23 March 2011

Emas 5 Dinar RM6586.. Sold!!

Alhamdulillah.. Bersyukur sangat-sangat. Tak kusangka, emas yang ku simpan selama 5 bulan ni telah dibeli orang.


Gembiranya hati..!! :-)

Pada 22 Oktober 2010, aku telah pergi membeli 2 keping emas (5 Dinar) yang ketika itu berharga RM3120 setiap satu (jumlah RM6240). Aku pergi beli secara on-the-spot. Call cawangan Public Gold yang ada stok, pastu terus meluncur ke Penang, dan beli on the spot. Cara ni dibenarkan Islam, dan masih diterima oleh pihak Public Gold.

Kemudian, aku pun simpan je la emas tu. Sekali sekala belek-belek emas tu, kadang2 rasa puas dapat memiliki emas seolah-olah rasa tertunai penat-lelah kerja selama ni. Hehe. Tapi, dalam hati.. risau gak,
"Camne aku nak jual balik emas ni? Ada ke orang nak beli?"

Itulah yang aku fikirkan sehinggalah aku dah anggap emas ni sebagai simpanan 'tabung kecemasan' aku, di mana aku hanya akan gadaikan apabila keadaan aku benar-benar terdesak. So, memang dah plan nak simpan je lama-lama sebab emas adalah aset kecil yang bernilai tinggi yang makin lama disimpan, makin tinggi nilainya. Kalo simpan duit kertas/RM, nilainya makin menyusut je dari tahun ke tahun. Kalo dulu RM 1 boleh dapat nasi lemak bertelur sebiji, hari ni dapat kuih 3 ketui je. So, nak simpan aset sebagai 'tabung kecemasan' untuk disimpan lama, lebih baik simpan emas daripada ringgit.

Sehinggalah pada tanggal 22 Mac 2011 (ala.. semalam je sebenarnya), aku terima panggilan daripada seseorang yang duduk di Sekinchan. Beliau bertanyakan samada adakah aku ada menjual emas, kerana nama aku terpapar pada laman web Public Gold sebagai Dealer Emas yang sah.

Setelah bercerita serba sedikit pasal emas ni, beliau pun bersetuju nak jumpa aku petang tu jugak. Nak beli 2 keping emas 5 dinar, katanya. Wah! Terkedu aku, sebab inilah jualan pertama aku kalo jadi. Macam tak percaya je, sebab aku bukannya pergi jumpa orang sana sini macam buat direct selling atau MLM. Aku cuma pergi kerja, balik rumah je. Hari-hari pun camtu je. Takde nak menjaja sana sini. Tahu-tahu ada orang call nak beli. Ajaib betul la emas ni! Walau pun simpan diam-diam, sorok-sorok, orang tak nampak, tapi ada juga pembelinya. Hehe.

So, petang tu kitorang pun berjumpa la kat sebuah restoran. Borak sikit-sikit je sebab pembeli ni orang veteran. So, go straight to the point je. Dia keluarkan segenggam wang kertas RM50 yang sangat.. sangat.. sangat tebal! Yela, untuk menyamai nilai RM6600. Harga yang dipersetujui adalah RM3293 sekeping, jumlah RM6586 untuk 2 keping. Dan aku tunjukkan emas dinar yang dikehendakinya beserta sijil ketulenan dan bungkusan yang masih utuh sejak aku mula-mula beli. Setelah dia berpuashati, jual beli terlaksana dengan akad yang terucap.

Maka.. terjual la 2 keping emas dinar (5 dinar) aku pada hari itu, dan aku telah mengaut keuntungan RM346 hasil daripada jualbeli tu. Itu pun aku jual pada harga terendah hari tu dan aku tolak kos pengangkutan RM20. Still I have some profit to make.

Alhamdulillah..
Sungguh Engkau berikan rezeki pada hamba-hambaMu melalui jalan-jalan yang tidak disangkakan. Sehari sebelum tu, aku ada baca doa ayat seribu dinar selepas solat. Dan, tak kusangka menerima rezeki daripada jalan yang tak disangka-sangka ni. Alhamdulillah..

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

So, beli RM6240, jual RM6586. Untung RM346 dalam tempoh 5 bulan. Masih ada stok lagi untuk emas 1 dinar, 10 dinar.

5 dinar? Sold out!! Hehe, Suke. Suke. :-)

Harga hari ni untuk 5Dinar naik lagi.

4 comments:

Dr K said...

kalau tiada pembeli yang nak beli, dan kita mmg terdesak nak jual balik, kat mana kita boleh jual? Kat Public Gold?

DrSatriaN said...

1st best choice, jgn jual. Sebaliknya pajakkan kat agrobank/arrahnu untuk setahun, dan dapatkan pinjaman 65% drpd nilai emas kita. Bila duit cukup, bayar penuh pinjaman tu, dan dapat semula emas kita.
2nd, kalo tak mampu nak bayar pd masa akan datang, jual semula kat Public Gold atau ejen2 yg terima. Kat sini, harga We Buy digunakan spt pada laman web www.publicgold.com.my.
3rd, jual kat agrobank/arrahnu. Sebab diorg punya buy price lagi tinggi.
4th, jual kat mana2 kedai emas, tp biasanya akan kena potong byk ~10-20%.

ieda said...

bestnyer bisnes emas....tapi sekarang dah mahal.modal pun banyak.harap barang kemas yg ada jelah.

Dr K said...

TQ bro..

Post a Comment