19 May 2011

Antara Dua Jalan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Dah dapat cuti beberapa hari ni, baru lah betul skit tune kepala ni. Kalo tak, asyik berdenyut-denyut je dan rasa terperap dalam dunia kerja hospital yg tak henti-henti. Mana tak nye, onkol selang sehari. Penat otak aku, badan pun dah rasa sakit2. Apa nak buat, itulah pengorbanan kerja doktor ni.

Dalam kesempatan yg ada ni, aku sudah mula memikirkan akan masa depan aku.

"Aku tak boleh terus berada di takuk begini. Aku mesti maju ke depan."
Itulah yg mula bermain di fikiranku, dan hasrat hati yg mahu berubah dan keluar daripada 'belenggu rantai kerja onkol'.. sedikit sebanyak mengubat hati yg sengsara.

So, apakah persimpangan yg sedang aku hadapi?

Antara ..
.. melangkah semula ke menara gading melalui pintu program Master dan meneruskan bakti di kerajaan..
.. atau, berhenti kerja dengan kerajaan dan melangkah ke dunia perniagaan yg mencabar dan memberikan kepuasan dalaman..

So, apa pendapat korang..?

Menurut senior aku, bulan 9 nanti aku dah boleh apply untuk masuk ke program Master anjuran universiti tempatan. Bidang yang aku sasarkan adalah, Pathology. Ini kerana pada ketika ini, bidang Pathology menawarkan tempat kekosongan yang banyak iaitu 50 slot. Dan syarat kemasukan juga tidak ketat, cuma perlu lulus Entrance Exam yang soalannya berdasarkan modul Pathology undergrad. Peluang keemasan ini mungkin tak lama apabila lambakan doktor yang ada ketika ini (iaitu junior2 aku) mula beralih ke bidang2 yang kosong seperti ini.

0 comments:

Post a Comment