi tak pernah rasa kecukupan. Tak ke seksa camtu?" Ayah mengulas.
Ish! Betul jgk ckp ayah. Macam terkena kat aku je.

"Cuba ko tgk macam ayah, sekali pun ayah tak kaya, tapi ayah takde hutang. Ayah tak fikir pun mana nak cari duit. Bagi ayah, rezeki.. Allah yg sediakan. Kita taat je perintah Dia. Nanti Dia akan jaga periuk nasi kita. Bila ayah perlukan duit, ayah usaha cari duit utk penuhi keperluan tu, tapi bukan utk kumpul harta jadi kaya. Kalo tak berjaya, ayah pergi masjid macam biasa dan berdoa mohon dikurniakan rezeki. Selalu ayah diberikan rezeki drpd sumber yg tak disangka2. Kdg2 kawan datang singgah, tak pasal2 hulur RM100/200. Kdg2 ditanya kita berduit tak, pastu terus dihulur kat ayah sekian-sekian duit. Masya-Allah, bagi ayah ni semua kerja Allah. Bila kita taat perintah Dia, ikut cakap Dia, mohon pada Dia, Dia akan aturkan semua utk kita. Kita dah tak payah risau pasal duit lagi. Hati siapa tak tenang bila keperluan kita bagai dijamin dapat oleh Tuhan?"
Gulp! Tersentak jantung aku. Macam paham-paham je ayah aku ni.

Rupa2nya, itulah jawapannya..
Di situlah sumber ketenangan hati yg aku cari-cari. Itulah 'benda' lain selain harta yg sebenarnya buat hati aku tenang kembali.
Ya! Malah ketika aku menginsafi perkara ini, hati aku dah mulai tenang. Aku bagaikan telah mendapat jawapan konkrit utk sebuah persoalan yg besar.

Aku yakin..
Dan aku mulai tenang..

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan "dzikrullah"itu, tenang tenteramlah hati manusia.    (Ar-Ra'd : 28)


DrSatrian
"Hidup Mesti Membaca"
Skudai, Johor.

Malaysia, bakal hancur dengan hiburan!

Aku bimbang sekali..
Nampaknya corak perkembangan kemajuan negaraku yg tercinta ini mulai berarah kepada kerosakan!
Aku khuatir aku dan keluargaku akan turut 'rosak' dengan persekitaran yg sudah mulai 'rosak'..

Apa yg rosak?

Rosak akhlak, rosak pemikiran kepada nafsu dan kejahatan, rosak iman, rosak harta benda (vandalisme), rosak ekonomi, rosak segala-galanya..

Kenapa?

Kerana..




Perancangan untuk menjadikan Malaysia pusat perlancongan berasaskan kelab malam dan pusat hiburan dan bakal menjanjikan 8000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia pada tahun 2020.
Rujuk ...
http://saifulislam.com/?p=8798
http://www.pemandu.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=614&Itemid=133&lang=en
Aduh..
Sebenarnya aku ni bukanlah kaki politik. Memang aku tak suka pada politik. Aku selalu anggap politik kotor, tapi bila sampai peringkat macam ni.. aduh.. Mana boleh tahan, dik oi!
Sebodoh-bodoh aku pada politik pun, tapi aku masih kenal mana yg baik dan buruk. Aku masih bole nilai mana yg memberi kesan positif atau negatif.
Kalau dah sampai peringkat macam ni, aku yg tak suka politik pun akan bangun menentang!
Aku menentang kerana agama yg kucintai!
Aku melawan untuk selamatkan diri, keluarga dan masyarakat daripada kejahatan dan maksiat!

Ya Allah, apa la yg orang atasan fikir sebenarnya?? Tak da otak ke?
Dah la masyarakat yg harmoni ni dah tercemar dgn gejala-gejala negatif yg tak sudah2.. rogol, bunuh, buang bayi, hamil luar nikah, dera, dan sebagainya.. nak ditambah pulak dengan pusat2 maksiat yg bakal menyemarakkan lagi kegiatan2 tak bermoral dan binasa!?!

Aduh..
Sekali pun akan mengundang berjuta-juta ringgit keuntungan, tapi siapa yg menjadi mangsa kepada pelancong2 bernafsu binatang itu? Siapa yg akan dirogol atau dizinai oleh pelancong2 itu? Anak dara siapa yg bakal memuaskan nafsu 'binatang2' dari seluruh dunia itu?
Anak-anak dan cucu cicit perempuan kita!! (siapa berani jamin yang tak akan ada seorang pun anak perempuan Melayu menjadi mangsa jika dibina pusat2 hiburan ini?)

Aku sedih..
Tapi aku tak akan biarkan begini. Aku akan bangun menentang!

Aku minta pada kalian agar turut sama2 cari kebenaran dan menentang kejahatan. Selamatkan Malaysia agar tetap menjadi negara yg aman damai dengan jauh daripada maksiat.


DrSatriaN
"Hidup Mesti Perjuangkan Kebenaran"
Skudai, Johor.

29 October 2010

Menerima berita yang dinanti-nantikan..

Alhamdulillah..
Aku bersyukur sangat2 kerana setelah sekian lama aku menunggu, akhirnya sampai juga berita pertukaran tempat kerjaku.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana Engkau telah memperkenankan permohonanku..
Terima kasih ya Allah, sungguh Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
Ampuni diriku yang penuh cacat-celanya..

Bermula seawal bulan April, aku telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian untuk meminta pertukaran tempat kerja dari Perak ke Selangor. Bersama-sama aku, turut disertakan permohonan isteriku yang mahu mengikut jejak langkahku.

Namun, dalam hati, aku kurang optimistik dengan permohonanku. Maka, tak aku nafikan juga yang aku kurang berdoa kepada Allah untuk meluluskan permohonanku. Dan jikalau berdoa pun, aku kurang bersungguh2.
Lagi pun, aku masih sibuk dengan latihan housemanship lagi pada ketika itu.

Setelah, aku berpindah ke Sungai Siput untuk meneruskan baktiku, aku akhirnya menerima perkhabaran. Kementerian telah bermesyuarat dan memutuskan permohonan aku GAGAL.
Huhu. Sedih jugak masa dengar berita tu, tapi apa nak buat. I am nobody here (and i don't have somebody in higher post also, huhu).

Tapi... permohonan isteriku pula berjaya!

Setelah berbincang dan solat istikharah, kami memutuskan untuk meneruskan pertukaran isteriku ke Selangor. Dan isteriku pun ditempatkan di Hospital Tanjung Karang, yang tidak seberapa jauh dengan tempat tinggal ibubapaku.

Maka, bermulalah detik perpisahan antara suami isteri, juga antara ayah dan anak.. Macam sadis je kisahnye, ye? Hehe. Apa nak buat, kerana kerja dan kerja dan kerja.

Duduk di Sungai Siput, aku bersendirian di kuarters doktor. Memang banyak kerja nak buat bila siang, tapi bila malam.. aku hanya bertemankan laptop ni je. TV takde siaran.

Aku telah mengemukakan rayuan semula kepada Kementerian. Aku merayu agar permohonanku bertukar ke Selangor dipertimbangkan semula.

Dari hari ke hari, aku menanti-nantikan keputusannya. Mulanya, dikhabarkan kepadaku bahawa mesyuarat untuk membincangkan rayuanku akan berlangsung pada selepas Raya Aidil Fitri. Selepas seminggu raya, aku pun call balik. Belum buat lagi. Mesyuarat ditangguhkan ke awal Oktober pula. Masa tu, aku rasa terkilan betul tapi nak buat camne. Sabar je la..

Maka pada awal Oktober seperti yang dijanjikan, aku pun call lagi. Maka, aku pun disambungkan talian ke pegawai yang sepatutnya. Tapi dijawab pula bahawa pegawai itu tak ada, dan diminta pula aku call balik pada 20 Oktober.

Aduh.. banyaknya karenah birokrasi!

Pada 20 Oktober, aku pun call lagi dan baru lah diberitahu bahawa permohonanku telah diluluskan sejak 12 Oktober lagi.

Akhirnya, lulus juga...

Alhamdulillah, aku bersyukur. Dan aku diarahkan berpindah berkuatkuasa mulai 1 November, dan diberi tempoh sebulan untuk melaporkan diri. Pada 29 Oktober, aku telah berunding sendiri dengan JKN Selangor dan telah dijelaskan sejelas-jelasnya bahawa aku mesti melaporkan diri selewat-lewatnya 1 Disember.

Aku bersyukur.. kalo boleh lagi awal lagi baik, tapi aku mahu menjaga hati kesemua pihak. Hm.. cuma aku meragui adakah berbaloi aku jaga hati orang ni?

Anyway, I received my long awaited news after much hassles and heart-broken.

26 October 2010

Wah! Dah ada pengunjung!

Alhamdulillah..
Nampaknya blog aku yang tak seberapa ni dah ada pengunjung!


Kemuncak pengunjung blog aku adalah pada 24 Oktober 2010 pada pukul 1500H, iaitu seramai 18 orang!

"Eleh, baru 18 orang je. Kecoh la bro ni."

Hehe. Memang aku kecoh, sebab aku tak sangka gak ada orang baca blog aku.
Kalo korang nak tau macamane nak tau berapa ramai pengunjung blog yg korang buat, tgk gambar kat bawah ni.



Yang ada bulatan kuning tu la, korg bole tau berapa ramai yg mengunjungi blog korang dan bila waktu kemuncak dia.

Anyway, memang best Blogger ni!

Terima kasih kepada yg melawat.

Sabar Je

(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu". (Ar-Ra'd : 24)


Maka, benarlah kata-kata Allah Yang Maha Mengetahui..
Memang aku terasa betul dengan ayat ni. 


Bila kita sabar, maka kita akan mendapat keselamatan dan kesejahteraan.


Mudah je nak cakap, kan? 
Tapi tak semua orang mampu melakukannya. 
Aku pun selalu tewas dengan sikap amarahku, terutamanya bila aku jumpa kes2 yang teruk masa onkol. Bengang napela time aku onkol ni baru nak datang pesakit tu. Tapi, jarang sekali aku letuskan kemarahan.. (yeke?)


Bila aku marah je, aku cepat2 tahan dan sedarkan diri aku balik. Ye la, sakit ni nak datang bukan ada jadual dia. Kalo nak datang penyakit tu, bila2 je. So, aku kena la sabar dan redha bila berhadapan kes2 yang aku tak suka nak tengok. Biasanya, kalo beristigfar je tak cukup untuk aku, aku kena fikir balik macamane kalo aku plak yang sakit? Bila aku fikir cara macam ni, barulah marah aku bertukar perlahan2 kepada simpati dengan pesakit. 


Dan.. memang aku cukup simpati sebenarnya dengan orang2 yg sakit ni. Bila ada yang berjalan tempang kerana patah kaki atau kena jangkitan kuman, cellulitis, kesian tengok diorg jalan terhinjut-hinjut menahan sakit. Kalo aku yg sakit macam diorang, aku rasa ragu2 pada diri aku sendiri jika aku mampu sabar seperti diorang. Alangkah seksanya hidup dgn kaki yg sakit camtu. 


Bila jumpa dgn pesakit yg kurang upaya, terutamanya mental retardation, aku rasa sedih tgk diorang. Alangkah beruntungnya aku kerana ada otak yg boleh berfungsi dgn baik dan dapat belajar, sedangkan diorang tak mampu nak memahami dunia yang terlalu luas ini. Alangkah seksanya bila tak dapat baca buku.. (maksud aku tak dapat menikmati belajar perkara2 baru).


Bila melihat derita orang lain, aku rasa aku jadi lebih bersabar dgn kesusahan diri sendiri. 
Malah, aku boleh dah kawal diri sendiri bila berhadapan dengan perkara2 yg selalunya menaikkan kemarahan. 

"It's tough, but worth it!"

Alhamdulillah, syukur..


Sebenarnya, dalam bisnes pun kena ada kesabaran. Dan biasanya kesabaran itu terbayar dengan keuntungan yang lebih berlipat kali ganda. 


Contohnya, tempoh hari, aku ada rancang nak beli emas. Tapi kerana tak sabar, aku dah tempah awal2 sedangkan duit tak masuk lagi. So, bila aku datang nak collect emas, time tu harga dah jatuh lagi murah. Mula la terbit penyesalan. 
Walau pun aku kerugian, tapi berbayar dengan pengalaman yang pasti meninggalkan kesan dalam catur kehidupan aku. 


Lain kali, bersabar dulu..


Tapi kali ni, aku rasa rugi lak sebab dah tak berduit nak beli emas yang tengah murah. Huhu..


Lain kali, sabar je. Okey?


Jumpa lagi.






DrSatriaN
"Hidup Mesti Membaca"
Sg Siput, Perak

24 October 2010

Masya-Allah, seronoknya belajar..

Mesti ramai yang ketawa bila aku tulis seperti di atas.
Tapi..
Itulah yang aku rasa.

Ramai di antara kita yang 'berhenti' belajar. Malah, pelajar-pelajar kita samada yang duduk di sekolah mahu pun kolej/unversiti, pun dah malas belajar. Ini kita sendiri boleh tahu berdasarkan kes-kes gejala sosial yang meningkat, bukan sahaja di universiti malah di sekolah!

Malangnya, di antara kita sendiri yang sudah berkerja juga sudah tidak mahu belajar.
"Apa yang mamat ni merepek ni? Nak kena tempeleng ke?"

Hehe. Mungkin ada yang marah dengan kenyataan aku ni, tapi sepedas itu pun kenyataan aku, ia adalah realiti. Kenapa?

Siapa yang dah baca dan teliti budget 2011 yang dibentangkan oleh PM Najib baru-baru ini?
Siapa yang tahu apa yang berlaku kepada ekonomi kita dan dunia sekarang?
Siapa yang belajar perkara/kemahiran baru tahun ini?

Atau..

Anda hanya tahu kerja anda sahaja.
Dan hanya melakukan kerja yang sama dan berulang-ulang setiap hari..

Kerana itulah yang aku buat dalam 3 tahun yang lepas.
Aku 'tersangkut' dengan beban kerja housemanship yang menyebabkan aku tak boleh nak explore perkara2 lain. Bangun pagi, aku hanya fikir pasal kerja dan stress. Bila pulang, aku bawa balik jugak tension dan penat. Aku tiada masa untuk buat perkara lain.

Dan, aku rasa kesal..

Kini, setelah aku bergelar Medical Officer (pegawai perubatan terlatih) di hospital daerah Sungai Siput, dan kebetulan aku duduk keseorangan, menyebabkan aku tiada pilihan selain explore perkara-perkara baru untuk memastikan diri aku masih waras! Kesunyian dan keseorangan boleh menyebabkan korang hilang kewarasan, cuba la kalo tak percaya.

Oleh kerana ada faktor desakan, aku telah terlorong untuk belajar tentang pengurusan wang. Bila sentuh pasal wang, mau tak mau aku terpaksa belajar pula tentang pelaburan. Dan, bila aku mula baca tentang pelaburan, aku menemui fakta yang amat menakutkan sekali.. keadaan ekonomi dunia yang 'tenat'.

Daripada situlah, aku dapat tau pulak pasal pelaburan emas/perak. Sehingga akhirnya aku leburkan banyak wang aku kepada bentuk emas dan perak untuk selamatkan harta aku yang telah susah payah aku dapatkan.

Tapi.. itu cuma pendapat aku je. Mungkin korang ada yang tahu lebih daripada aku.

Sebab tu, aku terus membaca..
Aku terus belajar perkara-perkara baru. Samada tentang ekonomi, sejarah, penternakan, bisnes, agama, dll. Semakin aku tahu, semakin aku dahagakan ilmu..

Tapi, aku masih keseorangan juga..
Sebab tak ramai orang2 di sekeliling aku, jua yang kukenali, mempunyai minat yang sama macam aku. Aku berada di sektor perkerjaan sekarang, maka orang2 di sekeliling aku adalah pekerja2. Aku insafi situasi aku sekarang, mungkin kalo aku berada di sektor pendidikan baru aku berjumpa dengan orang yang minat macam aku.

Apa pun, aku tetap akan terus belajar..
Biarlah aku keseorangan, tapi aku seronok..
Mempelajari perkara-perkara baru membuatkan aku lebih memahami apa yang orang perkatakan. Bila orang kata sesuatu, aku tidak macam dulu lagi, yang selalu je menurut dan menggangguk apa yang keluar dari mulut orang.

Now I be on myself, and believe more on myself..

Seronoknya, belajar..


DrSatrian
"Hidup Mesti Membaca"
Sg Siput, Perak

23 October 2010

Emas.. kupilih cara halal

Aku dah tekad.
Aku akan membeli emas lagi.

Lebih baik aku simpan duit aku dalam bentuk emas berbanding duit kertas Ringgit Malaysia. Emas nilainya sentiasa naik, tetapi nilai Ringgit Malaysia dari tahun ke tahun semakin merosot. Kalau dulu, nasi lemak berharga 50sen, tapi sekarang dah mencecah RM1.20 (malah cuma dapat seperempat je telur masaknya).

Tapi kali ni, aku nak beli banyak sikit.
Masalahnya, Public Gold ni kadang2 tak cukup stok bila aku nak beli on the spot. Cumanya, diorang boleh terima tempahan. So, aku pun menempah beberapa keping emas dinar untuk dijadikan koleksi.

Tiba pada hari yang dijanjikan, aku pun bagitau yang aku dah sediakan duit secukupnya dan minta diorang sediakan stok yang secukupnya juge. "Okey," diorang kata, pada mulanya.
Aku pun rasa sedikit gembira.
Sebahagian lagi harta aku terlindung daripada kesan inflasi duit kertas RInggit Malaysia.
Seronok.. :)

Tak lama lepas tu, diorang call balik.
PG : "Encik, kami tak cukup satu keping dinar. Encik bayar dulu semuanya, satu keping lagi kita bagi kemudian. Okey?"
Aku : "Apa? Aduh.. Okey, saya fikir dulu."
PG : "Okey, nanti kita jumpa ya."

Alamak!
Mana boleh macam tu. Dah salah dan melanggar hukum syarak dalam jual beli emas ni. Daripada halal, jadi haram la camni. Aku mengeluh sendirian, tak ada siapa nak dirujuk.

"Aik? Ada ke hukum syarak dalam beli emas ni?"
Hah. Mesti korang fikir macam ni, kan? Takpe, sebab sebenarnya ramai yang tak tahu pasal peraturan syarak dalam jual beli emas ni. Pembelian emas/perak/wang tak sama seperti membeli barangan runcit atau komoditi yang lain.
Emas/perak/wang termasuk dalam barangan ribawi yang telah ditentukan hukum/peraturan syarak dalam jual-belinya.

Teliti dulu ayat Al-Quran di bawah..
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu memperoleh keuntungan" - (Al Imran : 130)

Allah dah jamin, jika kita jauhi riba maka kita akan beroleh keuntungan. Dan, riba ada dalam jual beli emas sebenarnya, termasuklah emas perhiasan (cincin, gelang, dll).

Perhatikan sabda Nabi S.A.W. di bawah..
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perak ditukar dengan emas adalah riba kecuali diserah dan diterima pada waktu yang sama. Gandum ditukar dengan gandum adalah riba kecuali diserah dan diterima pada waktu tersebut. Kurma ditukar dengan kurma juga adalah riba kecuali diserah dan diterima pada waktu yang sama.
 Maka, dalam jual beli emas aku tadi, adalah haram jika aku bayar penuh dan terima sebahagian keping emas secara tangguh. Ia dah dikira riba an-nasi'ah. Sila rujuk www.zaharuddin.net untuk maklumat lanjut. 

Aku pening. Sebab aku dah sedaya-upaya nak elakkan riba ni, tapi diorang kata pulak tak cukup stok. Nak bayar sebahagian, diorang tak terima plak sebab dah kuar resit tempahan tu. Kalo aku cancel, nanti kena blacklist plak nama aku. 


Pening.. Pening.

Dalam perjalanan tu pun, aku tak jumpa plak bank yang aku nak cari ni. Aduh, lagi pening kepala. Waktu zohor dah nak masuk. 

Okey la. Aku solat la dulu. Cari masjid dulu, dan solat. Mungkin nanti kekusutan otak aku boleh surut dan selesaikan masalah ni.

Sebaik sahaja hati aku dah buat keputusan, tetiba nampaklah masjid di sebelah Hospital Ipoh ni di seberang jalan. Aku pun memandu untuk cari tempat parking yang berdekatan. Masuk je jalan Greentown, tetiba nampak pulak bank yang aku cari-cari dari tadi.

Alhamdulillah..!
Seolah-olah Allah bantu aku direct. Ada petunjuk ni.


Selesai solat, hati aku lapang sedikit. Fikir punya fikir, aku buat keputusan untuk memilih cara yang HALAL sahaja. Biarpun kena blacklist ke, kena banned ke, lantak lah! Asalkan diredhai Allah. Lagi pun, aku beli kerana Allah. Maka, setiap segi jual beli pun kenalah mengikut cara yang dibenarkan Allah.

Dalam hati berdebar2, aku nyatakan hasrat aku kat amoi PG tu. Mula2, dia kata dah tempah. Dia kata dia jamin untuk beri lagi sekeping tu bila dah ada stok. Asalkan aku bayar penuh, aku boleh kutip semua kecuali yang sekeping lagi tu.

Ish! Camne ni? Hm..

Aku : "Sorry ah amoi. Saya tak boleh bikin itu macam. Kalo mau itu macam, saya bayar apa yang saya dapat aje. Yang lagi sekeping tu, saya bayar bila you sudah ada stok."
Saya cuba bertegas dengan pendirian saya. Saya dah tekad, kalo dia tak mau jugak, saya akan bagi ceramah free pasal muamalat Islam, kasi dia tau sket!
PG amoi : "Hm.. okey. Saya kasi tukar deal. Encik beli emas lain yang saya ada sekarang, tapi harga mahal sikit sebab lain barang. Mau ka?"
Yes! Dari tadi aku dah fikir nak minta tukar yang lain, tapi disebabkan aku pernah ditegur sebelum ni, jadi aku ragu-ragu nak tanya. Ni dia plak yang cadangkan. Yes!
Aku : "Hah! Itu macam saya mau! Boleh! Saya tak kisah bayar lebih asal halal!"

Maka, berjaya jugaklah aku membeli kesemuanya tanpa tangguh, samada tangguh duit atau tangguh barang.
Alhamdulilah..
Aku rasa lega sangat kerana berjaya elakkan riba ni. Kemudian aku terfikir, mungkin Allah sengaja nak uji iman aku sejauh mana aku menjaga perintah-Nya dalam urusan jual beli emas. Moga2 amalanku diterima oleh-Nya..

Kepada anda, fahamilah rukun2 muamalat dalam jual beli emas sebelum menceburkan diri. Jauhilah riba, kerana ia adalah termasuk dalam dosa-dosa besar!

Wallahua'lam, jika aku salah, tolong diperbetulkan.
Jumpa lagi.


DrSatriaN
"Hidup Mesti Membaca"
Sg Siput, Perak.