Assalamualaikum.
Apabila aku diberitahu aku dapat sakit jantung, pasti aku kaget. "Aish! Yeke. Aku muda lagi. Takkan lah. Salah diagnosis ni.."
Apabila aku diberitahu jantung aku pada tahap teruk yang memerlukan pembedahan berisiko tinggi untuk memanjangkan tempoh keupayaan jantung aku, aku terkesima.
Gulp! Aku terkedu. Seteruk itukah jantung aku? Berapa lamakah aku boleh hidup? Betul ke doktor ni? Mungkin air mata mula bergenang di mata, mengenangkan betapa punahnya harapan dan cita-cita yang dikejar selama ini. Masa depan sudah terasa kelam.
Apa pula perasaan anda?
Sebenarnya bukan saya yang mengalami sakit jantung ni, tapi salah seorang staff tempat kerja saya. Orangnya kelihatan ceria dan rajin buat kerja. Baru beberapa bulan kahwin, tapi tak kuduga bahawa beliau diuji penyakit yang berat seawal usia semuda itu..
Terkedu, tergamam dan sebak mengenangkan kesusahan dan dugaan penyakit yang beliau tempuhi.
"Saya bukan taknak anak, tapi.. (dalam suara sebak) doktor kata jantung saya tak kuat untuk melahirkan anak secara biasa."
"Doktor nasihatkan agar dibuat pembedahan ganti injap jantung dahulu sebelum mengandung untuk mengelakkan jantung daripada terus bengkak dan lemah."
Aku amat memahami maksudnya, lebih daripada beliau ketahui. Sebenarnya jika beliau tidak jalankan pembedahan berisiko tinggi itu, jantungnya akan terus membengkak dan lemah ibarat jantung orang tua. Apa erti badan sihat dan kuat dengan tenaga remaja seusia 20 an, tapi jantung dah lemah ibarat berusia 60 tahun?
Tetapi.. risiko pembedahan itu pula.. kebanyakannya boleh membawa maut! Bayangkan baru berumur 20 an, dan masih dalam suasana harmoni dan manis percintaan berumahtangga, terpaksa memilih keputusan antara hidup dan mati..!!
Itulah dilema yang dihadapi seorang wanita muda yang mengidap sakit jantung (Chronic Rheumatic Heart Disease).
Mari kita doakan agar beliau tabah dengan ujian yang dihadapinya dan diberikan kehidupan yang baik seperti insan sempurna yang lain. Amiinn...
0 comments:
Post a Comment