18 October 2011

Ya Allah..

Assalamualaikum.

Ya Allah..

Betapa kerdilnya diriku.


Sekalipun daku disanjung dengan jawatan nan megah dan tinggi, tapi aku tidak sekali-kali mahu berbangga dengan apa yang kuperolehi. Jauh sekali mahu mendabik dada dengan segulung ijazah dan pangkat ini. Tidak... aku bukan begitu.

Aku sentiasa menghormati pendapat orang lain, tapi aku tidak pandai berkata-kata. Tidak terniat langsung di hatiku ingin menyakiti hati sesiapa mahupun memandang rendah akan pendapat sesiapa. Namun, aku tidak pandai memilih dan tidak pandai pula berbicara. Aku cuma tidak mahu melukai hati sesiapa.

Tapi aku tidak mampu..... kerana aku 'sakit'.

Dalam hati, duniaku sentiasa mendung dengan rintangan dan cabaran yang silih berganti. Kadangkala hujan lebat menurunkan segala keyakinan yang ada dalam diri untuk meneruskan kehidupan. Sekali-sekala aku pernah basah lecun dengan perasaan kecewa dan sedih.

Aku rasa telah lama mentari tidak menampakkan sinarnya dalam duniaku. Sungguh lama. Pohon-pohon harapan juga sudah layu kesemuanya. Tanah keyakinan dan ketabahan mulai gersang dan tandus.

Aku lemah, ya Allah.

Ubatilah 'sakit'ku ini...



1 comments:

hamba said...

assalamualaikum, kesian pulak saya dengar.mungkin dr patut luangkan masa dengar ceramah dr prof dr muhaya. dia inspirator, luangkn masa ke ceramah2 di masjid di malam hari, dan luangkn masa dengar cd2 dari ulamak,mungkn dapat berikn ketenangan selepas serabut bekerja.mungkin kita rasa masa kita emas, lepas bekerja nak luangkn ms untuk keluarga pula, tapi percayalah, luangkn masa untuk perkara di atas lebih berbaloi, dan yg lain2 automatik akan rasa ringan selepas itu, cuma kena istiqamah.maaf jika dr dah buat semua yg di atas, saya cuma ingin berkongsi , sebab saya pun dalam pencarian.

Post a Comment