12 June 2012

Masya-Allah.. kesan solat dhuha.

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah diberikan hidayah untuk melaksanakan solat sunat Dhuha, saya cuba untuk melakukannya walau pun getir melawan nafsu malas dan nafsu jahat. Sungguh saya tak pasti sejauh mana saya boleh istiqamah melaksanakan solat sunat Dhuha ni, tapi ya Allah, permudahkanlah amalan soleh untuk daku lakukan.


Saya nak kongsikan apa yang saya rasakan setelah saya laksanakan solat sunat Dhuha dalam beberapa hari ni. :)


Sebelum ini, saya percaya bahawa Allah S.W.T yang menentukan segala rezeki yang saya akan terima dan usaha yang saya lakukan adalah salah satu cara untuk meraih rezeki itu. Saya tak nafikan bahawa Allah berkuasa memberikan rezeki mengikut kehendak-Nya, samada saya berusaha atau tidak, tetapi dalam saya berusaha, saya terlupa bahawa saya perlu meletakkan tawakal kepada-Nya dalam setiap usaha saya.

Sebelum ini, saya yakin bahawa dengan buat usaha lokum (khidmat menjaga klinik orang lain dengan bayaran mengikut tempoh jam), saya pasti akan dapat rezeki duit. Jika tak buat, saya hilang rezeki. Sekali pun perkara ini betul, tetapi saya tersilap kerana melupakan bahawa Allah S.W.T. yang memberikan rezeki kepada saya sehingga saya jadi tamak untuk mencari lokum sebanyak-banyaknya. Akibatnya, hati saya kerap resah dan gusar apabila melihat perbelanjaan saya melebihi daripada yang telah ditetapkan.

"Alamak, bulan ni saya kena servis kereta la plak! Habis la melayang RM100 sekurang-kurangnya. Harap-harap tak ada apa-apa yang rosak. Ni nak kena buat lokum sehari lagi ni untuk cover perbelanjaan servis kereta ni."

Malah, saya turut dipanggil ke mahkamah untuk memberikan statement ke atas suatu kes inkues. Disebabkan kes ini mendapat perhatian politik, saya turut diugut untuk didakwa oleh peguam kerana mendakwa saya memalsukan laporan postmortem, sedangkan laporan tersebut sudah saya siapkan tahun lepas dan saya tidak boleh mengubah apa-apa kerana disimpan rapi di Pejabat Rekod hospital. Oleh kerana peguam tersebut tidak mempunyai bukti mencukupi untuk membuktikan bahawa kes ini melibatkan kes jenayah, supaya dapat mengesahkan syak wasangka pihak keluarga si mati bahawa anak mereka tidak bersalah tetapi dianiaya, dan menjaga air muka ahli politik yang memberikan sokongan berat sebelah tanpa menghormati penghakiman mahkamah dengan melontarkan anggapan semua jabatan kerajaan adalah BN (walau pun ramai je penyokong PAS dalam kerajaan wei!), maka saya pula yang mahu dituduh. Sebenarnya saya tak takut pun untuk dituduh kerana saya melakukan tugas ikut peraturan. Cuma kalo betul saya didakwa, terpaksa la saya keluar belanja lagi untuk mencari peguam yang boleh membela saya (dan yang pastinya menelan duit beribu ringgit la jugak!).

Dugaan demi dugaan menimpa, yang mana setiap dugaan itu mengugat punca pencarian rezeki saya dan semakin meresahkan hati saya akan kecukupan pendapatan saya dengan gaji yang ada.

Tetapi, Maha Suci Allah yang memberikan petunjuk ke atas sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Setelah melaksanakan solat sunat Dhuha untuk beberapa ketika, hati saya semakin tenang. Dalam solat, kita akan memohon kepada Allah agar diberikan rezeki. Satu konsep yang saya terlupa selama ini dan telah saya abaikan. Dalam saya memohon itu, hati saya mulai mempercayai bahawa Allah S.W.T. yang memberikan rezeki. Sekali pun saya hilang pekerjaan ini, atau usaha saya tidak membuahkan hasil (duit), saya rasa redha dan pasrah. Saya tahu Allah yang tak bagi rezeki jika saya tidak dapat rezeki.



"Ya Allah, sekiranya rezeki saya masih di langit, Kau turunkanlah. Sekiranya masih di bumi, keluarkanlah. Sekiranya sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku segala rezeki yang telah Kau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."

Masya-Allah, begitu hebat doa yang kita minta kepada-Nya. Aku sebenarnya cukup tersentuh dengan doa ini yang mana memang sebanyak itulah rezeki yang aku cari-cari pun. Malah lebih banyak daripada yang tergambar oleh pemikiranku.

Jika Allah perkenankan doaku ini, cukup dah! Aku dah merasa puashati dengan rezeki yang bakal kuterima. Secara tidak sengaja, hati aku boleh merasa puashati dengan apa yang sudah pun kuterima.

Alhamdulillah.
Nikmat yang paling besar adalah nikmat bersyukur itu sendiri. Hilang resah gelisah, hilang tamak dan iri hati. Tenangnya hati ini...

Kesannya, hati kita akan merasa seronok dan gembira melakukan perkara kebaikan yang dikehendaki-Nya, dan takut melakukan perkara yang dibenci-Nya. Dipermudahkannya kita melakukan kebaikan, kerana kita memohon rezeki daripada-Nya maka tentulah kita kena menjaga 'hati'-Nya. Betui tak?

Malah, aku turut mendapat tawaran kerja dengan gaji yang lebih lumayan lagi. Sungguh rezeki itu di bawah kekuasaan-Nya. Sungguh-sungguh bahawa Allah SWT sumber segala rezeki dan hanya Allah SWT yang menentukan rezeki kita.

Jom bersolat Dhuha, dan kongsikan pengalaman anda. :)

7 comments:

mustaqiMD said...

teruskan menulis dr...selalu menulis, insyAllah bermanafaat utk org lain,akhirnya all the benefits goes to you!(mungkin idea bernas yg tidak disangka2)The law of sacrifice teaches that for you to get something new you will always have to give something away.

daknab said...

Sekadar ingin berkongsi.. Pertama kali saya melakukan solat dhuha di surau pejabat (bulan lepas) saya rasa agak segan. Maklumlah, ke surau dalam pukul 9.30 pagi, takut bos cari, malu dgn anggapan opismate (eg - macamlah alim sangat).. tapi lepas solat yang pertama tu jugak, saya rasa amat tenang, setenang-tenangnya bila buat kerja satu hari.. dan bila balik pulak ada cheque dari insurance, bonus katanya.. memang saya terkedu hari tu, dan terus saya cuba utk solat dhuha setiap hari selepas tu..

Anonymous said...

Salam..
Kena betulkan niat, insyaAllah lagi mujarab.
Jangan solat Dhuha kerana hendak dipermudahkan rezeki, tapi:

Berdhuha lah sebab ianya sunnah nabi.
Berdhuha lah dgn niat utk mengtauhidkan Allah.

Apa² yang lahir dari istiqomahnya Dhuha kita, adalah sebagai "side-effect" dari amalan Dhuha.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt,

Memang benar apabila kita tidak meninggalkan solat wajib dan mengerjakan amalan2 sunat dan beribadah dan melakukan setiap perkara dengan jujur dan ikhlas kerana Allah...nescaya hati kita didalam ketenangan...Subhanalah...aku sedang alami perkara ini...Aku ber SYUKUR kepadaMU Ya Allah..

FauzieRa said...

Solat Dhuha tidak pernah ditinggalkan Nabi Muhammad SAW walaupun Baginda Musafir mahupun bermukim... Pohonlah agar الله Mengampunkan segala Dosa dan supaya lebih Dekat dengan Nya. Pohonlah Ilmu yang bermanafaat dan supaya permudah serta peringankan untuk beribadah secara istiqamah. Pohonlah supaya ditetapkan Iman. Persoalan rezeki yang dilimpahkan itu bukan Matlamat utama... Dan ingatlah segala rezeki yang diperolehi ada hak makhluk lain di atasnya... Bersedekah dan berzakatlan serta ucapkan الْحَمْدُ لِلَّهِ . " Sesiapa yang Mensyukuri NikmatKu akan Ku tambah" Hayatilah Surah Ar-Rahman Pasti tersentuh dan mensyukuri Nikmat الله .... Jadilah umat yang bersyukur.

FauzieRa said...

http://www.youtube.com/watch?v=6WvHMNuhH3Y

seek 4 the JANNAH=) said...

Saya baru mula solat dhuha , harap2 dapat istiqamah :) inshaAllahh .

Post a Comment