10 December 2010

Fikir Macam2..

Argh.. macam2 yg bermain di fikiran ni. Kekadang jadi lost sorg2. Hanyut dalam angan2 je.

Emas.. 
Harga naik la plak. Dulu beli dalam RM40k, sekarang nilai emas aku dah mencecah RM47k. Padahal, baru je beli masa Oktober baru2 ni. Ada la dalam 2 bulan kot. Tak sangka dapat untung RM7k dalam 2 bulan je.
Sebenarnya lepas beli dan jadi dealer pada bulan November tu, aku stop jap. Simpan je emas tu. Sebab kebelakangan ni sibuk dgn urusan perpindahan ke tempat kerja baru.
Bila semak balik harga emas hari ni, Fuhhh.. dah naik rupanya. Yg lagi buat kepala aku serabut, pasaran kata harga emas akan naik lagi tinggi tahun depan. Aduh.. gembira sebab nilai simpanan emas aku makin naik, tapi sedih sebab takde duit nak beli lagi.. huhuhu..

Jana Pendapatan Melalui Internet..
Korang percaya tak yang kita boleh buat duit melalui internet? Mungkin ada yg sangsi, tapi saya yakin 100% yg kita boleh menjana pendapatan sampingan melalui internet. Ya, saya memang ada meletakkan matlamat nak dapat RM100 melalui internet sebagai permulaan.
Tapi, internet.. sebagai mana yg kita sedia maklum, menyediakan bermacam-macam cara untuk buat duit (yg saya maksudkan, cara yg betul & selamat). Setelah sebulan mencari-cari, akhirnya saya dah conclude kepada 1 kenyataan..
Kita kena tahu membuat dan menguruskan laman web untuk jana duit melalui internet.. antaranya, kena tau domain, web hosting, minisite, payment gateway, autoresponder, dll. Banyak jugak nak kena tau. Ni yg pening kepala ni.. Tapi, ada gak terjumpa web yg kata tak perlu belajar semua ni untuk dapat duit. Huhuhu..
Tapi.. I will never give up!

Cari pengasuh..
Alhamdulillah, yg ni dah jumpa. Akhirnya ada jugak pengasuh yg sudi menjaga anak saya sekalipun kami oncall. Syukur..

Macam2 nak kena fikir bila dah kahwin ni. Dulu masa bujang, tak terfikir pun bende2 ni. Apa pun, semua ni adalah untuk mematangkan kita. Ye tak?


DrSatrian
"Hidup Untuk Berjuang"
Tg Karang, Selangor

4 comments:

maRia uLfa said...

mcm mana jual beli emas nih??? ada dengar gak..
tibe2 mcm berminat tp mcm x cukup mocal..
*orang bujang pon pikir macam2 tau...lg2 mcm aku nih...heheh

DrSatriaN said...

Senang je maria..
Kalo ko nak beli emas utk jangka masa panjang, beli emas semurah 1 dinar pun bole (dalam RM653 je). check harga kat www.publicdinar.com
Kalo nak untung emas dlm jgka masa pendek, bole la jadi dealer dan untung komisyen 1.5% untuk setiap jualan emas fizikal/rantai/cincin/dll. Kalo beli emas customer, bole untung 5-6% lagi. Dan ada beberapa lg cara nk untung dgn jadi dealer emas.
Pendek kata, emas ni la harta kita sebenarnya. Beli ke jual ke, tetap untung gak.

Daddy Ziyyad said...

ko simpan emas 40K tu dalam safe deposit ke?

DrSatriaN said...

Simpan kat agrobank, sbahagiannya. Sebab sy dah jadi dealer, sy bcadang nk buka safe deposit gak. Nt sy cite lak pasal safe deposit ni.
Kbanyakan teori pelaburan memperuntukkan 80% portfolio wang simpanan dlm emas. Jadi, nak simpan duit lama2 kena beli emas gak. Nak beli emas, kena tau gak nak simpan mana. Hohoho

Post a Comment