09 April 2011

Kasih Ayah Pada Anak..

Dulu.. aku tidak mengerti, sejauh mana ayah menyayangiku. Aku tidak dapat memahami bagaimana perasaan ayah pada anak-anaknya. Aku cuma dapat melihat beliau kerap memeluk kami dan memberikan ciuman di pipi. Aku kerap melihat ayah balik dari tempat kerja dengan langkah keletihan tapi mengukir senyuman apabila melihat kami menyerbu kepadanya. Dan, aku tidak dapat memahami apa yang dirasainya.. apa yang difikirkannya..

Itulah kasih ayah.. yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang bergelar ayah.

Dan, aku sudah mulai merasai perasaan yang sering menjadi tanda tanya aku dulu. Kini, aku dah dapat memahaminya. Aku tidak dapat mengerti kenapa aku rasa seronok lihat anak kecil aku yang berumur 2 tahun tu bermain-main. Perasaan itu datang sendiri. Aku tidak dapat memahami kenapa aku suka mencium pipi anak aku apabila mereka tidur. Perasaan seperti sayu dan kasihan menguasai diri apabila melihat bayi kecilku itu membuka matanya dan cuba memerhatikan pemandangan sekeliling.

Aku tidak la memintanya, sebagaimana kita bertungkus-lumus belajar untuk menguasai suatu kefahaman/ilmu. Tapi ia datang sendiri dari dalam.. itulah kasih ayah, yang kini aku sudah mulai merasainya.

Kini, apabila aku dapat berjumpa dengan ayahku, aku senyum melihat wajahnya. Dalam hati, aku berbisik kepada diriku sendiri.. "Ayah, sekarang baru anakanda faham bagaimana perasaanmu itu..".

Ayah, aku sayangkan kamu. Maafkan aku atas salah silapku dan ketidakfahamanku dulu..

3 comments:

aYa said...

tunjuk la gambar babay baru...

amin said...

burung ape tu ayah? burung murai nak...

DrSinga said...

bila dah jadik bapak/mak..
baaaru tau besarnya pengorbanan bapak/mak kita kan....

Post a Comment