27 December 2010

Antara Wang dan Hidup..

Assalamualaikum w.b.t.

Ntah, sekali lagi aku kembali sangsi akan punca arah tujuan hidupku. Sekali pun, lidah aku menuturkan yang aku mahu hidup yang diredhai & dirahmati Allah, dan mencari rezeki yang halal. Serta melangsaikan semua hutang-piutang yang ada di keliling pinggang.. Tapi..

"Wah, dengan cara ni aku boleh kaut untung RM1000 sehari. Cara-cara dah diajar, cuma kena praktis je. Kalo dah mahir, boleh untung besar ni.."

Sesekali apabila peluang buat duit lalu di depan mata, aku jadi keliru akan diri sendiri. Adakah aku ikhlas atau rakus? Kekadang, bila terbayang sejumlah wang yang besar boleh diperolehi, aku hampir-hampir lalai daripada meneliti akan sumber dan hukum-hukum syariah yang terlibat.

Bila ada pihak mempertikaikan status halal akan sesuatu peluang buat duit ni, aku mula-mula jadi tergamam. Mau saja aku abaikan amaran itu, namun Allah masih sayangkan aku. Dicampakkan perasaan gelisah dan tak tenteram setiap kali aku cuba menghampiri perkara-perkara yang diragui statusnya itu.

Sebagai personaliti yang sensitif, aku tak boleh hidup dengan perasaan begini. Yang akhirnya, aku nekad untuk jauhkan diri aku daripadanya.. Aku masih kurang pasti. Tapi penilaian ustaz Zaharuddin yang sememangnya arif dalam hal kewangan islam pasti tidak boleh aku abaikan sebegitu. Aku masih keliru, tapi aku tak mahu teruskan..

Oh, nafsu.. kuatnya engkau mengheret aku ke punca-punca meragukan dan engkau mahu aku menyumbatkan harta yang tidak halal untuk disuapkan ke mulut anak isteriku.

Oh, iman.. teguhkanlah dirimu dalam hatiku agar aku tidak goyah lagi..

Hm... mesti korang tertanya-tanya apa peluang buat duit yang aku maksudkan ni?
Sebenarnya, beberapa minggu yg lepas, aku ada menghadiri seminar belajar main saham dan FCPO (Future Crude Palm Oil). Dalam seminar tu, aku telah diajarkan langkah-langkah berkesan untuk buat duit dengan main harga pasaran minyak kelapa sawit. Namun.. ia tidah mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai syariah-compliant.

Apa pendapat anda tentang FCPO?
Dan, apa tindakan yang sebetulnya aku ambil?

Terima kasih... :)

7 comments:

amin said...

seminar tu byk input ke? berape bintang bole bg?

Dr K said...

Tepuk dada, tanya iman.
Kalau aku, bilamana terang2 bukan syariah -compliant, maka aku lebih risaukan kehidupan abadi di sana. Biarlah aku papa di dunia ni.

amin said...

ckp pasal emas pulak, semalam pg kedai emas wah chan, 1g = RM166 (emas 999.9 gold bar), mahal kan?

DrSatriaN said...

hm.. mahal gak. Tapi kalo dah rancang nak simpan duit lama, tak rugi pun simpan emas. Sebab emas makin lama makin mahal. Emas publicgold 999.9 1g = RM160.40.
Daddy Ziyyad : Ye, sy setuju. Sesekali perlukan jugak nasihat org sekalipun dah tau. Sbg penguat semangat diri. Terima kasih.

jimibard said...

Tak payah cakap banyak. Nama pun future, memang haram. Kan ada hadis Rasulullah yang mengharamkan pekebun memperdagangkan buah yang masih di pokok. Macam future ni mcm tu, memperdagangkan harga komoditi untuk satu-satu masa hadapan. Belum pasti lagi harganya jadi begitu tapi org sudah perdagangan sebelum tiba masanya. Yang halal ialah stock trading real time, atau spot trading. Ha, itu tak pe.

DrSatriaN said...

ooo.. gitu. Betul gak. Trimas! Hehe, rupanya masih dungu lagi aku ni pasal bab ekonomi. hohoho

DrSatriaN said...

Ok, saya dah dapat jawapan sebenar daripada Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Boleh rujuk di sini..
http://drsatrian.blogspot.com/2011/01/fcpo-rupanya-telah-diluluskan-mps-scc.html

Post a Comment