09 November 2011

Kita Mesti Jadi Usahawan!

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau saya katakan, kita mesti jadi usahawan. Adakah anda bersetuju? Pada pendapat saya, anda mesti jadi usahawan kerana kita berkebolehan untuk menjadi usahawan!




Sebenarnya ia bergantung pada apa definisi anda terhadap usahawan. Apakah yang tergambar dalam fikiran anda apabila anda ditanya tentang siapa usahawan?


Ada sesetengah orang mengatakan usahawan itu adalah orang yang hanya mengejar harta dan kekayaan. Orang yang tamak dan haloba. Hala tuju hidupnya hanya untuk mengumpul harta kekayaan sebanyak-banyaknya tanpa bertunjangkan kepada pengabdian diri kepada Allah. Jikalau inilah makna usahawan pada anda, TOKSAH la! Anda mungkin masih tidak menjumpai erti hidup ini yang sebenarnya.


Jika anda berpendapat bahawa usahawan kena menipu, kena merasuah dan kena pandai ambil kesempatan ke atas orang lain, maka harus saya katakan anda tidak layak jadi usahawan. Saya khuatir jika begitu corak pemikiran anda, tidak mustahil anda akan melakukan perbuatan-perbuatan yang tersebut. Anda hanya akan merosakkan diri dan agama anda.

Tapi jadilah orang yang sentiasa mahu menjadi lebih baik daripada sebelumnya.


Kerana itulah makna usahawan (bagi aku). Bagi aku, usahawan adalah seorang yang sentiasa mahu maju ke hadapan dan perbaharui diri dan kehidupannya. Usahawan muslim pula bermatlamatkan mencari keredhaan Allah dalam usaha dan hasilnya. Itulah erti kehidupan ini sebenarnya. Kita bermula dengan lemah dan tidak tahu. Melalui pengorbanan dan kesusahan, kita mendapat kekuatan dan pengetahuan yang mesti ditujukan buat mengabdikan diri dan kehidupan kita ke arah mencari redha dan cinta Allah. Jadi, mahu tidak mahu, siapa pun kita, kita mesti sentiasa perbaharui diri kita setiap masa dan keadaan.

"Tapi, orang makan gaji pun boleh buat. Tak perlu berniaga dan bersusah-payah untuk usahakan bisnes."

Ya, betul. Tapi aku pilih untuk jadi usahawan, maka... suka hati aku lah. Hahaha!

0 comments:

Post a Comment