Pernah tak korang terfikir nak belajar lagi?
Aku yakin mesti ramai yg cakap..
"Sudah! Sudah! Aku dah serik belajar kat sekolah."
"Sambung belajar? Ish, malas lah."
"Belajar balik? Aik! dah besar dah, takkan nak masuk sekolah balik. Bosanlah!"
"Takde masa la. Siang kerja, malam dah penat. Bila nak studynye?"
Memang aku akui, banyak halangan bila kita disuruh untuk belajar balik terutamanya yg sudah bekerja macam aku. Sedangkan masa kita di bangku sekolah pun, asyik berfikir bila la nak habis belajar ni. Kan? Kan?
Bila aku cerita yg aku nak belajar balik, ramai yg tanya..
"Dr nak buat master apa?" (Master adalah pengajian akademik di universiti yg lebih spesifik dan mendalam. Dalam perubatan, seorang doktor memerlukan kelayakan ijazah master untuk menjadi pakar.)
Biasanya bila org tanya pasal master, org merujuk kepada bidang pakar dalam perubatan klinikal. Contohnya, master in orthopaedic untuk jadi pakar tulang, master in ophthalmology untuk jadi pakar mata.
Tapi, aku tak berminat nak buat kepakaran dalam bidang klinikal. Sebenarnya, aku nak buat Second Degree. Aku nak belajar seberapa banyak yg boleh selagi aku masih ada umur dan keupayaan. Aku masih muda, umur dalam 26 tahun. Minat untuk belajar pun masih ada. Malah, dengan pendapatan aku sekarang, aku mampu untuk finance pengajian aku sendiri.
Dan peluang untuk buat second degree kat Malaysia dah mula terbuka untuk mereka yg bekerja. Kebanyakan universiti-universiti tempatan pun dah buka fakulti pengajian jarak jauh masing2.
Insya-Allah, jika diberi peluang, aku nak buat Second Degree dalam Business Administration (MBA). Itulah azam aku untuk tahun 2011.
Yeah!!
DrSatriaN
Sg Siput, Perak
"Hidup Mesti Membaca"
8 comments:
Good move.
Kitalah antara doc yang bertindak 'abnormal'.
Saya berkira kira nak read Law. Adik saya boleh ajar saya nanti :)
doc,cita2 kita sama!!..kita taknak buat master in tesl dah, kita nk buat sec deg. in business..hehehe
tp InsyaAllah bukan skrg..bila dah stabil semua..hehe
Daddy Ziyyad : Yap, I agree we are 'abnormal'. To me, we deserve to have what we dream of.
Zie : Yeke? Bagus2. Keep your eye on it,and you'll achieve it oneday. Kita bole tolong2 nanti bila dah sama2 belajar. Study is sure FUN!
kita punya definisi fun laen ckit..if minat mmg fun..tp kalo kita x into the course tu, kita slow le..hehe
Masa wife ambik degree kat OUM, hampir separuh assignment wife saya yang buat. Bila wife buat master kat UTM, saya pun kena kerah jugak tolong buat assignment dia.
Saya kalau ada kelapangan nak aje ambik course masak memasak. Nak jadi macam Chef Wan. Tapi dah tua rasanya. Dah tak sempat.
ini blog fatir ye....nak baca blog aku boleh gak tp blog aku merapu..hehe
saya pun berminat nak buat degree kedua...tapi masalahnya...uSM tak terima pelajar untuk buat degree yg kedua..yg ni utk PJJ...
DrSatriaN...saya berminat nk ambik medik sbg ijazah kedua sy....sy grad dlm bio science n cita-cita nk jd doc msih mnebal dlm hati .....ade mne2 ipta tmptn yg twrkn?mnta pndapat....tq
Post a Comment