Sungguh aku ingin katakan bahawa menjadi usahawan adalah lebih baik daripada makan gaji. Walau pun aku mengakui bahawa tidak semua orang berkeupayaan untuk menjadi usahawan, tetapi terapkanlah nilai kualiti seorang usahawan dalam diri kita walau siapa pun kita.
Ingin tahu nilai kualiti seorang usahawan terhebat??
Abdullah bin Abdul Hamzah melaporkan, katanya, "Saya pernah membeli barang daripada Muhammad, iaitu sebelum beliau menjadi nabi. Disebabkan urusan saya dengan beliau belum selesai, maka saya berjanji akan menghantarkan barang kepadanya, tetapi kemudian saya terlupa. Tiga hari kemudian baru saya teringat, lalu saya pun pergi ke tempat yang dijanjikan, dan saya dapati beliau masih berada di situ menunggu saya. Dia berkata kepada saya, 'Tuan membuat saya resah. Sudah tiga hari saya menunggu tuan di sini.'" - Peristiwa ini direkodkan oleh pakar hadith yang bernama Abu Daud.
Masya-Allah, itulah kualiti seorang usahawan terbilang yang patuh pada janjinya dan tepat kata-katanya. Kerana itulah gelaran al-Amin diberikan.
Mari kita bersama-sama mencontohi kehebatan Nabi kita yang mulia.
2 comments:
i support u!
Doktor yang buka klinik sndiri pun dikira sebagai usahawan. mcm mechanic buka workshop sendiri...
Post a Comment