20 November 2010

Kepulangan Yang Ditunggu-tunggu

Alhamdulillah..
Syukurku pada-Mu ya Allah.

Aku telah menamatkan onkol terakhir di Hospital Sg Siput (mungkin) pada jam 6ptg, 20 Nov 2010. Syukur juga tak hadapi byk masalah masa onkol. Takde intubate/resus sape2.

Dan ini bermakna jua, aku akan berpindah secara rasmi ke negori darah keturunanku, Selangor. Keputusan pemindahan tempat bertugas aku ke Selangor telah lama diuruskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, yang mana aku dah ditempatkan ke Hospital Tg Karang.


Sebenarnya, cadang nak minta klinik kesihatan je supaya dapat jaga makabah dan anak pompuan sorang tu, tapi.. kena reject! No mercy at all. Huhu, takpelah. Aku tetap bersyukur, sekurang2nya dapatlah duduk berdekatan dgn makabah yg dah berumur dan anak-bini sendiri.

Kepulangan yg kutunggu-tunggu..
Kerana ia memberi byk makna & pengertian dalam kamus hidup aku..

Pulangnya aku ke negeri tempat aku dibesarkan..

Pulangnya aku ke pangkuan keluarga sendiri, menjaga & mendidik anak isteri untuk mewujudkan keluarga sakinah, dan menjaga diriku sendiri dari godaan dunia orang2 bujang..

Pulangnya aku mempertautkan kembali ikatan adik-beradik dan menghilangkan sepi makabah & adik di kampung..

Pulangnya aku membawa cita-cita besar..

Dan, pulangnya aku untuk merapatkan kembali ukhuwah dengan kawan2 di Teluk Intan, jua meneruskan semula agenda 'jom pekena kopi radix' aku dengan sahabat karibku, Dr Imaduddin di Teluk Intan. Hehehe..

Kutunggu-tunggu, akhirnya tiba jua saat yg dinantikan. Hanya yg dapat kuucapkan..
"Alhamdulillah.."


DrSatriaN
Tanjung Karang, Selangor
"Hidup Mesti Kejar Cita-Cita"

5 comments:

amin said...

good job

Dr K said...

selamat bertugas di tempat baru bro..

zoul dahan™ said...

Tahniah sebab dapat pindah.
Tahniah sebab dapat balik ke kampung sendiri.
Tahniah sebab masih kekal di kerajaan.
Kontrak berapa tahun lagi?

Selamat bertugas di tempat baru.

ZieSakura said...

semoga sentiasa gembira bertugas ditempat sendiri..

tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kampung halaman

kann doc..:)

DrSatriaN said...

Yap, akan bekerja bersungguh2. Hehe, terasa hipokrit lak.
Dr Zouldahan: Sy takde contract, cuma servis wajib je lagi setahun setengah. Hehe.

Post a Comment