24 October 2010

Masya-Allah, seronoknya belajar..

Mesti ramai yang ketawa bila aku tulis seperti di atas.
Tapi..
Itulah yang aku rasa.

Ramai di antara kita yang 'berhenti' belajar. Malah, pelajar-pelajar kita samada yang duduk di sekolah mahu pun kolej/unversiti, pun dah malas belajar. Ini kita sendiri boleh tahu berdasarkan kes-kes gejala sosial yang meningkat, bukan sahaja di universiti malah di sekolah!

Malangnya, di antara kita sendiri yang sudah berkerja juga sudah tidak mahu belajar.
"Apa yang mamat ni merepek ni? Nak kena tempeleng ke?"

Hehe. Mungkin ada yang marah dengan kenyataan aku ni, tapi sepedas itu pun kenyataan aku, ia adalah realiti. Kenapa?

Siapa yang dah baca dan teliti budget 2011 yang dibentangkan oleh PM Najib baru-baru ini?
Siapa yang tahu apa yang berlaku kepada ekonomi kita dan dunia sekarang?
Siapa yang belajar perkara/kemahiran baru tahun ini?

Atau..

Anda hanya tahu kerja anda sahaja.
Dan hanya melakukan kerja yang sama dan berulang-ulang setiap hari..

Kerana itulah yang aku buat dalam 3 tahun yang lepas.
Aku 'tersangkut' dengan beban kerja housemanship yang menyebabkan aku tak boleh nak explore perkara2 lain. Bangun pagi, aku hanya fikir pasal kerja dan stress. Bila pulang, aku bawa balik jugak tension dan penat. Aku tiada masa untuk buat perkara lain.

Dan, aku rasa kesal..

Kini, setelah aku bergelar Medical Officer (pegawai perubatan terlatih) di hospital daerah Sungai Siput, dan kebetulan aku duduk keseorangan, menyebabkan aku tiada pilihan selain explore perkara-perkara baru untuk memastikan diri aku masih waras! Kesunyian dan keseorangan boleh menyebabkan korang hilang kewarasan, cuba la kalo tak percaya.

Oleh kerana ada faktor desakan, aku telah terlorong untuk belajar tentang pengurusan wang. Bila sentuh pasal wang, mau tak mau aku terpaksa belajar pula tentang pelaburan. Dan, bila aku mula baca tentang pelaburan, aku menemui fakta yang amat menakutkan sekali.. keadaan ekonomi dunia yang 'tenat'.

Daripada situlah, aku dapat tau pulak pasal pelaburan emas/perak. Sehingga akhirnya aku leburkan banyak wang aku kepada bentuk emas dan perak untuk selamatkan harta aku yang telah susah payah aku dapatkan.

Tapi.. itu cuma pendapat aku je. Mungkin korang ada yang tahu lebih daripada aku.

Sebab tu, aku terus membaca..
Aku terus belajar perkara-perkara baru. Samada tentang ekonomi, sejarah, penternakan, bisnes, agama, dll. Semakin aku tahu, semakin aku dahagakan ilmu..

Tapi, aku masih keseorangan juga..
Sebab tak ramai orang2 di sekeliling aku, jua yang kukenali, mempunyai minat yang sama macam aku. Aku berada di sektor perkerjaan sekarang, maka orang2 di sekeliling aku adalah pekerja2. Aku insafi situasi aku sekarang, mungkin kalo aku berada di sektor pendidikan baru aku berjumpa dengan orang yang minat macam aku.

Apa pun, aku tetap akan terus belajar..
Biarlah aku keseorangan, tapi aku seronok..
Mempelajari perkara-perkara baru membuatkan aku lebih memahami apa yang orang perkatakan. Bila orang kata sesuatu, aku tidak macam dulu lagi, yang selalu je menurut dan menggangguk apa yang keluar dari mulut orang.

Now I be on myself, and believe more on myself..

Seronoknya, belajar..


DrSatrian
"Hidup Mesti Membaca"
Sg Siput, Perak

3 comments:

ZieSakura said...

kita pun x minat belajar..dulu laa.

kita tactile learner..suka benda touching2, testing2..so x berapa minat kalau medium pengajaran all the way hanye mendengar aje..

hehe..

DrSatriaN said...

Zie, itu pun kira belajar jugak. Tujuan belajar adalah memperolehi ilmu/pengalaman baru yang berguna! Good, learn as much and as long as u can.

Anonymous said...

saya yg sekrang suka belajar..tp time study dulu asek failed je..hehhe
baru2 ni, sy berjinak dgn blog2 milik pakar pengurusan kewangan, beli ebook, baca buku motivasi,best sgt..
cari ilmu bisnes, ilmu self-development, emas, pelaburan hartanah dll.

memang best sgt.
harap2 5 thn lagi, sy tak perlu makan gaji sebaliknya menjadi majikan utk diri sendiri dan memiliki kebebasan kewangan dan diri..amin!

siti - prai, penang.

Post a Comment