Assalamualaikum w.b.t.
Sudah sekian lama juga aku hidup di dunia ini, tapi hanya baru-baru ini sahaja aku temui jawapan kepada satu persoalan kehidupan yang selalu bermain di fikiran. Setelah 27 tahun menongkah arus kehidupan, hanya baru ini sahaja aku mengerti perkara ini..
"Kenapakah hidup ini begitu susah dan penuh masalah? Bagaimanakah aku mahu mencari kehidupan yang tiada bermasalah?"
27 November 2011
09 November 2011
Kita Mesti Jadi Usahawan!
Assalamualaikum w.b.t.
Kalau saya katakan, kita mesti jadi usahawan. Adakah anda bersetuju? Pada pendapat saya, anda mesti jadi usahawan kerana kita berkebolehan untuk menjadi usahawan!
Kalau saya katakan, kita mesti jadi usahawan. Adakah anda bersetuju? Pada pendapat saya, anda mesti jadi usahawan kerana kita berkebolehan untuk menjadi usahawan!
07 November 2011
Doktor kepada Usahawan.. Adakah Terpesong?
Assalamualaikum w.b.t.
Aku kini adalah doktor. Namun, aku sebenarnya tak gembira dengan hidup rutin makan gaji setiap hari. Suasana kerja makan gaji tak kena dengan gaya personaliti diri aku.
Namun... aku tidak pasti adakah berbaloi jika aku berubah bidang. Aku dapati bidang keusahawanan membolehkan aku mencambahkan idea-idea baru. Aku suka mencari jalan penyelesaian, dan selalunya aku boleh memikirkan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif. Ini terbukti semasa aku menubuhkan Group Smart Study kepada kalangan adik-adik junior di Universiti dulu, yang mana program sebegitu tidak pernah dianjurkan oleh senior sebelum itu. Aku juga yang pertama kali mencadangkan dan menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Perubatan Islam peringkat pelajar perubatan Malaysia di UKM.
Aku suka meneroka idea-idea baru, tapi... suasana kerja aku yang memaksa aku 'mengikut tanpa bicara' itu menyebabkan aku terasa bosan dengan hidup. Aku tak mahu berterusan begini.
Aku mesti lakukan perubahan.
Aku mesti berubah kepada lebih baik!

“Macam mana ye ustaz? Susah apabila kita minat satu bidang tetapi mak
ayah desak kita ambil bidang yang lain,” keluh seorang peserta KEM
HIJRI baru-baru ini.
“Memang susah. Hidup atas bayangan dan impian orang lain memang
susah. Sifirnya mudah, terpaksa adalah terseksa, betul tak?” saya
memetik kembali ungkapan slot NIAT di awal program.
“Saya belajar di kelas Sains. Emak dan ayah tidak habis-habis
mendesak saya agar selepas SPM tahun depan ni, saya belajar bidang
perubatan untuk jadi doktor” kata beliau.
“Awak tak suka jadi doktor?” saya bertanya.
Beliau menggelengkan kepala.
“Awak nak jadi apa?” saya menyoal lagi. Seperti ayat cikgu saya 25 tahun yang lalu.
“Ahli perniagaan. Saya minat bisnes!” kata pelajar tersebut.
Salah satu petanda yang kita sudah mula berhasil membina jambatan
hati bersama peserta ialah apabila waktu senggang antara slot terisi
dengan kehadiran mereka untuk berbincang dengan kita. Seorang demi
seorang datang, mahu meluahkan masalah yang terbuku di hati. Saya
sentiasa memuji-muji Allah apabila ada peserta yang datang untuk
berkongsi kerana itu petanda yang baik bahawa sudah ada rasa percaya di
hati peserta kepada kita.
Bukan mudah.
Jurulatih atau penceramah sering dilihat sebagai orang upahan ibu
bapa atau majikan jika dalam kes pekerja. Penceramah diupah agar
membasuh mereka supaya insaf dan boleh terus diarah dan dimanipulasi
sekembalinya daripada kursus. Berat sungguh persepsi itu!
Maka perjuangan langkah satu setiap jurulatih atau penceramah adalah
untuk meruntuhkan persepsi itu dan menggantikannya dengan rasa percaya
mereka bahawa kita tidak berada di posisi correcting people, sebaliknya lebih mengusahakan connecting people.
“Pernah berbincang tentang hal ini dengan emak dan ayah?” saya bertanya.
“Susah. Baru nak cakap dah kena potong” kata beliau.
Wajahnya sugul.
Sayang sekali. Seorang anak yang bijak dan sebaik beliau, perlu sugul
dengan tekanan yang hakikatnya tidak susah untuk diselesaikan jika ibu
bapa membuka lebih ruang untuk pandangan anak didengari sebelum
mengharapkan pandangan mereka didengar si anak.
“Pertamanya, ustaz sangat percaya dengan perbincangan. Sama ada di
peringkat antara negara, kerajaan memerintah, suami isteri, ibu bapa dan
anak-anak serta sesama kawan, berbincang adalah langkah penyelesaian
yang sangat hebat. Kalau belum bincang, usahakan perbincangan. Tapi
kalau tidak berhasil, izinkan ustaz untuk quote balik kisah Kungfu Panda yang kita analisa semalam” saya menyambung diskusi.
Beliau tersenyum.
Di dalam KEM HIJRI kali ini saya mengajak peserta menonton filem
animasi Kungfu Panda daripada perspektif baru. Hampir kesemua peserta
sudah menontonnya tetapi apabila diberikan ‘cara memandang’ yang baru,
mereka seakan-akan baru pertama kali menontonnya.
“Po bercita-cita mahu menjadi juara Kungfu. Manakala Mr. Ping si
ayahnya, mahukan Po menjadi pewaris kepada perniagaan mee istimewanya
itu. Mr. Ping sentiasa teruja mahu mewariskan perniagaannya kepada Po
sehingga dia hampir-hampir tidak pernah perasan akan impian Po yang amat
berbeza. Menderita bukan?” saya memulakan kisah.
“Sama macam situasi saya,” kata peserta berkenaan.
Beberapa orang rakannya yang baru selesai minum teh, datang menumpang dengar.
“Tetapi Po tidak sedar, segala penderitaan emosi dan fizikal yang
dialaminya akibat tekanan impian Mr. Ping sebenarnya adalah latihan dan
pengalaman yang melatih beliau menjadi hebat. Sesuatu yang tidak ada di
dalam silibus pengajian The Jade Castle yang ditempuh oleh Furious Five
dan Tai Lung!” saya menambah.
“Maksud ustaz?” beliau sedikit kebingungan.
“Pertama sekali, kemahiran mengangkat lima mangkuk mee di sebelah
tangan, bukan benda mudah. Kemudian, Furious Five tidak menjadi The
Dragon Warrior kerana mereka hanyalah pelajar yang cemerlang
menghabiskan silibus. Tiada kelebihan. Tai Lung pula walaupun menjadi
seorang yang sangat hebat, gagal menjadi The Dragon Warrior malah gagal
mengalahkan Po sebab dia tiada pengalaman sehebat Po. Apa pengalaman
hebat yang Po ada?” saya menduga adik-adik yang terlopong di meja.
“Tak pastilah ustaz!” kata salah seorang peserta yang menongkat dagu semenjak tadi.
“Tai Lung sentiasa dapat apa yang dia mahu. Dia tidak mampu menerima
jawapan TIDAK dalam hidupnya. Itu menjadikan dia tamak dan gopoh.
Berbeza dengan Po yang lama belajar bertolak ansur dengan kehendak Mr.
Ping. Dia akhirnya menjadi seorang yang lebih cekal, tabah, dan yang
paling penting, TENANG!” saya menyambung.
“Dan lucu!” usik seorang adik yang kelihatan teruja dengan perkongsian kami.
“Betul. Maksud ustaz, kalau kamu nak jadi doktor, dan perjalanan kamu
menjadi doktor itu lancar tanpa cabaran, kamu hanya akan jadi doktor
biasa. Kalau kamu nak jadi ahli perniagaan dan perjalanan kamu untuk
mencapai cita-cita itu smooth tanpa halangan, kamu hanya akan
menjadi ahli perniagaan yang biasa-biasa sahaja. Tetapi kesabaran kamu
menempuh dunia yang realitinya seperti ini, akan menjadikan kamu seorang
yang lebih sabar dan bersyukur satu hari nanti” saya meneruskan
celoteh.
“Realiti macam mana tu, ustaz?” tanya pelajar tadi.
“Dalam realiti kehidupan, kita tidak sentiasa dapat apa yang kita
suka. Jadi kita kena belajar untuk suka apa yang kita dapat! Itulah
kehidupan namanya,” saya menjawab.
Mereka termenung. Sepi seketika. Peserta lain sudah mula masuk semula ke dewan mengambil tempat.
“Kalau ditakdirkan kamu tetap mengambil bidang perubatan, tidak
semestinya kamu tidak boleh berniaga. Kamu boleh membuka klinik selepas
beberapa tahun menjadi doktor, kamu boleh menjual peralatan perubatan,
kamu boleh membuka pusat Hemodialisis, dan macam-macam lagi. Malah boleh
juga menjual tshirt labuh Muslimah secara online!” saya memberikan
cadangan berupa win-win situation kepada beliau yang berkonflik dengan
ibu bapanya.
Beliau tersenyum.
Ada rasa lega terpancar pada wajahnya.
“Dan apabila Po menjadi The Dragon Warrior serta berjaya
menyelamatkan seluruh China dengan mengalahkan Tai Lung, Mr. Ping
memeluknya dengan bangga dan heboh bercerita kepada orang lain bahawa si
Panda Gemuk itu adalah anaknya. Penuh bangga. Maknanya, semasa Mr. Ping
mahu anaknya menjadi penjual mee yang hebat, beliau sebenarnya mahu
anaknya menjadi orang berjaya. Cuma ia diungkapkan sebagai penjual mee.
Tetapi apabila Po berjaya menjadi juara Kungfu yang terhebat, ia tetap
memenuhi impian si ayah kerana setiap ayah menginginkan anaknya menjadi
manusia hebat. Bukan doktor, bukan ahli perniagaan, tetapi menjadi
manusia yang hebat. Betul tak?” saya mahu menghabiskan segera perbualan.
“Betul, betul, betul!” kata seorang lagi, meniru lagak Upin dan Ipin.
“Formulanya ialah?” saya mendarat ke sebuah kesimpulan.
“There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!” jawab mereka beramai-ramai.
Kesemua mereka beredar mengambil tempat semula untuk slot yang berikut. Saya yang kekeringan tekak terus menyambung ‘ceramah’.
Demikianlah rutin seorang jurulatih.
Dia mesti bangun sebelum peserta lain bangun, dan bercakap serta
berbual dan berkomunikasi tanpa henti, kemudian tidur selepas peserta
lain tidur.
Rahsianya?
There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!
www.saifulislam.com
03 November 2011
Kualiti Seorang Usahawan..
Assalamualaikum.
Sungguh aku ingin katakan bahawa menjadi usahawan adalah lebih baik daripada makan gaji. Walau pun aku mengakui bahawa tidak semua orang berkeupayaan untuk menjadi usahawan, tetapi terapkanlah nilai kualiti seorang usahawan dalam diri kita walau siapa pun kita.
Ingin tahu nilai kualiti seorang usahawan terhebat??

02 November 2011
Iman.. Hati Ini Merindukanmu
Assalamualaikum w.b.t.
Agak lama juga aku mendiamkan diri. Bertapa seketika untuk mencari kekuatan diri yang baru. Memang sukar untuk bangun sesudah jatuh, namun kita tidak akan dapat berjalan tanpa berdiri semula terlebih dahulu. Itulah lumrah kehidupan..
Dalam mencari kekuatan, kutemui fitrah diri yang mahu kembali menyucikan diri dengan beruzlah kepada Penciptanya. Sememangnya hati kita akan sentiasa gundah gulana selagi hati kita tidak berpaut pada Tuhan Yang Esa.

Subscribe to:
Posts (Atom)