18 January 2012

Hidup Ini Penuh Masalah.. Itulah Masalahnya!

Assalamualaikum.

Pengarang buku, Azman Manap, ('12 Lessons To Build A Profitable Business With Zero Capital'), ada menukilkan bahawa masalah adalah perkara biasa dalam kehidupan. Hanya apabila kita menganggapnya sebagai cabaran, dan berusaha mengatasinya, baru lah kita akan berjaya.

Di awal-awal kehidupanku, aku benci masalah. Aku tak suka masalah! Masalah menyebabkan aku sakit kepala dan stress. Bila stress, aku rasa lemah dan takut. People said I have the middle sibling syndrome, which is feeling insecure and abandoned. Argh!! That's even put more stress into me.

Ada sesiapa yang suka masalah???




Tetapi.. aku mula dapati bahawa, aku tak dapat lari daripada masalah. Selepas aku berjaya melepaskan diri daripada satu masalah, masalah baru pula muncul. Lama kelamaan, aku dapat rasakan aku tak akan dapat melepaskan diri daripada masalah selagi mana aku masih bernyawa, kerana hidup ini penuh dengan masalah.. dan hakikat yang paling pahit untuk diterima.. dengan berusaha menyelesaikan masalah, baru lah kita sebenarnya 'hidup'.

Itulah masalahnya.

Sekian, terima kasih. :-)

1 comments:

ummunabihah said...

marilah kita fikirkan penyelesaian kepada masalah2...yg tak bestnya bila stress datang, kepala kita akan dipengaruhi dgn emosi dan syaitan, perkara ni akan menambahkan stress lagi....

Post a Comment