Adoi.. penatnya badan lepas onkol. Seksa tul. Tapi onkol-onkol ni adalah perkara wajib bagi seorang doktor yang bekerja di hospital. Tak kira la samada dia HO ke.. MO ke.. atau Pakar sekali pun. Semua kena onkol.
Ye la. Orang sakit bukan ikut masa tertentu. Kalo dah nak sakit, bila-bila pun orang boleh sakit dan bila-bila pun kena ada doktor yang ready untuk membantu. Ada sesetengah doktor sangat suka onkol, mungkin badan dia macam naruto kot. Kuat je, pastu ada superpower Kyubi dalam perut dia. Hahaha..
Tapi aku pasti dan yakin. Hanya doktor yang betul-betul minat pada bidang perubatan sahaja yang seronok onkol. Dengan adanya minat, hatinya tak kesah menerima panggilan. Kes-kes yang dihadapinya dilihat bagaikan suatu permaian puzzle. Dan berjaya merawat seseorang pesakit adalah suatu kenikmatan buat dirinya. He enjoys that. Tapi.. mesti badannya penat.
Aku lak.. badan tak la kuat sangat. Bila kena panggil, kena pergi ke sana ke sini, baru terlelap 5 minit dah kena panggil, kadang-kadang kepala dah sampai takleh pikir apa-apa lagi dah bila sampai tahap ngantuk tahap dewa tak dapat tidoooor pukul 5-6 pagi. Memang staff-staff kat wad marah gak kat aku sebab lambat datang bila dipanggil pukul 5-6, tapi.. apa aku nak kata. Aku ni manusia biasa je. Badan aku tak larat sangat.
Bulan ni, aku onkol 7 kali. Huhuhu...
0 comments:
Post a Comment