29 September 2011

Jangan pandang rendah...!

Assalamualaikum.

Kita cuma manusia biasa. Siapa antara kita yang tak pernah lakukan kesilapan? Macam-macam salah silap yang pernah kita buat, terutama ketika kita masih kecil dan belum mengenal erti kedewasaan.

Cumanya.. saya nak nasihatkn diri ini supaya jangan pandang rendah kepada sesiapa pun. Jangan... kerana kita tak tahu masa depan kita dan masa depan orang lain.

Pernah kah kita menjumpai orang yang pada mulanya kita sangkakan tak hebat, tak bagus dan tak berguna, tetapi akhirnya orang itu lebih baik daripada kita. Jika kita tak menyukai orang itu, pasti sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa orang itu lebih baik kerana ia akan menyakitkan hati dan melemahkan keyakinan diri kita.

Kerana yang rugi.. adalah diri kita sendiri.

16 September 2011

Mengutip Kata-Kata Orang Tua di Skudai..

Assalamualaikum.

Balik ke kampung, pasti aku akan meluangkan banyak masa bersama ayah mertuaku. Dan kadang-kadang bersama dengan teman-temannya yang selalu berkunjung ke 'makmal' ayah. Sebetulnya.. aku tak reti nak bergaul dengan orang tua. Bukannya aku sombong, tapi takkan la aku nak bertepuk tampar macam aku bergaul dengan kawan-kawan. Kebanyakan masa aku cuma mendengar dan mengangguk sahaja. Bila bersuara, terasa macam kekok lak.

Tapi.. orang kata, 'orang tua banyak pengalaman, orang muda banyak tenaga'. Sedikit sebanyak ada juga ilmu pendidikan anak-anak yang kukutip daripada mereka.



"Bila anak mencuba buat sesuatu, pastikan dia buat sehingga siap."

07 September 2011

Andai Ada 'Passion'..

Assalamualaikum. 

Banyak sekali buku-buku motivasi dan kecemerlangan yang mengatakan tentang salah satu sifat dalam diri kita yang perlu ada untuk lebih berjaya.. iaitu, 'PASSION'. Diterjemahkan sebagai suatu kesungguhan dan keghairahan dalam mengerjakan sesuatu perkara.

Memang tak aku nafikan. Bila kita hendak berjaya dalam sesuatu perkara yang kita kerjakan, sebenarnya kita memerlukan passion dalam perkara itu. Bila kita nak berjaya dalam sesuatu bisnes, kita kena ada kesungguhan dan sikap tidak mudah mengalah pada bisnes itu. Jika kita nak lulus periksa dengan cemerlang, kita kena belajar dengan hati yang bersemangat dan bersungguh-sungguh. Dan.. semua itulah yang dikatakan passion.

Seandainya ada passion dalam kerja kita, pasti ramai yang akan menemui kejayaan pada akhirnya. Seandainya ada passion dalam rumahtangga kita, pasti rumahtangga kita akan semakin kukuh dan bahagia. Setuju?