19 January 2012

Pagi Jumaat.. Menghitung Detik Berlalu.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Rasa tenang hari ni, tapi ketenangan ini tak akan kekal selamanya. Sedangkan Rasul pun diuji, apatah lagi kito la ni.

Hari ni, aku ambil cuti untuk urusan bank di Kuala Lumpur.

Dalam cuti-cuti, aku mengambil kesempatan untuk merehatkan minda dan memikirkan bagaimana agaknya kehidupanku nanti setelah melepaskan diri daripada tanggungan kerajaan...


18 January 2012

Hidup Ini Penuh Masalah.. Itulah Masalahnya!

Assalamualaikum.

Pengarang buku, Azman Manap, ('12 Lessons To Build A Profitable Business With Zero Capital'), ada menukilkan bahawa masalah adalah perkara biasa dalam kehidupan. Hanya apabila kita menganggapnya sebagai cabaran, dan berusaha mengatasinya, baru lah kita akan berjaya.

Di awal-awal kehidupanku, aku benci masalah. Aku tak suka masalah! Masalah menyebabkan aku sakit kepala dan stress. Bila stress, aku rasa lemah dan takut. People said I have the middle sibling syndrome, which is feeling insecure and abandoned. Argh!! That's even put more stress into me.

Ada sesiapa yang suka masalah???


13 January 2012

Apabila Aku Sakit Jantung..

Assalamualaikum.

Apabila aku diberitahu aku dapat sakit jantung, pasti aku kaget. "Aish! Yeke. Aku muda lagi. Takkan lah. Salah diagnosis ni.."

Apabila aku diberitahu jantung aku pada tahap teruk yang memerlukan pembedahan berisiko tinggi untuk memanjangkan tempoh keupayaan jantung aku, aku terkesima.


10 January 2012

Kisah Baby Yang Malang..

Assalamualaikum.

Aku onkol semalam. Memang memenatkan. Itulah lumrah onkol, penaaattt.... Apa tak penatnya bila asyik ke hulu ke hilir, bila dah nak berehat, tak sempat lelap mata, dah kena panggil. Memang penat, dan kadang-kadang naik gak 'temper' aku, tapi cukuplah aku sekadar bersabar dan fokus kepada menolong pesakit dan staff-staff aku.

Aku bukannya pakar yang dah cekap buat kerja, tapi aku tahu buat kerja. Bila bebanan kerja melebihi kemampuan aku, aku utamakan yang penting dahulu berbanding yang kurang penting. Kalo orang tak puas hati dengan aku, apa aku nak buat? Sabar jela dan bermohon kepada Allah agar diberikan petunjuk dan kekuatan untuk memperbaiki kelemahan diri. Itu yang boleh menenangkan hati aku, tanpa perlu melepaskan kemarahan tak tentu hala.

So, nak dijadikan cerita. Ada pesakit mengandung (nama dan identiti pesakit tidak akan didedahkan demi menjaga etika perubatan) datang dah nak bersalin. Bila check pintu rahim, mak oi! dah 9 cm. Contraction strong, CTG .. hm.. poor contact. Macam deceleration pun ada. Selaput air ketuban masih ada, dan bila dipecahkan.. MMSL!!!

(Info : Sila lihat di bawah untuk penerangan berkenaan pintu rahim, CTG dan lain-lain).

MMSL adalah indikasi untuk dibuat pembedahan Ceaser, kerana itu menandakan keadaan bayi yang nazak dalam perut. Maka, perlu dikeluarkan segera. Tetapi oleh kerana, pintu rahim sudah hampir penuh, aku ambil risiko untuk membenarkan beliau melahirkan anaknya di wad aku.. dan tak sampai setengah jam, baby girl dapat dilahirkan.

Tapi... baby tak menangis!! (Kalo baby tak menangis selepas bersalin, peparunya tak dapat mengembang dan baby boleh mati kerana tak dapat oxygen.)

So, aku pun mulakan prosedur resusitasi - direct suction memang keluar meconium (taik) dia daripada peparunya. Itu maknanya najis yang keluar semasa dalam perut ibunya telah disedut masuk dalam peparunya menyebabkan baby itu tak dapat bernafas, maka tak dapat menangis.

Pastu, keadaan dia bertambah pulih selepas berjaya keluarkan meconium tu. Namun, dia masih tak dapat bernafas dengan baik. Akhirnya tiub pernafasan dimasukkan ke dalam kerongkongnya (intubation). Dan selamat dipindahkan ke unit rawatan rapi Hospital Besar.

Namun.. aku dapat panggilan yang baby itu mengalami pendarahan teruk dalam peparunya. Aduh.. adakah dia akan selamat? Pada aku, memang poor prognosisnya, tapi kuasa Allah lebih mengatasi segala-galanya.

Jadi.. moral of story: Allah lebih berkuasa ke atas segala-galanya walau pun kita telah berusaha mengelakkan segala musibah. Kita cuma perlu belajar redha dengan ketentuan Ilahi dan serahkan kembali urusan hidup mati kepada Allah.

*Yang tak bestnya, aku terpaksa la buat persediaan untuk kes ini dibentangkan pada pihak atasan nanti. Aku sudah buat yang terbaik ikut kemampuan aku, jadi aku berserah kepada Allah untuk menentukan nasib baby yang malang itu..

Info..:
#Apabila seorang ibu mengandung mahu bersalin, pintu rahim akan terbuka sedikit demi sedikit dari 0 cm sehingga 10 cm (full). Apabila pintu rahim sudah sampai 10 cm, maka barulah dibenarkan untuk meneran keluarkan bayi.
#CTG = cardiotocograph. Ia adalah sebuah catatan alat yang memantau denyutan bayi dalam perut dan kekuatan kontraksi rahim. Poor contact bermaksud alat CTG ini tak dapat mengesan denyutan bayi dengan baik. Selalunya disebabkan kulit perut yang tebal, atau gangguan alat komunikasi.
#MMSL = moderate meconium stained liquor, bermaksud air ketubannya telah dicemari najis bayi yang masih dalam perut. Sepatutnya bayi yang sihat tidak mengeluarkan najis (berak) dalam perut. Kalau sudah berak, biasanya itu menandakan bayi dalam keadaan yang tidak sihat. Keadaan akan lebih teruk lagi sekiranya bayi itu menelan pula najis dalam air ketuban itu dan mnyebabkan saluran pernafasannya tersumbat akibat najis itu.

Itulah kisah Meconium Aspiration Syndrome yang aku terima semalam. Ya Allah, Kau selamatkan bayi itu agar dapat beliau menjalani kehidupan ini dengan sempurna.

09 January 2012

Ting Tong.. Lagi 2 Bulan Menunggu.

Assalamualaikum.

Apa yang lagi 2 bulan ni?
Haha.. sebenarnya itulah detik perubahan dalam hidup aku. Perubahan secara 180 darjah!

Daripada kerja makan gaji kepada.. kerja cari gaji. Hehe.
Daripada hari-hari buat kerja sama kepada.. cari kerja, cari ilmu, cari kawan.
Daripada solat ikut waktu kerja kepada... kerja ikut waktu solat. (kadang-kadang kena jamak solat bila dah pesakit ramai sangat dan nazak-nazak).
Daripada sekadar biasa-biasa kepada... luar biasa!!

Haha.. harapannya agar kehidupan lebih baik. Kehidupan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Keseimbangan itulah yang aku cari agar dapat kuteruskan hidup ini dalam mencari keredhaanNya..


08 January 2012

Day 2 Herbalife & Elaun Onkol..

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Kini aku dah sampai ke rumah semula, di mana aku akan meneruskan kembali rutin kehidupan aku seperti biasa. Yang lecehnya, esok onkol la plak.. Tapi sekadar untuk berkongsi, ada berita gembira buat para pegawai perubatan kerajaan..


Hehe.. gaji naik (dengan SBPA), elaun pun naik. Alhamdulillah.

Ok, berbalik kepada cerita Herbalife. Apa pendapat aku?

Pada pendapat aku yang dhoif, dan tak pernah pun minum atau merasa produk Herbalife, apa lagi mengedarkan produk Herbalife..

1. Ia ada produk kesihatan yang cuba mengambil peluang ke atas permintaan tinggi orang ramai ke atas tubuh badan yang lebih cantik/kurus dan sihat. Memang permintaan kepada badan yang lebih kurus, hidup yang lebih bertenaga dan sihat, amat-amatlah tinggi. Jadi, di atas peluang itulah, Herbalife comes into the picture and make their outstanding present. So, there is huge market demand.

2. Besides product story, there is also money story. Yes, it is based on Multi-level Marketing campaign. Everybody knows that who work hard, will earn big in this MLM-based business. So, they make themselves distinguishable from other nutritional products in the market. You earn some as you pay, but you earn more when you get other people pay too.

3. Business must have up and down, so Herbalife provides intermittent trainings and events to boost their distributor's enthusiasm and skill in marketing/sales. So, you won't feel lonely in this business journey. Typical conventional businesses leave you alone to chartered your own business journey.

4. Not just that, your life would be change too as you go along with their programs. They tell you how to be success, they motivate you whenever you feel down, and you might find your love one there (if you're unmarried). Hehe. 

Hm.. itulah serba sedikit pendapat aku. Anyway, aku tetap dapat mempelajari banyak perkara dalam Seminar Zero to Hero Herbalife. Thank you Herbaliiiiife...! (Hehe)

Dah, esok onkol! Sekian terima kasih.

07 January 2012

Pergi Zero to Hero Herbalife

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Hari ini dan semalam, aku telah dijemput oleh sahabat baik untuk menghadiri satu program yang dianjurkan oleh sebuah syarikat MLM terkemuka, Herbalife.


Bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Berlangsung selama 2 hari, dengan kehadiran yang mencecah hampir 1000 orang dari serata Malaysia. Memang tidak dinafikan ia merupakan program yang gah dan mengujakan, bagi sesiapa jua yang hadir.

Namun.. kehadiran aku bukanlah sebagai pengedar Herbalife, tapi sebagai.. ehem ehem tetamu jemputan, aka bakal pengedar Herbalife. Sungguh pun aku tidak yakin dengan bisnes ala MLM, tapi aku tidak mengehadkan diri aku untuk mempelajari bisnes MLM yang berjaya.

Dalam sesi ceramah semalam, ada beberapa nasihat yang diberikan kepada peserta akan cara-cara mengejar kejayaan.

1. Mesti menetapkan matlamat yang jelas. Visualkan matlamat itu dengan gambar. Tampal dan tayangkan di mana-mana untuk ditatap setiap hari sebagai peringatan diri setiap hari. 
2. Mesti yakinkan diri akan kebolehan diri untuk berjaya. Contohnya dengan memakai baju kot ketika menjalankan bisnes, berpakaian smart dan menyebut kata-kata positif pada diri sendiri seperti 'Aku boleh'.
3. Sentiasa rebut peluang-peluang meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri, seperti menghadiri seminar, kursus atau latihan, dari semasa ke semasa.
4. Sayangi pelanggan seperti melayani ibubapa sendiri. Namun pada batas-batas perniagaan sahaja.
5. Sentiasa bersikap professional seperti menepati masa, menunaikan janji dan memohon maaf jika berlaku salah. 

Ini adalah sebahagian ilmu yang aku kutip untuk aku laksanakan dalam bisnes sebenar aku nanti. InsyaAllah.

Patutlah Robert Kiyosaki menggalakkan orang mengikuti bisnes MLM kerana dalam bisnes MLM terdapat pendidikan pemasaran yang hebat kepada pengedar-pengedarnya. Aku mengakui kehebatan program 'mind-blowing' ini untuk menghasilkan pengedar-pengedar Herbalife yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Hm.. namun, maafkan aku. Ia bukan jenis bisnes yang aku cari. It is a very good business, with good support system, but .. it does not make you into a businessman, but a salesperson.

Terima kasih.

05 January 2012

Terima Kasih Dr Zouldahan

Assalamualaikum.

Terima kasih Dr Zouldahan, di atas keprihatinan anda.

Tak sangka jugak beliau mengikuti perkembangan blog saya dan berkongsikan maklumat yang penting buat saya. InsyaAllah, saya harap dapat menemui Dr Zouldahan satu ketika nanti untuk ucapkan terima kasih.

Inilah post yang beliau berikan..
Dr Zouldahan : Aku dan Buka Klinik Sendiri