07 January 2012

Pergi Zero to Hero Herbalife

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Hari ini dan semalam, aku telah dijemput oleh sahabat baik untuk menghadiri satu program yang dianjurkan oleh sebuah syarikat MLM terkemuka, Herbalife.


Bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Berlangsung selama 2 hari, dengan kehadiran yang mencecah hampir 1000 orang dari serata Malaysia. Memang tidak dinafikan ia merupakan program yang gah dan mengujakan, bagi sesiapa jua yang hadir.

Namun.. kehadiran aku bukanlah sebagai pengedar Herbalife, tapi sebagai.. ehem ehem tetamu jemputan, aka bakal pengedar Herbalife. Sungguh pun aku tidak yakin dengan bisnes ala MLM, tapi aku tidak mengehadkan diri aku untuk mempelajari bisnes MLM yang berjaya.

Dalam sesi ceramah semalam, ada beberapa nasihat yang diberikan kepada peserta akan cara-cara mengejar kejayaan.

1. Mesti menetapkan matlamat yang jelas. Visualkan matlamat itu dengan gambar. Tampal dan tayangkan di mana-mana untuk ditatap setiap hari sebagai peringatan diri setiap hari. 
2. Mesti yakinkan diri akan kebolehan diri untuk berjaya. Contohnya dengan memakai baju kot ketika menjalankan bisnes, berpakaian smart dan menyebut kata-kata positif pada diri sendiri seperti 'Aku boleh'.
3. Sentiasa rebut peluang-peluang meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri, seperti menghadiri seminar, kursus atau latihan, dari semasa ke semasa.
4. Sayangi pelanggan seperti melayani ibubapa sendiri. Namun pada batas-batas perniagaan sahaja.
5. Sentiasa bersikap professional seperti menepati masa, menunaikan janji dan memohon maaf jika berlaku salah. 

Ini adalah sebahagian ilmu yang aku kutip untuk aku laksanakan dalam bisnes sebenar aku nanti. InsyaAllah.

Patutlah Robert Kiyosaki menggalakkan orang mengikuti bisnes MLM kerana dalam bisnes MLM terdapat pendidikan pemasaran yang hebat kepada pengedar-pengedarnya. Aku mengakui kehebatan program 'mind-blowing' ini untuk menghasilkan pengedar-pengedar Herbalife yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Hm.. namun, maafkan aku. Ia bukan jenis bisnes yang aku cari. It is a very good business, with good support system, but .. it does not make you into a businessman, but a salesperson.

Terima kasih.

1 comments:

Post a Comment