Assalamualaikum.
Banyak sekali buku-buku motivasi dan kecemerlangan yang mengatakan tentang salah satu sifat dalam diri kita yang perlu ada untuk lebih berjaya.. iaitu, 'PASSION'. Diterjemahkan sebagai suatu kesungguhan dan keghairahan dalam mengerjakan sesuatu perkara.
Memang tak aku nafikan. Bila kita hendak berjaya dalam sesuatu perkara yang kita kerjakan, sebenarnya kita memerlukan passion dalam perkara itu. Bila kita nak berjaya dalam sesuatu bisnes, kita kena ada kesungguhan dan sikap tidak mudah mengalah pada bisnes itu. Jika kita nak lulus periksa dengan cemerlang, kita kena belajar dengan hati yang bersemangat dan bersungguh-sungguh. Dan.. semua itulah yang dikatakan passion.
Seandainya ada passion dalam kerja kita, pasti ramai yang akan menemui kejayaan pada akhirnya. Seandainya ada passion dalam rumahtangga kita, pasti rumahtangga kita akan semakin kukuh dan bahagia. Setuju?
Dilema Dalam Kisah Hidupku..
Melangkah ke alam kerja adalah impian yang diharap-harapkan oleh semua pelajar. Bosan dengan sistem persekolahan yang sudah mengaturkan setiap minit kehidupan kita, aku selalu terfikir untuk hidup bebas dan berjaya. Tidak lagi terikat dengan jadual persekolahan dan kerja rumah yang tak putus-putus.
Berjaya melepasi SPM bermakna tamatlah zaman persekolahanku. Ketika itu sungguh aku rasa lega dapat bercuti di rumah. Hajat ingin bekerja kutunaikan dengan kerja parttime di stesen minyak dan juga kedai runcit. Namun.. apabila sudah bekerja, barulah kusedar akan realiti kehidupan. Sudah tamat persekolahan tidak bermakna sudah tamat jadual dan 'kerja rumah'. Malah, dihantui pula dengan beban 'tanggungjawab' yang masih belum dapat difahami dengan jelas. Cumanya, bila culas sedikit dalam kerja, pasti akan dimarahi oleh majikan.
Namun, tawaran ke matrikulasi dan seterusnya ke universiti tidak kusia-siakan. Malah bidang yang kupilih juga tidak kurang hebatnya.. Sarjana Muda Perubatan. Sebenarnya tidaklah aku berminat sangat nak buat Medicine, tapi atas dorongan keluarga dan segan pada kawan-kawan (peer pressure), ku pilih jua.. Hati masih rasa ragu-ragu, tapi ntahla. Pilihan lain yang menjadi idaman hati pun semacam tidak menjanjikan kerja yang baik. Pada ketika itu, pilihan kita banyak dipengaruhi dengan jaminan kerja selepas tamat belajar. Itulah momokan yang diterima.
Tup tap tup tap.. 8 tahun masa dah berlalu.
Kini aku sudah tamat pengajian, dan sudah pun memiliki kerja yang tetap.. seperti yang diceritakan dulu. Aku sudah pun mendapat apa yang selalu diperkatakan pada suatu masa dulu.. kerja yang stabil, pendapatan yang cukup, penghormatan oleh masyarakat..
Namun.. aku mulai keliru dengan diri sendiri. Aku rasa telah memiliki apa yang dimahukan oleh ramai orang, tapi aku kehilangan sesuatu dalam hidupku..
Aku hilang semangat..
Aku hilang kesungguhan dan keghairahan dalam hidup..
Aku cuma.. melakukan kerja-kerja seharian sekadarnya sahaja. Aku tidak mampu nak paksa diri aku untuk melakukan sesuatu tugasan dengan sungguh-sungguh. Malah.. aku dah tak ada rasa kepuasan dalam buat apa-apa kerja pun..
Aku ada depression ke? Tidak ada rasa sedih pun. Tidak ada masalah pun dengan kerja yang dilakukan, mahu pun dengan rakan-rakan sekerja. Cuma.. dah tak bersemangat la. Nape ye? Inikan sindrom kerja makan gaji seperti yang diperkatakan orang? Wallahualam.
Cumanya.. aku masih berminat lagi dengan soalan-soalan matematik dalam buku adik laki aku yang belajar engineering. Ntah kenapa tulisan-tulisan matematik dan rumus-rumus itu menyegarkan minda aku dan menimbulkan sedikit keghairahan dalam hati untuk mendapatkan jawapan penyelesaiannya. Dan.. memang aku meminati subjek Matematik sejak di bangku sekolah lagi.
Tapi.. apa gunanya matematik dalam kerja aku sekarang? Hm...
Sepertinya aku memiliki passion dalam Matematik, namun melakukan kerjaya yang kurang sekali memerlukan penyelesaian Matematik. Itulah yang menjadi kekeliruan aku... Hm.. Hidup ini tidak selalunya yang seperti kita harapkan.
Namun, sudah tiada lagi jalan pulang. No more turning back. All I have is to continue the journey and pray that I might find the passion along the way..
3 comments:
kenapa jadi smpi macam gitu ye???
plik bila Dr tak de semangat untuk bekerja...
klau Dr minat maths knp buat medic??
tak rasa terseksa ke study something yg kita x brapa minat...
but the way, passion is really important...thnx for remind me..
Hehe. Sorry if you get me wrong. This post is just some of my thoughts when I come into turbulence times. Life is actually full of up & down. Sometimes, we happy. Sometimes we happy, and sometimes we dont. It would be silly if I abandon this career, so I would just continue till I found my passion. During my time, choosing other than medic means jobless. Hehe. Thanks for comment.
Owh...
Usaha2..
Chaiyok2..
hahaha.. XD
Post a Comment