Betul wei! Aku tak tipu.. Memang kitorang jumpa ular tedung dalam rumah aku. Ngeri giler...
8.10pm : Adik ipar aku masuk kat bilik belakang nak ambik bantal. Tetiba terkejut nampak ada ular hitam sebesar pergelangan tangan kat dalam bilik tu.
Dia yg ketakutan, terus call hp wife aku. Tapi malangnya, wife aku tak jawab hp dia sebab tengah memandu. Mula2 dia rasa takut, tapi jadi kurang yakin dgn apa yg dia nampak. "Betul ke aku nampak ular tadi?". So, dia pun tunggu la kami balik.
9.35pm : Kami sampai di rumah. Dia pun terus bagitau ada ular dalam bilik tu. Aku tak seberapa dengar masa tu, so masuk rumah macam biasa je.
9.37pm : Adik ipar aku sekali lagi masuk bilik, tak pasti ada ular ke tak. Tiba2.. "Ular!! Ular!!" Terus dia lari sambil menjerit ke arah wife aku. Aku pun terkezut! Biar betul, ada plak ular nak datang bertamu kat rumah aku ni. Aku pun pergi selidik sendiri. Aku masuk bilik tu (lampu memang dah pasang). Dalam hati, aku masih ragu2. Ular ke jin yg adik aku nampak ni. Selak sikit je bantal, dah nampak badan ular tu melingkar. Tapi kepala tak nampak, so aku tak tau ular apa yg aku jumpa ni.
Wooooooo... Bukan takut, tapi tergamam. Camne la boleh ular ni masuk dalam bilik ni, padahal tingkap tak pernah dibuka. Ntah kenapa, aku tak rasa takut pun pada ular tu. Aku siap cakap kat ular tu, "Hai ular, kalo ko JIN, aku minta ko keluar dengan aman. Kalo ko tak kuar, aku panggil bomba nanti." (Ntahla camne, tapi aku boleh terfikir lak yg kerja tangkap ular ni kerja Bomba. Hahaha. Mesti orang Bomba marah aku.)
Tapi, ular tu buat bodo je. So, aku buat kesimpulan samada ular ni memang ular betul, atau jin ni pekak.
Aku ambil penyapu nak halau ular tu, tapi bila aku nak sentuh badan dia je, dia keluarkan bunyi "Hisss! Hiss!". Ish! Memang ular betul la ni.
9.40pm : Aku pun buat panggilan 999. "Saya nak laporkan ada ular dalam rumah saya!". Tak lama tu, panggilan aku disambung ke bahagian Perhilitan. Maklumat kejadian diberitahu. Operator tu pesan kat aku, "Encik duduk jauh-jauh dari ular tu. Jangan dekat atau kacau dia. Pastikan ular tu tak lari."
Aku gelak sendiri je, camne aku nak suruh ular tu duk diam2 jangan lari. Hohoho.
10.05pm : Sebuah landrover sampai di perkarangan rumah aku. Dua orang pegawai Perhilitan masuk dalam rumah aku dengan memegang alat menangkap ular setiap seorang. 5 minit berlalu, akhirnya ular tu berjaya ditangkap.
Bila ditunjukkan ular yg kami jumpa tu, rupa2nya ular TEDUNG! Memang ada kepak kat leher dia macam ular tedung. Panjang dalam 1 meter gak. Panjang giler wei..
Bila aku tau yg aku borak2 tadi tu ular tedung, baru aku rasa seram sejuk. Kalo aku tau dari tadi, takde nyer aku nak usik2 ular tu. Hoho.
Macam ni la gak rupa ular tu. Seram tak?
Tapi, yg penting, semua orang selamat. Alhamdulillah..
Terima kasih kepada pasukan Perhilitan, dan tak lupa juga operator kecemasan 999.
3 comments:
rumah dekat dgn semak/hutan ke?
Belakang rumah memang semak sikit, macam hutan. Tapi org Perhilitan tadi pun baru lepas tangkap satu lagi ular kat daerah ni. Mungkin tempat ni byk ular kot. Alamatnya onkol aku nanti bykla kes2 kena patuk ular. hohoho.
kena tabur sulfur keliling rumah
baru2 ni ada anak buah member (kontraktor) kena patuk ular masa tgh buat keje kat hiway. kena patuk kat muka pulak tu! terus meninggal
Post a Comment