Kadang2, tak onkol pun badan boleh penat.
Fuhhh...
Hari khamis, saya onkol. Jaga Kecemasan. Tapi alhamdulillah, tak banyak kes. Dapatlah tidur dari pukul 1 - 4 pagi. Okla tu..
Hari Jumaat, post-call. Masih jaga Kecemasan lagi. Mula2 agak tenang. Tapi dalam pukul 11, ada plak kes dari Kuala Selangor. Kes ni memang Red Alert!
Seorang ibu, baru lepas lahirkan anak pertama, day 12, mengadu ada tumpah darah sejak malam tadi. Namun, disangkanya normal. "Saya ingatkan itu perkara biasa.." katanya. Tapi, bila kepala dah mula pening2, dan darah tak berhenti-henti keluar, ambulans dipanggil. Staffnurse yang datang tengok, tergamam.. terus dipanggil doktor sana. Doktor pun datang, dan terus dihantar kes tu ke Kecemasan Hosp Tg Karang.
Memang dahsyat. Muka dah pucat giler. Tapi GCS masih full. Symptoms ada pening-pening nak pitam katanya. Perut pun rasa sakit sikit. Bila ditanya, lahir secara pembedahan (LSCS) atas permintaan di salah sebuah hospital swasta di Klang.
Bila check vital sign... BP 80/50, HR 125, SpO2 100%.
Shock!!! PPH!!
Terus aku menjerit. Panggil semua staff yang ada, untuk tolong bantu. Sorang set line. Sorang ambik darah untuk GXM. Sorang panggil MO Senior. Sorang lagi masukkan drip Gelafundin, run fast. Semua aku kerah.. Aku cuma duk terkedu menghadapi kes yang pertama seumpama ini dalam posting aku di hospital district.
Memang mencabar..
Akhirnya, BP berjaya dinaikkan kepada 100/60. Setelah inform specialist O&G, kes dihantar dengan blood transfusion is still running. Aku juga yang accompany dia. Sesampai je di Labour Room, specialist yang jaga Labour Room dah standby. Bila diperiksa, darah membuak-buak keluar dari pintu rahim. Counsel for KIV hysterectomy. Patient agreed. Tanpa buang masa, pesakit dihantar terus ke dewan bedah. Aku cuma lihat troli dia ditolak laju ke dewan bedah, sambil berdoa agar dia selamat dan rahimnya tak perlu dibuang.
Kesian.. mengenangkan baru dapat anak sorang. Kalo rahim dibuang, maknanya putuslah zuriat daripada dirinya...
Balik rumah, dah kepenatan. Ambik anak perempuan kat rumah pengasuh, cergas bukan main. Seronok betul dia bila tengok ayahnya dah sampai. Bila lihat anak sendiri, terasa ringan kekusutan dan serabut dalam kepala. Masya-Allah..
Dalam hati, aku turut bersimpati dengan pesakit tadi. Diam-diam aku doakan semoga dia selamat agar dapat membesarkan anak kandungnya seorang itu..
Lain betul rasanya bila dah jadi bapa ni. Tanggungjawab keluarga memang berat, tapi dengan kemesraan isteri dan keriangan telatah si kecil, kekadang aku bersyukur dah kahwin..
Alhamdulillah..
18 December 2010
13 December 2010
Akaun Emas? Emas Fizikal? Dinar?
Kadang2 kita confuse dengan pelbagai bentuk pelaburan emas yg ada di Malaysia. Tentu anda pernah dengar GSPA (Gold Saving Passbook Account), emas bar, emas jongkong, dan yang terbaru emas dinar.. Tetapi ada sesuatu yg anda perlu faham..
Melabur dalam emas ada 2 jenis..
Emas Fizikal
Emas Bukan Fizikal (Akaun Emas)
So, buatlah pilihan yg tepat. Ada soalan, boleh tanya.
DrSatrian
Authorized Public Gold Dealer
0126526052
thezikr_gold@yahoo.com
Tg Karang, Selangor
Melabur dalam emas ada 2 jenis..
Emas Fizikal
- Di sini, anda perlu beli emas fizikal dari kedai/Public Gold/Kelantan Golden Trade. Setelah dapat produk, anda simpan. Pelaburan jenis ini sesuai untuk jangka masa sederhana dan panjang, kerana sejarah dah membuktikan emas fizikal tak lut dengan inflasi. Jika inflasi naik, nilai emas pun naik. Jadi, keupayaan kuasa beli (purchasing power) anda dengan emas tidak terjejas oleh inflasi.
- Contohnya, jika anda ada 1 dinar emas pada tahun 2000, di mana anda boleh membeli seekor kambing pada tahun itu, dengan 1 dinar itu juga anda boleh membeli seekor kambing pada hari ini (Harga kambing = RM650, berbeza sedikit ikut kawasan).
- Kelebihan :
- Memiliki emas secara fizikal (nyata). Jadi, tiada isu penipuan atau skim apa2. Dah bayar, dan betul2 dapat emas. Contohnya, Dinar Public Gold.
- Boleh digunakan untuk dapatkan pinjaman sehingga 70% daripada nilai emas semasa yg dimiliki itu, melalui konsep Ar-Rahnu. So, kalo tetiba perlukan duit segera, boleh pajakkan emas tu. Bila duit dah cukup, bayar balik pinjaman tu dan dapat semula emas kita.
- Boleh jual semula di mana2 kedai emas/dealer Public Gold.
- Keburukan :
- Risiko kecurian & keselamatan. So, kena pandai2 la simpan.
- Boleh tercalar/bengkok/kotor. Namun, Public Gold menawarkan belian semula emas mereka tanpa caj tambahan sekalipun tercalar/bengkok.
- Ketulenan. Kadang2 ada penjual emas yg menipu dgn menyadurkan emas pada logam lain. Jadi, kena semak ketulenan di mana2 kedai emas/ar-rahnu/bank. Public Gold sudah sertakan sijil ketulenan bagi setiap produk emasnya. Saya sendiri pun dah semak dgn AgroBank, memang sah tulen!
- Stok sukar didapati. Ya, memang emas sukar didapati. Sebab itu ia sangat bernilai.
Emas Bukan Fizikal (Akaun Emas)
- Emas ini dibeli secara kepercayaan kita kepada pihak yg dilaburkan bahawa kita memiliki sejumlah emas tertentu mengikut bayaran kita. Tapi, kita tidak mengambilnya. Sebaliknya, kita memberikan kepercayaan kepada pihak itu untuk menyimpan/memegang emas kita.
- Contohnya..
- Public Bank : Gold Investment Account (GIA).
- Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA).
- Pelaburan ini sesuai untuk jangka masa pendek, kerana cepat untuk melakukan transaksi jual beli. Biasanya, pelabur gunakan kaedah beli emas ketika harga turun, dan jual semula ketika harga melambung naik. Buy low, sell high. Tapi, kena pandai baca analisis pasaran emas.
- Kelebihan :
- Tiada risiko kecurian.
- Tak perlu semak tulen ke tak. Bank tu yang jamin.
- Pilihan alternatif untuk simpan wang di bank, sambil menikmati keuntungan kenaikan harga emas.
- Kos permulaan yang rendah, serendah 1g emas.
- Keburukan :
- Emas itu tidak dijamin sekiranya berlaku kebakaran/bankrap/kemelesetan ekonomi.
- Bukan pemilikan sepenuhnya. Jika tiba2 bank membekukan akaun kita @ menghentikan tindakan pengeluaran emas fizikal berdasarkan nilai simpanan kita, maka kita tak dapat emasnya. Contohnya, Public Bank yang sebelum ini membenarkan pelanggan membuat pengeluaran emas fizikal, telah menghentikan servis itu. So, it can happen.
- Jika boleh keluarkan, ada caj tambahan yang dikenakan.
So, buatlah pilihan yg tepat. Ada soalan, boleh tanya.
DrSatrian
Authorized Public Gold Dealer
0126526052
thezikr_gold@yahoo.com
Tg Karang, Selangor
12 December 2010
Emas.. Portfolio Pelaburan Terbaik
Assalamualaikum w.b.t.
Maafla, citer pasal emas lak. Tapi just nak share apa yg saya belajar. Memang teruja gak bila dah tahu rahsia pelaburan emas ni sebenarnya. Kata sifu Azizi Ali, nak melabur apa2 pun, kena belajar pelaburan tu dulu.
Saya dapati emas merupakan portfolio pelaburan yang terbaik. Mengapa?
Tengok pada carta2 di bawah & buatlah penilaian anda sendiri. ;-)
Harga emas pada 1 ounce.
Maafla, citer pasal emas lak. Tapi just nak share apa yg saya belajar. Memang teruja gak bila dah tahu rahsia pelaburan emas ni sebenarnya. Kata sifu Azizi Ali, nak melabur apa2 pun, kena belajar pelaburan tu dulu.
Saya dapati emas merupakan portfolio pelaburan yang terbaik. Mengapa?
Tengok pada carta2 di bawah & buatlah penilaian anda sendiri. ;-)
Harga emas pada 1 ounce.
1 ounce = 28.3495231 grams
Kiraan USD1 = RM3.20 (untuk mudah buat perbandingan).
Mula-mula, tengok harga emas dalam tahun ni.. 2010. Bermula pada USD1125 (RM3600), ia berakhir dengan USD1385 (RM4432). Kenaikan sebanyak RM832, iaitu 23.1% dividen setahun!
Wah! banyak tu.. tapi tahun ni je ke untungnya? Apa trend sebelum ni?
Mari kita tengok carta harga emas untuk 10 tahun..
Dari USD300 (RM960) pada Jan 2000, harga emas telah meningkat kepada USD1385 (RM4432) sekarang. Kenaikan sebanyak RM3472, iaitu 361.6% dalam 10 tahun. Purata setahun kenaikan 36%!
Ada tak pelaburan lain yang memberikan dividen setinggi ini?
Jika kita ada beli emas sebanyak RM10,000 pada tahun 2000, kita dah ada emas bernilai RM36,166!
Untung RM26,166!
Bagaimana dengan trend emas sebelum tahun 2000? Nak tahu?
Jom tengok..
Nampaknya, ada sesuatu yg berlaku pada 10 tahun kebelakangan ini sehingga harga emas naik mencanak-canak. Ish! Ekonomi ni ada benda misteri gak. Nantikan jawapannya..
DrSatrian
Authorised Public Gold Dealer
Tg Karang, Selangor
11 December 2010
Dealer Promotion - ended by 31st Disember 2010
Semalam, saya pergi seminar 'New Dealer Orientation' yg dibuat oleh Public Gold di Bandar Sunway. Oleh kerana saya telah menjadi dealer, maka saya kena ambik peluang untuk hadiri seminar yg tak sampai 3jam ni tentang tatacara jadi ejen Public Gold.
Apa yg menariknya, mereka kata sesiapa yg menjadi dealer sebelum 31st disember 2010 adalah bertuah dan akan terus upgrade kepada Priority Dealer bermula Januari tahun depan. Sesiapa yg menjadi dealer selepas 31st disember 2010, hanya layak menjadi Dealer.
Apa beza Dealer dgn Priority Dealer?
Berikut adalah ranking sebagai dealer Public Gold :
1. Master Dealer
2. Priority Dealer
3. Normal Dealer
Dealer akan tetap menikmati komisyen untuk setiap penjualannya, tapi pada 1% sahaja. Maknanya, macam dapat diskaun 1% la bila beli emas/perak daripada Public Gold. Tapi, tak boleh accumulate jualan untuk upgrade jadi Priority Dealer.
Kalo Priority Dealer, komisyen 1.5% diberikan. Malah, jika berlaku jualan oleh Dealer yg dinaunginya, dia akan menikmati 0.5%. Dan, dia bole accumulate jualan untuk upgrade jadi Master Dealer.
Master Dealer memperolehi komisyen terbanyak, iaitu 2%. Dan, turut menikmati komisyen 0.5% daripada Priority Dealer di bawah naungannya. Dan, 1% jika ada Dealer di bawahnya.
Sebenarnya, apa yg penting bagi aku adalah melabur emas itu sendiri. Kerana sekarang harga emas mencanak-canak naik. Hohohoo. Tapi, sambil menyelam minum air le. Beli emas untuk diri sendiri, dapat lak komisyen. Syoknye..
Oh.. di bawah ni surat Bank Negara Malaysia pasal Public Gold ni.
"Hidup Mesti Berjuang"
Tg Karang, Selangor
10 December 2010
Fikir Macam2..
Argh.. macam2 yg bermain di fikiran ni. Kekadang jadi lost sorg2. Hanyut dalam angan2 je.
Sebenarnya lepas beli dan jadi dealer pada bulan November tu, aku stop jap. Simpan je emas tu. Sebab kebelakangan ni sibuk dgn urusan perpindahan ke tempat kerja baru.
Bila semak balik harga emas hari ni, Fuhhh.. dah naik rupanya. Yg lagi buat kepala aku serabut, pasaran kata harga emas akan naik lagi tinggi tahun depan. Aduh.. gembira sebab nilai simpanan emas aku makin naik, tapi sedih sebab takde duit nak beli lagi.. huhuhu..
Tapi, internet.. sebagai mana yg kita sedia maklum, menyediakan bermacam-macam cara untuk buat duit (yg saya maksudkan, cara yg betul & selamat). Setelah sebulan mencari-cari, akhirnya saya dah conclude kepada 1 kenyataan..
Kita kena tahu membuat dan menguruskan laman web untuk jana duit melalui internet.. antaranya, kena tau domain, web hosting, minisite, payment gateway, autoresponder, dll. Banyak jugak nak kena tau. Ni yg pening kepala ni.. Tapi, ada gak terjumpa web yg kata tak perlu belajar semua ni untuk dapat duit. Huhuhu..
Tapi.. I will never give up!
Macam2 nak kena fikir bila dah kahwin ni. Dulu masa bujang, tak terfikir pun bende2 ni. Apa pun, semua ni adalah untuk mematangkan kita. Ye tak?
DrSatrian
"Hidup Untuk Berjuang"
Tg Karang, Selangor
Emas..
Harga naik la plak. Dulu beli dalam RM40k, sekarang nilai emas aku dah mencecah RM47k. Padahal, baru je beli masa Oktober baru2 ni. Ada la dalam 2 bulan kot. Tak sangka dapat untung RM7k dalam 2 bulan je.Sebenarnya lepas beli dan jadi dealer pada bulan November tu, aku stop jap. Simpan je emas tu. Sebab kebelakangan ni sibuk dgn urusan perpindahan ke tempat kerja baru.
Bila semak balik harga emas hari ni, Fuhhh.. dah naik rupanya. Yg lagi buat kepala aku serabut, pasaran kata harga emas akan naik lagi tinggi tahun depan. Aduh.. gembira sebab nilai simpanan emas aku makin naik, tapi sedih sebab takde duit nak beli lagi.. huhuhu..
Jana Pendapatan Melalui Internet..
Korang percaya tak yang kita boleh buat duit melalui internet? Mungkin ada yg sangsi, tapi saya yakin 100% yg kita boleh menjana pendapatan sampingan melalui internet. Ya, saya memang ada meletakkan matlamat nak dapat RM100 melalui internet sebagai permulaan.Tapi, internet.. sebagai mana yg kita sedia maklum, menyediakan bermacam-macam cara untuk buat duit (yg saya maksudkan, cara yg betul & selamat). Setelah sebulan mencari-cari, akhirnya saya dah conclude kepada 1 kenyataan..
Kita kena tahu membuat dan menguruskan laman web untuk jana duit melalui internet.. antaranya, kena tau domain, web hosting, minisite, payment gateway, autoresponder, dll. Banyak jugak nak kena tau. Ni yg pening kepala ni.. Tapi, ada gak terjumpa web yg kata tak perlu belajar semua ni untuk dapat duit. Huhuhu..
Tapi.. I will never give up!
Cari pengasuh..
Alhamdulillah, yg ni dah jumpa. Akhirnya ada jugak pengasuh yg sudi menjaga anak saya sekalipun kami oncall. Syukur..Macam2 nak kena fikir bila dah kahwin ni. Dulu masa bujang, tak terfikir pun bende2 ni. Apa pun, semua ni adalah untuk mematangkan kita. Ye tak?
DrSatrian
"Hidup Untuk Berjuang"
Tg Karang, Selangor
07 December 2010
Pakar potong, aku jahit balik.. Berkhatan.
Assalamualaikum.
Dah lama tak update info. Maafla ye, sebab sekarang ni kepala tengah serabut fikir pasal kewangan. Huhuhu..
Minggu lepas, saya berpeluang mengikuti program berkhatan anjuran masyarakat setempat di Teluk Intan. Alhamdulillah, pada hari itu juga turut serta seorang doktor pembedahan yang didatangkan khas daripada Hospital Taiping.
Pengalaman yg menarik, kerana dah lama tak 'sunat' budak2. Dapat peluang plak tu dengan buat under close supervision. Tapi, saya cuma dibenarkan menjahit je masa tu sebab nak kejar masa.
Jahit pun jahit la, asalkan dapatla jugak pengalaman. Hehe.
Apa yg saya kagum, doktor ni pakai battery-operated cautery! Dan, yang mengagumkan adalah kesemua potongannya tidak berdarah langsung. Memang hebat la doktor ni. Saya respek giler.
So, lepas ni. Saya boleh la terima undangan mengkhatankan budak2.
From,
DrSatrian
Tanjung Karang, Selangor
Dah lama tak update info. Maafla ye, sebab sekarang ni kepala tengah serabut fikir pasal kewangan. Huhuhu..
Minggu lepas, saya berpeluang mengikuti program berkhatan anjuran masyarakat setempat di Teluk Intan. Alhamdulillah, pada hari itu juga turut serta seorang doktor pembedahan yang didatangkan khas daripada Hospital Taiping.
Pengalaman yg menarik, kerana dah lama tak 'sunat' budak2. Dapat peluang plak tu dengan buat under close supervision. Tapi, saya cuma dibenarkan menjahit je masa tu sebab nak kejar masa.
Jahit pun jahit la, asalkan dapatla jugak pengalaman. Hehe.
Apa yg saya kagum, doktor ni pakai battery-operated cautery! Dan, yang mengagumkan adalah kesemua potongannya tidak berdarah langsung. Memang hebat la doktor ni. Saya respek giler.
So, lepas ni. Saya boleh la terima undangan mengkhatankan budak2.
From,
DrSatrian
Tanjung Karang, Selangor
02 December 2010
Ular Tedung dalam Rumah Aku!!
Betul wei! Aku tak tipu.. Memang kitorang jumpa ular tedung dalam rumah aku. Ngeri giler...
8.10pm : Adik ipar aku masuk kat bilik belakang nak ambik bantal. Tetiba terkejut nampak ada ular hitam sebesar pergelangan tangan kat dalam bilik tu.
Dia yg ketakutan, terus call hp wife aku. Tapi malangnya, wife aku tak jawab hp dia sebab tengah memandu. Mula2 dia rasa takut, tapi jadi kurang yakin dgn apa yg dia nampak. "Betul ke aku nampak ular tadi?". So, dia pun tunggu la kami balik.
9.35pm : Kami sampai di rumah. Dia pun terus bagitau ada ular dalam bilik tu. Aku tak seberapa dengar masa tu, so masuk rumah macam biasa je.
9.37pm : Adik ipar aku sekali lagi masuk bilik, tak pasti ada ular ke tak. Tiba2.. "Ular!! Ular!!" Terus dia lari sambil menjerit ke arah wife aku. Aku pun terkezut! Biar betul, ada plak ular nak datang bertamu kat rumah aku ni. Aku pun pergi selidik sendiri. Aku masuk bilik tu (lampu memang dah pasang). Dalam hati, aku masih ragu2. Ular ke jin yg adik aku nampak ni. Selak sikit je bantal, dah nampak badan ular tu melingkar. Tapi kepala tak nampak, so aku tak tau ular apa yg aku jumpa ni.
Wooooooo... Bukan takut, tapi tergamam. Camne la boleh ular ni masuk dalam bilik ni, padahal tingkap tak pernah dibuka. Ntah kenapa, aku tak rasa takut pun pada ular tu. Aku siap cakap kat ular tu, "Hai ular, kalo ko JIN, aku minta ko keluar dengan aman. Kalo ko tak kuar, aku panggil bomba nanti." (Ntahla camne, tapi aku boleh terfikir lak yg kerja tangkap ular ni kerja Bomba. Hahaha. Mesti orang Bomba marah aku.)
Tapi, ular tu buat bodo je. So, aku buat kesimpulan samada ular ni memang ular betul, atau jin ni pekak.
Aku ambil penyapu nak halau ular tu, tapi bila aku nak sentuh badan dia je, dia keluarkan bunyi "Hisss! Hiss!". Ish! Memang ular betul la ni.
9.40pm : Aku pun buat panggilan 999. "Saya nak laporkan ada ular dalam rumah saya!". Tak lama tu, panggilan aku disambung ke bahagian Perhilitan. Maklumat kejadian diberitahu. Operator tu pesan kat aku, "Encik duduk jauh-jauh dari ular tu. Jangan dekat atau kacau dia. Pastikan ular tu tak lari."
Aku gelak sendiri je, camne aku nak suruh ular tu duk diam2 jangan lari. Hohoho.
10.05pm : Sebuah landrover sampai di perkarangan rumah aku. Dua orang pegawai Perhilitan masuk dalam rumah aku dengan memegang alat menangkap ular setiap seorang. 5 minit berlalu, akhirnya ular tu berjaya ditangkap.
Bila ditunjukkan ular yg kami jumpa tu, rupa2nya ular TEDUNG! Memang ada kepak kat leher dia macam ular tedung. Panjang dalam 1 meter gak. Panjang giler wei..
Bila aku tau yg aku borak2 tadi tu ular tedung, baru aku rasa seram sejuk. Kalo aku tau dari tadi, takde nyer aku nak usik2 ular tu. Hoho.
Macam ni la gak rupa ular tu. Seram tak?
Tapi, yg penting, semua orang selamat. Alhamdulillah..
Terima kasih kepada pasukan Perhilitan, dan tak lupa juga operator kecemasan 999.
Subscribe to:
Posts (Atom)









