07 December 2010

Pakar potong, aku jahit balik.. Berkhatan.

Assalamualaikum.
Dah lama tak update info. Maafla ye, sebab sekarang ni kepala tengah serabut fikir pasal kewangan. Huhuhu..

Minggu lepas, saya berpeluang mengikuti program berkhatan anjuran masyarakat setempat di Teluk Intan. Alhamdulillah, pada hari itu juga turut serta seorang doktor pembedahan yang didatangkan khas daripada Hospital Taiping.

Pengalaman yg menarik, kerana dah lama tak 'sunat' budak2. Dapat peluang plak tu dengan buat under close supervision. Tapi, saya cuma dibenarkan menjahit je masa tu sebab nak kejar masa.

Jahit pun jahit la, asalkan dapatla jugak pengalaman. Hehe.

Apa yg saya kagum, doktor ni pakai battery-operated cautery! Dan, yang mengagumkan adalah kesemua potongannya tidak berdarah langsung. Memang hebat la doktor ni. Saya respek giler.


So, lepas ni. Saya boleh la terima undangan mengkhatankan budak2.

From,
DrSatrian
Tanjung Karang, Selangor

5 comments:

amin said...

battery operated cautery mcm kat dlm gambar tu ke? mcm mane ia berfungsi? agaknya mcm soldering iron kot...hujung di ade alat pemanas utk memotong kulit XXX ke!

DrSatriaN said...

Haah. Yg hujung tu panas. Boleh potong kulit.

amin said...

die pakai bateri berapa volt? sebelum potong, die bius tak?

DrSatriaN said...

er.. rasanya kurang dari 50volt. memang ada bagi bius dulu, kalo tak terlolong2 la budak2 tu. tapi bius memang kuat punya, tak rasa sakit.

Dr Singa said...

disposable kan??
dulu ada..
kepala dia selaaaaalu hilang..

Post a Comment