26 October 2011

Resting..

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Aku dah agak lega sekarang. Memang aku perlu berehat sebenarnya. Tetapi aku sedar, aku tidak boleh berehat dan terus berehat. Hidup ini memerlukan perjuangan. Perjuangan perlu diteruskan. Strategi dirancang dan dilaksanakan..

Kuserahkan masa depanku kepada-Mu ya Allah. Ku tahu betapa lemahnya diri ini, namun daku tak akan berputus asa untuk kembali kepada-Mu..

Bimbinglah kami ya Allah..


18 October 2011

Ya Allah..

Assalamualaikum.

Ya Allah..

Betapa kerdilnya diriku.

16 October 2011

Hehe... Saya Suka Ini.

Assalamualaikum.

Lama jugak tak update ye. Ntahla.. banyaknya kerja sejak akhir-akhir ni.

Pengajaran : Hidup ini tak pernah lari daripada masalah. Apabila selesai satu masalah, datang pula masalah yang lain. Kita tak akan dapat lari daripada masalah, tapi kita kena hidup bersama-sama masalah. Terimalah masalah dalam hidup anda, dan anda pasti akan temui kedamaian... ;-)

11 October 2011

Belum..

Assalamualaikum.

Aduh.. penatnya. Belum punyai kesempatan waktu untuk mengadap komputer mengisi ruangan blog ini. Esok akan bersengkang mata lagi (onkol). Sukarnya menghadirkan keikhlasan dalam diri apabila ruangan hidup untuk diri sendiri dan keluarga sempit dek digasak oleh asakan kerja.. kerJA... KERJA!!!

Argh! Malas tul!

04 October 2011

Bukan Senang Nak Senang..

Assalamualaikum.


"Bukan senang nak senang."

Itulah ungkapan kata-kata abah suatu ketika dulu. Walau pun sudah bertahun-tahun kata-kata itu diucapkan, entah kenapa aku betul-betul merasainya pada hari ini..

*Maafkan aku kerana sudah lama menyepi kerana agak sibuk dengan urusan pindah rumah, serta masalah-masalah yang berkaitan.