“Maafla, sayang. Abang kena buat
locum la malam ni.”
“Ye la. Kerja! Kerja! Kerja!”
Isteri aku mengomel. Aku tahu dia
kecewa. Aku tahu dia rasa terkilan sebab aku lebih banyak meluangkan
masa untuk kerja berbanding dirinya dan keluarga.
Tapi.. apakan daya. Inilah lumrah kerja
seorang doktor.
Ramai orang yang bercita-cita ingin
menjadi doktor. Kerjaya doktor sangat dipandang mulia oleh
masyarakat. Ramai juga orang yang berpendapat kerja doktor sangat
lumayan dan boleh hidup mewah. Tak kurang juga ada yang anggap doktor
sebagai hero. Bila mereka bawa ibu atau ayah mereka ke pintu Unit
Kecemasan hospital, berkaca-kaca mata mereka melihat doktor yang
datang merawat ibubapa mereka mengharapkan agar ibubapa mereka cepat
sembuh.
Tapi..
Hidup tidak seindah yang disangka.
Hanya indah khabar sahaja daripada
rupa.
Ramai yang tidak mengetahui pengorbanan
yang terpaksa ditempuh oleh seorang doktor. Lebih-lebih lagi yang
sudah berkeluarga.
Dan.. pengorbanan yang tidak dapat
dicari ganti lagi adalah... masa.
Kenapa masa?
Kebanyakan doktor-doktor yang bekerja
dengan kerajaan adalah bekerja di hospital.
Di hospital, jadual waktu
kerjanya tidak sama dengan kerja di klinik atau bahagian pentadbiran.
Di samping kerja pada waktu biasa (8pagi hingga 5 petang), ada juga
waktu kerja yang di luar daripada waktu kerja biasa iaitu onkol dan
locum.
Sepertimana yang kita sedia maklum,
sesebuah hospital yang mempunyai pesakit di dalam wad-wadnya dan juga
mempunyai jabatan kecemasan, perlulah sekurang-kurangnya ada seorang
doktor yang bertugas yang boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk
menghadapi kes-kes yang datang. Oleh itu, waktu kerja doktor yang
bertugas pada panggilan seperti ini dipanggil onkol.
Di hospital aku, sebagai contoh, ada
dua orang doktor yang berada dalam panggilan. Yang pertama, adalah
active call di mana doktor ini perlu sentiasa berada di
hospital untuk berhadapan dengan apa jua kes yang datang atau masalah
yang timbul di wad. Jadi, jika ada apa-apa masalah yang timbul, maka
doktor inilah yang akan dipanggil.
Manakala, doktor yang seorang lagi akan
buat passive call, di mana dia boleh duduk berehat di rumah tetapi
perlu bersiap sedia pada bila-bila masa jika ada panggilan.
Kebiasaannya, panggilan dibuat untuk menemani pesakit yang kurang
stabil untuk dihantar ke hospital besar atau menolong doktor onkol
jika berlaku kes-kes disaster. Bila buat passive call, aku tidak
boleh berada jauh daripada hospital melebihi 15 minit perjalanan.
Maksudnya, aku tak boleh keluar ke mana-mana.
Kedua-dua doktor ini perlu onkol selama
24 jam, dan biasanya disambung lagi bekerja keesokan harinya untuk
memenuhi waktu bekerja hari biasa.
Maka, kebiasaannya doktor akan
bekerja selama 30-36 jam bila mereka onkol.
Bayangkan betapa penatnya bekerja jika
terpaksa menghadapi kes-kes yang datang bertubi-tubi. Jika selama 36
jam itu, kes datang tak henti2, maka selama 36 jam itulah doktor
tidak boleh melelapkan mata. Malah, jika doktor yang onkol seterusnya
belum datang, maka doktor yang telah kepenatan itu perlu meneruskan
kerja dan tidak boleh balik lagi.
Misal kata, aku onkol hari ini. Maka
aku akan onkol 24 jam bermula jam 8 pagi hari ini sehingga jam 8 pagi
esoknya. Tetapi aku belum boleh balik lagi. Aku perlu terus bekerja
merawat pesakit2 di wad sehingga jam 1 petang. Di hospital aku, PM
OFF diberikan pada hari selepas onkol. Maksudnya, aku boleh balik
awal pada pukul 1 petang, yang sepatutnya balik pada pukul 5 petang.
Tetapi..
Biasanya, letih badan selepas onkol
membuatkan aku tak larat nak layan keluarga. Aku lebih banyak tidur
je pada sehari selepas onkol.
So, bila onkol, sebenarnya aku
kehilangan 2 hari.
Dalam sebulan, aku perlu buat active
call sebanyak 6 kali. Ini bermakna, aku kerugian 12 hari daripada
sebulan. Ditambah dengan 6 kali lagi aku buat passive call. Dan ini
juga bermakna, 2 weekend aku habis terguna untuk onkol.
Jangan dilupakan, aku juga perlu buat
locum. Locum adalah kerja klinik pada luar waktu kerja biasa, seperti
jadual di bawah.
Hari Kerja Biasa | 6 pm – 9 pm |
Hari Minggu/Cuti | 9 am – 12 am 6 pm – 9 pm |
Aku diberi locum sebanyak 5 kali
sebulan, dan 1 lagi hujung minggu aku digunakan.
Ini bermakna, dalam sebulan.. aku hanya
memperolehi 1 kali sahaja hujung minggu untuk aku luangkan masa
bersama keluarga.
So.. peringatan untuk orang perempuan,
jangan berkahwin dengan doktor kalau mahukan suami yang sentiasa
berada di sisi anda. Hehe. (sekadar gurauan)
Jadi aku ingin bertanya, apakah
berbaloi pengorbanan aku pada keluarga demi kerjaya ini?
Inilah yang menjadi mimpi ngeri aku
bila ibubapa aku tidak mahu aku berhenti bekerja. Mereka mahu aku
terus bekerja sehingga pencen atau tua.
Berbaloi ke duit yang aku dapat jika
anak isteri terabai? Sedangkan, jika mereka jatuh sakit, betapa
susahnya nak minta doktor lain gantikan onkol kita.
Tidak..! Pada aku, sekali-kali tidak
berbaloi.
Aku akan gunakan otak aku untuk cari
jalan bagaimana aku boleh mendapat pendapatan tetap bulan-bulan
seperti sekarang tetapi mempunyai waktu yang fleksibel dan lapang.
Aku tidak akan mengalah lagi. Yosh!! ;)
Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang dhaif
ini. Amin...
DrSatrian
"Hidup Mesti Membaca"
Sg Siput, Perak.
4 comments:
Bukankah doktor pakar bergaji puluh2 ribu sebulan?
It is not a matter of money, you took an oath to serve. People choose this particular profession to help others and be selfless.
Cetek pemikiran ko pikir duit smata mata. Youre not wealthy until you have something money cant buy
Kerja paling gila dlm dunia. Tak masuk akal. Kerja 36 jam gaji ckit. X semua boleh jd pakar dik. Merana keluarga. Berdasarkan pengalaman*
Post a Comment