01 November 2010

Terima kasih, Ayah

Alhamdulillah.
Aku bersyukur mempunyai ayah yg menyedarkan aku drpd lamunan mimpi indah dunia.
Terima kasih, ayah mertuaku.

Sebenarnya aku ni memang mata duitan. Sekali pun dulu aku pernah bersekolah agama dari seawal darjah 1 sehingga tingkatan 5, tapi sikap haloba dunia aku memang kuat. Bila dah kerja ni, dah merasa pegang duit sendiri sehingga beribu-ribu ringgit, memang semakin 'gelap' mata aku melihat dunia. Semakin ghairah aku mengejarkan kebendaan.


Tapi..
Aku tak rasa tenang. Aku sangkakan duit tak cukup membuatkan aku tak tenang. Aku ingatkan hanya bila duit dah beribu-ribu baru hati aku tenang, tapi aku masih tak tenang. Aku tak tenteram. Resah gelisah. Bila fikirkan hari esok, aku hanya terfikir macamana aku nak cari duit lebih. Kadang2 bila dah berduit, aku jadi tamak dan kedekut. Ntahla. Aku keliru. Adakah aku berjimat atau kedekut sebenarnya? Adakah duit berjuta-juta menjamin hati aku akan tenang?

Tak..

Dan hati kecil aku pun menyatakan sebegitu. Bukan harta yg buat aku gembira. Bukan duit yg buatkan aku tenang, tapi benda lain..

Apa yg boleh buatkan hati aku tenang? Tapi aku masih ghairah nak cari duit.

Bila aku bercuti dan balik ke kampung isteriku, ayah mertuaku dapat melihat reaksi diriku. Dia dapat meneka perubahan dalam diriku. Dan...

"DrSatrian, ayah tengok ramai kawan2 ayah yg kaya raya tapi tak bahagia. Ada sorg kawan ayah tu, dia ada kereta 4 biji, tapi nak derma seringgit dua pun berkira. Tgk rumahtangga dia ada aje masalah, kejap bini dia mengamuk, kejap anak dia buat perangai, kdg2 dia sendiri yg tak pasal2 bergaduh dgn adik-beradik. Kenapa ko rasa?" Ayah membuka bicara.

"Ntah. Biasala tu ayah. Rumahtangga ni ada turun naik dia." Aku cuba menjawab.

"Sebenarnya, dia dah jauh daripada rahmat Allah. Dia kejar dunia, dengan melupakan Allah. Duit beribu-ribu tapi tak berkat. Hutang masih tak selesai-selesai jgk. Hidup pun tak aman, asyik fikir pasal duit je, tapi tak pernah rasa kecukupan. Tak ke seksa camtu?" Ayah mengulas.
Ish! Betul jgk ckp ayah. Macam terkena kat aku je.

"Cuba ko tgk macam ayah, sekali pun ayah tak kaya, tapi ayah takde hutang. Ayah tak fikir pun mana nak cari duit. Bagi ayah, rezeki.. Allah yg sediakan. Kita taat je perintah Dia. Nanti Dia akan jaga periuk nasi kita. Bila ayah perlukan duit, ayah usaha cari duit utk penuhi keperluan tu, tapi bukan utk kumpul harta jadi kaya. Kalo tak berjaya, ayah pergi masjid macam biasa dan berdoa mohon dikurniakan rezeki. Selalu ayah diberikan rezeki drpd sumber yg tak disangka2. Kdg2 kawan datang singgah, tak pasal2 hulur RM100/200. Kdg2 ditanya kita berduit tak, pastu terus dihulur kat ayah sekian-sekian duit. Masya-Allah, bagi ayah ni semua kerja Allah. Bila kita taat perintah Dia, ikut cakap Dia, mohon pada Dia, Dia akan aturkan semua utk kita. Kita dah tak payah risau pasal duit lagi. Hati siapa tak tenang bila keperluan kita bagai dijamin dapat oleh Tuhan?"
Gulp! Tersentak jantung aku. Macam paham-paham je ayah aku ni.

Rupa2nya, itulah jawapannya..
Di situlah sumber ketenangan hati yg aku cari-cari. Itulah 'benda' lain selain harta yg sebenarnya buat hati aku tenang kembali.
Ya! Malah ketika aku menginsafi perkara ini, hati aku dah mulai tenang. Aku bagaikan telah mendapat jawapan konkrit utk sebuah persoalan yg besar.

Aku yakin..
Dan aku mulai tenang..

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan "dzikrullah"itu, tenang tenteramlah hati manusia.    (Ar-Ra'd : 28)


DrSatrian
"Hidup Mesti Membaca"
Skudai, Johor.

0 comments:

Post a Comment