12 February 2012

Menghitung Detik..

Assalamualaikum.


Hari ni adalah hari terakhir aku buat onkol di hospital daerah kerajaan. Setelah hampir 4 tahun bersengkang mata tengah-tengah malam, akhirnya dapat jua aku berehat malam-malam tanpa diganggu. Alangkah nikmatnya tidur pada malam yang tidak perlu lagi risau dengan keadaan pesakit di dalam wad, juga risau akan keadaan pesakit yang mungkin masuk dalam wad.



Jam menunjukkan detik 10.30 malam, bermakna masih berbaki 9 jam 30 minit sebelum aku dapat menarik nafas lega.

Tik.. tok.. tik.. tok..

Hm.. ramai juga yang bertanya, apa yang aku akan buat apabila sudah berhenti kerja? Mungkin ini juga soalan yang anda mahu tanya. Yelah, pada dunia zaman sekarang di mana orang sebaya aku ni sepatutnya berusaha gigih bekerja mencari rezeki buat menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga. Tetapi sebaliknya, aku pulak minta berhenti kerja.

Sebenarnya tiada istilah berhenti kerja pada aku, cuma beralih bidang dan fokus. Apakah aku akan berhenti daripada buat apa-apa jua kerja? Adakah kerja makan gaji hanya satu-satunya kerja yang ada di dunia ini? Tidak.. aku cuma berhenti bekerja mengikut kehendak kerajaan kepada bekerja mengikut kehendak sendiri. Aku punyai cita-cita dan impian yang pasti akan terkubur sekiranya aku terus-menerus bekerja untuk kerajaan.

Cita-cita dan impian aku itu perlukan fokus, masa, tenaga dan perhatian daripada aku untuk aku jayakan. Aku mahu alihkan segala keupayaan aku kepada apa yang aku percaya dan aku yakini, berbanding apa yang kebanyakan orang percaya.

Namun, aku tidaklah sebodoh itu berhenti kerja tanpa persediaan apa-apa. Memang ada risikonya apabila berhenti kerja makan gaji, dan bekerja sendiri. Sebab itulah baru sekarang aku dapat melepaskan pekerjaan yang telah aku pikul selama hampir 4 tahun. Perlaksanaan tanpa persediaan hanya mengundang padah.

Aku merasa sedikit gembira kerana merasakan hala tuju kehidupan aku kini berada di genggaman aku semula. Aku rasakan kebebasan untuk melakukan apa jua aktiviti yang aku idam-idamkan selama ini. Aku mahu sambung belajar tentang ilmu agama dan ilmu kewangan dengan lebih gigih dan fokus lagi. Aku mahu tunaikan segala kewajipan agama aku dengan sebaik mungkin. InsyaAllah, aku mahu laksanakan solat Subuh berjemaah di masjid setiap hari. Aku juga mahu hidupkan usrah magrib dalam keluargaku semula dan kali ini lebih tersusun dan menarik! Aku mahu bersenam dan meningkatkan stamina badan aku. Aku tak mahu perut ini terus membuncit, kerana kajian perubatan mendapati perut yang buncit melebihi 80cm mengundang padah sakit jantung! Ya, aku mahu berikan masa & perhatian kepada tubuh badan sendiri untuk lebih sihat.

Dan.. macam-macam lagi. Seronoknya :)



1 comments:

Anonymous said...

salam..saya da berhenti kerja jugak..tp da xde rase nk smbung blaja..tunggu kawen je..tu pon bulan 6 2013..do u think it is necessary utk seorang perempuan mmpunyai pekerjaan?

Post a Comment