29 September 2011

Jangan pandang rendah...!

Assalamualaikum.

Kita cuma manusia biasa. Siapa antara kita yang tak pernah lakukan kesilapan? Macam-macam salah silap yang pernah kita buat, terutama ketika kita masih kecil dan belum mengenal erti kedewasaan.

Cumanya.. saya nak nasihatkn diri ini supaya jangan pandang rendah kepada sesiapa pun. Jangan... kerana kita tak tahu masa depan kita dan masa depan orang lain.

Pernah kah kita menjumpai orang yang pada mulanya kita sangkakan tak hebat, tak bagus dan tak berguna, tetapi akhirnya orang itu lebih baik daripada kita. Jika kita tak menyukai orang itu, pasti sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa orang itu lebih baik kerana ia akan menyakitkan hati dan melemahkan keyakinan diri kita.

Kerana yang rugi.. adalah diri kita sendiri.



So, .... JANGAN PANDANG RENDAH PADA SESIAPA.

Jika kita tak menyukainya, tinggalkan aje. Jangan dilayan. Jika kita menyukainya, lemparkan senyuman dan akui kelebihannya. Kerana kita tidak mengetahui akan dengan siapa kita sebenarnya kita sedang berhadapan.

Malah.. dengan berbaik sangka kepada rakan-rakan kita (tanpa melampaui batas), hidup kita akan lebih tenang. Kita juga memudahkan diri kita untuk berurusan dengan semua orang kerana kita sudah mengelakkan diri kita daripada menyimpan perasaan tidak elok dalam hati.

Kenapa aku bercerita macam ini?

Bukan apa. Hari ni ada seorang pakar kecemasan (Emergency Physician and Traumatologist) telah datang melawat hospital aku. Dia datang memberi ceramah pasal kes-kes sakit jantung dan cara-cara menangani pesakit sebegitu.

Bila sesi berakhir, dia bercerita serba sedikit tentang dirinya. Rupanya... dia dulu pernah berkerja macam-macam. Dia kata dulu dia pernah kerja sebagai saleswoman. Dia kata dia pernah diherdik dengan pelanggan dan dibaling duit ke muka oleh pelanggannya. Dia masih mengingati peristiwa itu, tapi dia tidak menyimpan dendam kerana dia tahu dia tidak bersalah.

Itu yang buat aku terkejut. Ntah-ntah ada pekerja-pekerja kedai pakaian yang pernah membantu aku membeli barang dah jadi pakar sekarang, atau akan jadi pakar satu hari nanti. Seperti doktor pakar kecemasan itu. Mesti terkejut beruk dan segan giler tauke kedai tempat doktor pakar tu pernah kerja dulu kalau dia tahu pekerjanya ada yang jadi doktor pakar.

Sedangkan pekerja kedai pun sudah menjadi doktor pakar, aku ni yang dah jadi doktor.. tak tahu nak jadi pakar apa lagi. Tak tahu samada boleh ke jadi pakar ke tak..

Huhu....

3 comments:

h4ni3 said...

mesti dia keje masa tunggu result spm or masa cuti sem

Unknown said...

kdng2 owg yg kita kenal sendiri ske pikir yang buruk pasal kita...rasa2 Dr macam mne nak ubat hati dari ske buruk sangka n perasaan benci dgn orang lain..pd saya Dr tu dh dikira hebat..tp utk jd pakar tu lagu2 baik..hebat kot nk jd pakar..=)

DrSatriaN said...

h4ni3 : Mungkin kot. Itulah dalam Islam, kita kena menghormati yang tua dan menyayangi yang muda. Bila kita menyayangi yang muda, kita membantu golongan muda untuk lebih berjaya dalam hidup.

ekin : Btul tu. Sebenarnya ke mana kita pergi pun, akan ada orang yang tak puashati dengan kita. Kerana lazimnya manusia sentiasa berbeza-beza pendapat. Hm.. kita tak akan dapat lari drpd masalah itu. Cumanya kita perlu menghadapinya dgn cara yg sesuai. Kalau saya, buat tak faham je. Buat muka selamba dan layan seperti orang lain. Kalau mereka berkata-kata, buat-buat tak dengar je. Kalau ditanya, buat-buat macam tak tahu. Pastu.. lupakan. Fikirkan perkara yang buat kita gembira.

Post a Comment