07 March 2011

Nothing. Just for me..

Just luahan.. untuk diri sendiri.

Dulu masa masih sekolah, aku benci betul dengan sistem persekolahan. Aku tak suka bila bangun pagi-pagi terpaksa berkejar-kejar ke bilik mandi nak bersiap-siap ke sekolah. Aku selalu terfikir.. alangkah indahnya hidup jika boleh bangun pagi dengan aman tanpa perlu memikirkan untuk pergi sekolah. Masa tu aku tak seronok sgt dgn school life. Ada kawan, tapi aku ni jenis yg tak pandai bergaul. Aku rasa terasing. Bila balik rumah, aku takde kawan nak pegi mana2 @ main apa2. Aku just duduk rumah je, dan petang naik motor kuar jalan2 sorang2. That's me.. malam.. aku siapkan kerja rumah. Tensen je rasa bila nak siapkan keje rumah, tapi bila bab latihan matematik, kat sekolah lagi aku dah siapkan awal-awal. Kat sekolah, aku cukup suka matematik, sekali pun tak terer tapi dapat la score dalam matematik. Aku selalu menjadi rujukan kawan-kawan bab matematik, tu yang buat aku hidung tinggi tu. Hehe. Tapi aku bukan jenis bongkak atau angkuh. Bila kawan tanya, aku jawab je. Aku suka tengok orang dapat paham apa yang aku terangkan. Bila orang puashati dapat jawapan, aku puashati dapat mengajar. So, bila kat hostel life.. selalula aku jadi tempat rujukan. Sekali pun aku keep low profile, tak jadi prefect, tapi dengan jadi AJK Kooperasi je, aku dah jadi famous satu sekolah.. Huhu, masa tu segan tul. Yela, aku tak kenal orang lain tapi orang kenal nama aku. Dan yang kenal aku bukan setakat sebaya je, tapi berlainan umur. Mane la aku nak kenal. Tapi aku tetap benci sistem persekolahan, kerana aku rasa terpaksa dan dipaksa. Itu yang aku tak suke.

Bila melangkah ke alam universiti di mana sistem pembelajaran mula fleksibel, aku rasa seronok. Sebab sekalipun ada kuliah dan aktiviti, tapi aku dah mula bebas. Aku boleh pilih baju warna apa nak pakai. Aku boleh set masa pukul berapa nak makan. Aku boleh pilih samada nak study kat bilik sendiri, atau pergi library atau makan kat restoran sambil baca buku. Tapi... di universiti, semua orang pun pandai2. Dan yang aku belajar bukan lagi matematik. So.. dah takde orang datang rujuk soalan kat aku. Sedih pun ada, hidung jadi penyek balik. Time tu le macam2 pengaruh universiti datang. Lagi la fokus belajar aku lari drpd buku. Dan.. kat universiti la aku mengalami pengalaman paling pahit dalam hidup. Kalo dikenang sekarang pun, masih lagi terasa. Tapi aku dah boleh menerima hakikat hidup sekarang. Aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dah miliki, cumanya aku rasakan aku masih memerlukan bantuan kaunseling professional untuk merawat masalah psikologi diri aku. (Kalo anda ada mengenali sape-sape yang boleh bantu saya melalui kaunseling professional, harap dapat berikan maklumat. Terima kasih!) Bila dah nak habis, lagi la hidup aku tunggang-terbalik. Stress macam2. Namun, aku bersyukur dikurniakan teman yang membantu aku menghadapi segalanya.

Sekarang, bila dah koje.. terasa macam kembali ke zaman persekolahan. Argh.. bencinye. Bangun pagi-pagi dah tergesa-gesa nak pegi keja. Tak syok betul. Balik keje, badan dah longlai macam kangkung. Nak kuar jalan? Aih, kirim salam je la. Tido lagi baek. Nasib baik ade ternet, boleh la tgk perkembangan dunia, cewah!, dan perkembangan kawan-kawan, facebook. Tapi.. sekarang hutang dah mula nak mencekik leher aku. Hutang itu hutang ini. Banyaknye hutang. Hutang keta aku bulan2 kena RM748! Sekalipun masih elok dan tak pernah rosak, puas hati gak pakai, tapi.. baki hutang masih RM32,000!! Huhu.. padahal keta tu dah berumur 5 tahun. Rasa nak jual je, supaya kurang hutang. Memikirkan pasal hutang, kugagahi jua untuk terus bekerja. Huhu, ironi sungguh.

Tapi.. aku dah memasang cita-cita.. aku merancang kehidupan masa depan. Set with the end in mind.. Aku mahukan kebebasan pada tahun 2012. Dan aku mahu membina sebuah tapak kehidupan dengan telapak tangan ni sendiri.

Lamanya nak tunggu 2012.. Hehe.

5 comments:

NurAfiqahMohdGhazali said...

boleh tanya? habes kenapa doktor ambik medik dlu? kenapa x ambik maths?

Elyn said...

salam singgah..
Biasa la, manusia tak pernah puas :)
Sebab tu saya let go tamau dah onkol2 ni..
tp skrg pun seksa gak kena samung blaja lagi! haishhhh....

aYa said...

ko nk quit kkm ke 2012??

DrSatriaN said...

pikah - Sebenarnya saya minat research, saya nak pilih biotek masa tu, tapi semua org termasuk ibubapa kata biotek takde koje, takde masa depan. Pastu, katanya research kat malaysia ni cuma kalo jadi pensyarah je. So, tgk grade pun cantek je, saya pun follow la kawan2. Saya suke math tapi tak nampak kerja dgn math masa tu.
Elyn - Terima kasih bertandang. Saya pun sedang mencari peluang nak sambung belajar, tapi setelah kewangan keluarga stabil. Semoga berjaya tamatkan study!
aYa - Hmmmm.. Hehe. Tak tahu lagi. Ghehehe.

ummunabihah said...

sy tak pernah minat jadi doktor...masa sekolah dulu,letak cita2 hanya guru dan polis...xpernah letak doktor...

Post a Comment