11 March 2011

Gempa Bumi Jepun..

Dahsyatnya.. baru-baru ni berlaku gempa bumi terburuk di sepanjang lipatan sejarah Negara Jepun, yang meranapkan banyak kawasan pembangunan di sekitar pantai timurnya. Dimaklumkan gempa bumi yang berlaku berskala magnitud 8.9 dan disusuli pula beberapa gempa bumi kecil. Kesian jepun, dah la dulu teruk kena bom dengan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima, yang mana kesannya menyebabkan ramai penduduknya mengidapi penyakit kecacatan dan barah. Baru je ekonomi jepun nak pulih, diorang punyala cut budget betul2 untuk pulihkan ekonomi, dah datang lak gempa bumi baru.. yang pasti akan menelan belanja besar lagi. Ini pasti akan melambatkan proses pemulihan ekonominya. Indeks pasarannya juga jatuh sekarang.


Kesian.. kesian.

Syukurlah kita ni dilahirkan di sebuah negara yang terselamat daripada lingkaran gempa bumi, aish! ingat lagi geografi aku. Hehe..


Setakat dilaporkan tiada rakyat malaysia yang tercedera.

Cuma.. adakah ini tanda-tanda akhir zaman di mana gempa bumi akan menjadi-jadi? Oh.. aku ada terbaca, saintis Amerika ada memberi amaran akan bencana gempa bumi/tsunami yang akan berlaku dalam tempoh terdekat disebabkan jarak antara bumi dan bulan yang semakin pendek menyebabkan gangguan tarikan graviti bumi.

Macam-macam..

2 comments:

aYa said...

kuasa Allah tiada tandingan..

amin said...

9.0 ritcher daa...lg 2-3 hari ni ade sekali lg gmpa bumi berskala 7R,,,

Post a Comment