31 March 2011

Syukur, Selamat Tiba Anakku..

Alhamdulillah..
Syukur yang tak terhingga kupanjatkan ke hadrat Ilahi di atas kurniaan permata hati kami berdua.. Pada tanggal 29 Mac 2011, kami menerima kunjungan 'orang baru' dalam keluarga kami, selaku anak kami yang kedua. Tepat jam 8.04pm, anak lelaki kami selamat dilahirkan dengan izin Allah secara normal di Hospital Sungai Buloh. Berat lahir 3 kg, Apgar score 10 in 1 min (aku sendiri yang scoring). Hehe.

Alhamdulillah..

Doakan agar anak-anak ini akan menambahkan angkatan pemuda-pemudi Islam yang beriman dan mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Allah pada masa akan datang.

Amin...

23 March 2011

Emas 5 Dinar RM6586.. Sold!!

Alhamdulillah.. Bersyukur sangat-sangat. Tak kusangka, emas yang ku simpan selama 5 bulan ni telah dibeli orang.


Gembiranya hati..!! :-)

Pada 22 Oktober 2010, aku telah pergi membeli 2 keping emas (5 Dinar) yang ketika itu berharga RM3120 setiap satu (jumlah RM6240). Aku pergi beli secara on-the-spot. Call cawangan Public Gold yang ada stok, pastu terus meluncur ke Penang, dan beli on the spot. Cara ni dibenarkan Islam, dan masih diterima oleh pihak Public Gold.

Kemudian, aku pun simpan je la emas tu. Sekali sekala belek-belek emas tu, kadang2 rasa puas dapat memiliki emas seolah-olah rasa tertunai penat-lelah kerja selama ni. Hehe. Tapi, dalam hati.. risau gak,
"Camne aku nak jual balik emas ni? Ada ke orang nak beli?"

Itulah yang aku fikirkan sehinggalah aku dah anggap emas ni sebagai simpanan 'tabung kecemasan' aku, di mana aku hanya akan gadaikan apabila keadaan aku benar-benar terdesak. So, memang dah plan nak simpan je lama-lama sebab emas adalah aset kecil yang bernilai tinggi yang makin lama disimpan, makin tinggi nilainya. Kalo simpan duit kertas/RM, nilainya makin menyusut je dari tahun ke tahun. Kalo dulu RM 1 boleh dapat nasi lemak bertelur sebiji, hari ni dapat kuih 3 ketui je. So, nak simpan aset sebagai 'tabung kecemasan' untuk disimpan lama, lebih baik simpan emas daripada ringgit.

Sehinggalah pada tanggal 22 Mac 2011 (ala.. semalam je sebenarnya), aku terima panggilan daripada seseorang yang duduk di Sekinchan. Beliau bertanyakan samada adakah aku ada menjual emas, kerana nama aku terpapar pada laman web Public Gold sebagai Dealer Emas yang sah.

Setelah bercerita serba sedikit pasal emas ni, beliau pun bersetuju nak jumpa aku petang tu jugak. Nak beli 2 keping emas 5 dinar, katanya. Wah! Terkedu aku, sebab inilah jualan pertama aku kalo jadi. Macam tak percaya je, sebab aku bukannya pergi jumpa orang sana sini macam buat direct selling atau MLM. Aku cuma pergi kerja, balik rumah je. Hari-hari pun camtu je. Takde nak menjaja sana sini. Tahu-tahu ada orang call nak beli. Ajaib betul la emas ni! Walau pun simpan diam-diam, sorok-sorok, orang tak nampak, tapi ada juga pembelinya. Hehe.

So, petang tu kitorang pun berjumpa la kat sebuah restoran. Borak sikit-sikit je sebab pembeli ni orang veteran. So, go straight to the point je. Dia keluarkan segenggam wang kertas RM50 yang sangat.. sangat.. sangat tebal! Yela, untuk menyamai nilai RM6600. Harga yang dipersetujui adalah RM3293 sekeping, jumlah RM6586 untuk 2 keping. Dan aku tunjukkan emas dinar yang dikehendakinya beserta sijil ketulenan dan bungkusan yang masih utuh sejak aku mula-mula beli. Setelah dia berpuashati, jual beli terlaksana dengan akad yang terucap.

Maka.. terjual la 2 keping emas dinar (5 dinar) aku pada hari itu, dan aku telah mengaut keuntungan RM346 hasil daripada jualbeli tu. Itu pun aku jual pada harga terendah hari tu dan aku tolak kos pengangkutan RM20. Still I have some profit to make.

Alhamdulillah..
Sungguh Engkau berikan rezeki pada hamba-hambaMu melalui jalan-jalan yang tidak disangkakan. Sehari sebelum tu, aku ada baca doa ayat seribu dinar selepas solat. Dan, tak kusangka menerima rezeki daripada jalan yang tak disangka-sangka ni. Alhamdulillah..

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

So, beli RM6240, jual RM6586. Untung RM346 dalam tempoh 5 bulan. Masih ada stok lagi untuk emas 1 dinar, 10 dinar.

5 dinar? Sold out!! Hehe, Suke. Suke. :-)

Harga hari ni untuk 5Dinar naik lagi.

22 March 2011

Main Futsal..

Alhamdulillah. Rasanya dah 2-3 bulan tak kuar peluh. Ni bila kawan2 hospital ajak main futsal malam2 pukul 10, aku berkira-kira gak sebab selalu clash dengan onkol/locum/urusan keluarga. Hari ni nampaknya aku free..

Bersiap dengan baju & seluar serba hitam, aku pun berangkatlah dengan semangat waja. Hehe. Kasut pun yang dah 4-5 tahun beli dulu. Buruk, tapi tahan lasak. Keh, keh, keh!

Bermula je permainan, aku berjaya bermain dengan lasak. Namun tiada sebarang rembatan yang dapat disumbangkan, apatah lagi nak shoot untuk goal. Hohoho. Kaki masih terkial-kial nak sepak bola. Memang dah jadi kaki bangku betul la aku neh.

Baru tamat 2 minit permainan, aku dah gasping. Goalkeeper aku pandang je kat aku, dah la dia MA yang terer intubate, mesti dia pikir2 aku ni macam nak kena intubate je time tu. Hohooho.

Minit ke 3.. aku dah slow.

Minit ke 4.. aku angkat tangan. "Stop! Stop! Minta tukar wei! Huoo.. Huoo." Tercungap-cungap.

Aisey.. tak sampai la 20 minit yang disyorkan KKM. Ish! Malu aku jadi doktor. Penat mengalahkan orang sakit Heart Failure.



Tapi.. anyway, it's a good start. Rite? ;-)

11 March 2011

Gempa Bumi Jepun..

Dahsyatnya.. baru-baru ni berlaku gempa bumi terburuk di sepanjang lipatan sejarah Negara Jepun, yang meranapkan banyak kawasan pembangunan di sekitar pantai timurnya. Dimaklumkan gempa bumi yang berlaku berskala magnitud 8.9 dan disusuli pula beberapa gempa bumi kecil. Kesian jepun, dah la dulu teruk kena bom dengan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima, yang mana kesannya menyebabkan ramai penduduknya mengidapi penyakit kecacatan dan barah. Baru je ekonomi jepun nak pulih, diorang punyala cut budget betul2 untuk pulihkan ekonomi, dah datang lak gempa bumi baru.. yang pasti akan menelan belanja besar lagi. Ini pasti akan melambatkan proses pemulihan ekonominya. Indeks pasarannya juga jatuh sekarang.


Kesian.. kesian.

Syukurlah kita ni dilahirkan di sebuah negara yang terselamat daripada lingkaran gempa bumi, aish! ingat lagi geografi aku. Hehe..


Setakat dilaporkan tiada rakyat malaysia yang tercedera.

Cuma.. adakah ini tanda-tanda akhir zaman di mana gempa bumi akan menjadi-jadi? Oh.. aku ada terbaca, saintis Amerika ada memberi amaran akan bencana gempa bumi/tsunami yang akan berlaku dalam tempoh terdekat disebabkan jarak antara bumi dan bulan yang semakin pendek menyebabkan gangguan tarikan graviti bumi.

Macam-macam..

07 March 2011

Nothing. Just for me..

Just luahan.. untuk diri sendiri.

Dulu masa masih sekolah, aku benci betul dengan sistem persekolahan. Aku tak suka bila bangun pagi-pagi terpaksa berkejar-kejar ke bilik mandi nak bersiap-siap ke sekolah. Aku selalu terfikir.. alangkah indahnya hidup jika boleh bangun pagi dengan aman tanpa perlu memikirkan untuk pergi sekolah. Masa tu aku tak seronok sgt dgn school life. Ada kawan, tapi aku ni jenis yg tak pandai bergaul. Aku rasa terasing. Bila balik rumah, aku takde kawan nak pegi mana2 @ main apa2. Aku just duduk rumah je, dan petang naik motor kuar jalan2 sorang2. That's me.. malam.. aku siapkan kerja rumah. Tensen je rasa bila nak siapkan keje rumah, tapi bila bab latihan matematik, kat sekolah lagi aku dah siapkan awal-awal. Kat sekolah, aku cukup suka matematik, sekali pun tak terer tapi dapat la score dalam matematik. Aku selalu menjadi rujukan kawan-kawan bab matematik, tu yang buat aku hidung tinggi tu. Hehe. Tapi aku bukan jenis bongkak atau angkuh. Bila kawan tanya, aku jawab je. Aku suka tengok orang dapat paham apa yang aku terangkan. Bila orang puashati dapat jawapan, aku puashati dapat mengajar. So, bila kat hostel life.. selalula aku jadi tempat rujukan. Sekali pun aku keep low profile, tak jadi prefect, tapi dengan jadi AJK Kooperasi je, aku dah jadi famous satu sekolah.. Huhu, masa tu segan tul. Yela, aku tak kenal orang lain tapi orang kenal nama aku. Dan yang kenal aku bukan setakat sebaya je, tapi berlainan umur. Mane la aku nak kenal. Tapi aku tetap benci sistem persekolahan, kerana aku rasa terpaksa dan dipaksa. Itu yang aku tak suke.

Bila melangkah ke alam universiti di mana sistem pembelajaran mula fleksibel, aku rasa seronok. Sebab sekalipun ada kuliah dan aktiviti, tapi aku dah mula bebas. Aku boleh pilih baju warna apa nak pakai. Aku boleh set masa pukul berapa nak makan. Aku boleh pilih samada nak study kat bilik sendiri, atau pergi library atau makan kat restoran sambil baca buku. Tapi... di universiti, semua orang pun pandai2. Dan yang aku belajar bukan lagi matematik. So.. dah takde orang datang rujuk soalan kat aku. Sedih pun ada, hidung jadi penyek balik. Time tu le macam2 pengaruh universiti datang. Lagi la fokus belajar aku lari drpd buku. Dan.. kat universiti la aku mengalami pengalaman paling pahit dalam hidup. Kalo dikenang sekarang pun, masih lagi terasa. Tapi aku dah boleh menerima hakikat hidup sekarang. Aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dah miliki, cumanya aku rasakan aku masih memerlukan bantuan kaunseling professional untuk merawat masalah psikologi diri aku. (Kalo anda ada mengenali sape-sape yang boleh bantu saya melalui kaunseling professional, harap dapat berikan maklumat. Terima kasih!) Bila dah nak habis, lagi la hidup aku tunggang-terbalik. Stress macam2. Namun, aku bersyukur dikurniakan teman yang membantu aku menghadapi segalanya.

Sekarang, bila dah koje.. terasa macam kembali ke zaman persekolahan. Argh.. bencinye. Bangun pagi-pagi dah tergesa-gesa nak pegi keja. Tak syok betul. Balik keje, badan dah longlai macam kangkung. Nak kuar jalan? Aih, kirim salam je la. Tido lagi baek. Nasib baik ade ternet, boleh la tgk perkembangan dunia, cewah!, dan perkembangan kawan-kawan, facebook. Tapi.. sekarang hutang dah mula nak mencekik leher aku. Hutang itu hutang ini. Banyaknye hutang. Hutang keta aku bulan2 kena RM748! Sekalipun masih elok dan tak pernah rosak, puas hati gak pakai, tapi.. baki hutang masih RM32,000!! Huhu.. padahal keta tu dah berumur 5 tahun. Rasa nak jual je, supaya kurang hutang. Memikirkan pasal hutang, kugagahi jua untuk terus bekerja. Huhu, ironi sungguh.

Tapi.. aku dah memasang cita-cita.. aku merancang kehidupan masa depan. Set with the end in mind.. Aku mahukan kebebasan pada tahun 2012. Dan aku mahu membina sebuah tapak kehidupan dengan telapak tangan ni sendiri.

Lamanya nak tunggu 2012.. Hehe.

03 March 2011

Penatnya Lepas Onkol-Onkol Neh

Adoi.. penatnya badan lepas onkol. Seksa tul. Tapi onkol-onkol ni adalah perkara wajib bagi seorang doktor yang bekerja di hospital. Tak kira la samada dia HO ke.. MO ke.. atau Pakar sekali pun. Semua kena onkol.

Ye la. Orang sakit bukan ikut masa tertentu. Kalo dah nak sakit, bila-bila pun orang boleh sakit dan bila-bila pun kena ada doktor yang ready untuk membantu. Ada sesetengah doktor sangat suka onkol, mungkin badan dia macam naruto kot. Kuat je, pastu ada superpower Kyubi dalam perut dia. Hahaha..
Tapi aku pasti dan yakin. Hanya doktor yang betul-betul minat pada bidang perubatan sahaja yang seronok onkol. Dengan adanya minat, hatinya tak kesah menerima panggilan. Kes-kes yang dihadapinya dilihat bagaikan suatu permaian puzzle. Dan berjaya merawat seseorang pesakit adalah suatu kenikmatan buat dirinya. He enjoys that. Tapi.. mesti badannya penat.

Aku lak.. badan tak la kuat sangat. Bila kena panggil, kena pergi ke sana ke sini, baru terlelap 5 minit dah kena panggil, kadang-kadang kepala dah sampai takleh pikir apa-apa lagi dah bila sampai tahap ngantuk tahap dewa tak dapat tidoooor pukul 5-6 pagi. Memang staff-staff kat wad marah gak kat aku sebab lambat datang bila dipanggil pukul 5-6, tapi.. apa aku nak kata. Aku ni manusia biasa je. Badan aku tak larat sangat.

Bulan ni, aku onkol 7 kali. Huhuhu...