16 October 2011

Hehe... Saya Suka Ini.

Assalamualaikum.

Lama jugak tak update ye. Ntahla.. banyaknya kerja sejak akhir-akhir ni.

Pengajaran : Hidup ini tak pernah lari daripada masalah. Apabila selesai satu masalah, datang pula masalah yang lain. Kita tak akan dapat lari daripada masalah, tapi kita kena hidup bersama-sama masalah. Terimalah masalah dalam hidup anda, dan anda pasti akan temui kedamaian... ;-)


Untuk menangani stress dan kebejatan otak akibat kerja, aku pun cari hotel nak menenangkan fikiran dan mencari semula semangat yang hilang..

(Hotel Prescott Klang.... my rate : 3 star!)

Hari ni aku pergi berjalan-jalan. Jalan-jalan pun sampai gak ke Mid Valley KL. Saje je pergi sana. Singgah sekejap ke sebuah kedai buku.

Aku suka kedai buku. Aku suka tengok buku-buku yang berselerak kat dalam kedai buku tu. Sejauh mata memandang, semuanya buku. Tapi itulah yang memberikan aku kegembiraan. Pelik gak minat aku ni.

Dalam kedai buku, ada beberapa bahagian yang aku minat.

Self-improvement and Psychology..

Bila lalu bahagian ini, tajuk-tajuk pada buku-buku yang aku tengok memberikan aku suatu inspirasi dan semangat. Walau pun tak baca lagi, tapi kesannya sudah dirasai.



Business..

Hehe. Ntah kenapa aku suka bahagian ini. Aku minat berbisnes jugak, tapi tak pernah berkecimpung dalam dunia ni. Minat.. minat.. minat..



Math...



Aku minat matematik. Soalan-soalannya yang mencabar lebih menyeronokkan untuk dijawab. Tapi.. semua ini bukan bidang aku atau bukan kerja yang aku buat.

Apa yang aku buat adalah ini...

Medicine..


Bosannya... Tapi itulah kehidupan. Apa yang kita dapat tidak semestinya apa yang kita mahukan. Apa yang terbaik buat kita tak semestinya apa yang kita mahukan. Dan.. aku mula terfikir yang keikhlasan tidak dibuat tapi dicari...

Setelah balik dari kedai buku tu, aku mula terfikir.. alangkah baiknya jika aku memiliki sebuah perpustakaan kecil di rumah yang kandungan bukunya sentiasa diperbaharui. ;-)

1 comments:

Zie said...

i like reading tooooo...but, dislike math..huhu..

Post a Comment