23 December 2010

Rupanya rahim kena buang juga..

Aduh.. Malas dah aku nak fikir. Sekali pun madu yang dihulur, bisa juga yang dibalas..



Kes post-partum haemorrhage yang aku hantar ke Hosp Pakar Kerajaan tu, rupa-rupanya terpaksa gak dipotong rahimnya. Hysterectomy la penyudah ceritanya. Aku turut bersimpati, memang terasa sangat kesian pada kakak tu..

Sebagai doktor, kita faham betapa pentingnya untuk menghentikan pendarahan sekali pun terpaksa membuang organ yang penting dalam hidup kita, kerana kita dah pernah lihat pesakit mati..
..kita dah pernah bertungkus lumus menekan dada pesakit agar jantungnya berdegup semula.. tapi gagal.
..kita dah pernah jolok kerongkong pesakit agar pernafasannya kembali.. tapi gagal.
..kita dah pernah mentalkinkan pesakit agar ucap 'Allah.. Allah' dengan harapan dapat mati dalam iman.. tapi gagal.
..kita dah pernah lihat pesakit nazak dan mati tanpa nyawa di depan mata kita..
..dan semuanya sudah kita alami banyak kali..
..ntah, dah berapa kali aku merasa 'down' dan sedih..
kita dah pernah merasai betapa berharganya nyawa itu sehingga tidak penting lagi kaki, tangan, atau juga.. rahim.. terpaksa dikorbankan, jika nyawa yang dipertaruhkan. Bagi kita, nyawa lebih berharga daripada rahim itu..

Tanpa rahim, dia tak dapat lagi mengandung.. maka, tak ada lagi anak kandung baru.. memang sedih, tapi tanpa nyawa, dia sudah tiada lagi untuk dapat apa2 daripada dunia ini..

Namun, bagi kebanyakan orang awam, tidak dapat memahami kenapa kita sanggup korbankan organ tubuh mereka yang penting kerana nyawa..
Bagi mereka, apa lah ertinya nyawa jika tiada keturunan..
Apa lah ertinya hidup jika hanya ada anak satu..

Tapi bagi kita, apalah ertinya rahim itu.. jika ia 'selamat' dalam badan yang sudah tak bernyawa..
Apakah tanpa nyawa, rahim itu dapat memberikan lagi anak?
Apakah tanpa nyawa, anak sorang tu dapat hidup membesar bersamamu?

Namun, tak semua orang boleh terima hakikat kenyataan hidup yang pahit sebegini.. Bila tak boleh terima, maka naturally people will start pointing whose fault is this? Who should be blame?

Orang yg tak boleh terima hakikat, akan menyalahkan orang lain. Maka, sekalipun bertungkus-lumus aku cuba selamatkan nyawa dia pada ketika itu, dan aku telah pun jelaskan kepadanya sejelas-jelasnya keadaannya, malah 3 orang doktor hadir memberikan rawatan terbaik kepada hanya dia seorang, tapi dia lupa jua..

Yg diingatnya adalah rahimnya dah tiada.. dan dia adalah mangsa, maka mangsa tak boleh dipersalahkan..

Dan.. yang dipersalahkannya adalah orang yang bertungkus-lumus selamatkan nyawanya...
Iaitu aku..

Sebenarnya aku lebih kesian kepadanya daripada marah. Sekalipun tindakannya seperti kacang lupakan kulit, tapi aku tahu dia yang menanggung derita.. Sepatutnya dia berterima kasih kepada aku kerana tolong selamatkan nyawanya yang sudah di ambang maut, tapi sebaliknya dia mahu tujukan punca malapetaka dia kehilangan rahimnya adalah disebabkan aku..

Tapi aku tidak marah pun.. sebab aku tahu aku tak buat silap. Kerana jika aku silap, maka silap jugak ke 2 lagi orang doktor yang super-super senior tu? Silap jugak ke guideline dan tunjuk-ajar yang diberikan oleh pakar-pakar O&G yang mengajar aku dulu tu?

Apakan daya aku.. aku dah tolong, rupa2nya pertolongan yg kita beri tidak pula dihargai..

Aku cuma manusia biasa..
Aku tetap kesian kepadanya atas naluri kemanusiaan, tapi aku serahkan kepada Allah akan balasan atas pertolongan aku itu..

6 comments:

ZieSakura said...

sabar lah doc..semua bidang pekerjaan ada cabarannya..

apabila doc mampu menolong selamatkan nyawa akak tu, bilamana dia mampu kembali beribadah kepada Allah, pahala kredit masuk ke akaun doc juga nnt..insyaAllah..kalaupun bukan islam, anggapkan aje tanggungjawab sesama manusia membantu yg memerlukan

akak tu emosi x stabil lg agaknya tu..

btw, apa punca2 pendarahan tu doc?

sori, bertanya kat sini..=)

DrSatriaN said...

yela, betul tu. sabar lebih baik. Antara punca pendarahan adalah tertinggal baki uri@alatan, jahitan luka pembedahan tak kuat. Tapi sukar nak tentukan, kecuali melalui pembedahan semula. Ada sesetengah tu memang rahim dia 'longgar' balik, tanpa ada sebab. Biasanya dalam tempoh 6minggu selepas bersalin adalah waktu kritikal utk berlaku.

ZieSakura said...

6 minggu? maknanya org yg bersalin pembedahan ni kena pantang lama la ek..

thanks doc for the info..:)

DrSatriaN said...

haah.. itu kalo ikut medical practise. Tapi for sure, kalo darah turun banyak balik lepas bersalin, that's not normal but emergency.. quickly seek for medical advise. Macam pesakit ni, dia datang lambat. Dah tumpah darah sehari sebelum tu, baru nak jumpa doktor. Bila kita tgk, dah terlewat..

h4ni3 said...

she's still in denial state, that's why she blames others.. biasala tu.. belum dpt menerima hakikat dan takdir Allah. cuma jgn biarkan hal-hal mcm ni melemahkan semangat kita

Kak Zan said...

setelah baca artikel dr ni, In Shaa Allah akak cuba terima hakikat rahim akak akan dibuang next week..dah penat bleeding masa haid. hb darahpun asyik 8..sekarang 6...dulu 4...penat jadi orang sakit ni..nak cukup darah n sihat semula....tq doktor atas luahan rasa doktor yang byk membuka minda akak ni...

Post a Comment