05 March 2012

Berlalu 5 Hari..

Assalamualaikum..

Pengembaraan yang penuh makna.

Hari 1
 Berjumpa kenalan baru semasa di Softskill Training anjuran Great Eastern Takaful. Tujuan untuk bertanyakan tentang takaful Great Eastern dan kerjaya sebagai ejen Takaful Great Eastern. Alhasilnya, aku dipertemukan dengan konsultant syarikat ejen takaful mereka (al-Muaz) dan apa yang banyak diceritakan adalah... cara mendapatkan pelanggan takaful! Dijanjikan pulangan pendapatan RM1,000,000++, dengan syarat berjaya mendapatkan 312 orang pelanggan takaful yang konsisten menabung dalam takaful selama 6 tahun.
Kepenatan, aku balik menumpang tidur di rumah kakak di Cheras.

Hari 2
Sekali lagi berjumpa dengan konsultan berkenaan, dan kali ini diminta pula mendapatkan pelanggan sebanyak 2-3 orang sehingga pertemuan seterusnya iaitu minggu depan. Hm.. sebaik selepas pertemuan kedua ini, aku sudah tawar hati dan memutuskan bahawa takaful bukan bidang aku. Namun, aku akui takaful berguna apabila aku ditimpa bencana kelak. InsyaAllah, aku setuju jadi pelanggan takaful tetapi bukan ejen takaful.
Kemudian, meluru ke Bangi untuk berjumpa dengan seorang penuntut separuh masa di INSPEN (Institut Penilaian Hartanah). Hasil perbincangan.. menunjukkan banyak perkara yang dipelajari di INSPEN itu lebih kepada untuk mempersiapkan seseorang menjadi ejen hartanah yang berkelayakan dan sah, serta membolehkan seseorang itu membina dan menguruskan syarikat ejen hartanah sendiri.
Hm.. Beliau mencadangkan agar aku membaca buku karangan Milan Doshi dan Renesial Leong untuk mempelajari selok-belok pelaburan hartanah. Sebenarnya aku tak fikir aku sesuai menjadi ejen, cuma ilmu pelaburan hartanah itulah yang aku cari sebenarnya.
So.. keputusannya program separuh masa di INSPEN itu mungkin tidak sesuai untukku.

Hari 3
Rehat. Melayan anak sedara dan merapatkan ukhuwah sesama adik-beradik. Tanpa ditunda-tunda, aku membeli buku Milan Doshi tu, baca sampai pukul 3 pagi. Hehehe. Tu pun tak habis lagi.

Hari 4


Pergi Seminar Marketing Power anjuran Dr Azizan, bersama-sama adik dan abang. Fuhhh! Ceramah yang bertenaga dan sarat dengan cebisan ilmu yang dicari-cari. Apa yang menariknya, beliau memberikan keyakinan kepada aku untuk memulakan usaha bisnes! Memang dah lama terfikir nak buat bisnes, cuma tak yakin dan ragu-ragu dengan kebolehan diri.
Abang aku pun berkobar-kobar lepas pergi seminar ni. Hehe, semoga sama-sama berjaya.

Hari 5
Kembali menemui isteri dan anak-anak. Rasa seperti dah lama terpisah.

Hasilnya
Aku kini lebih yakin dengan diri sendiri. Aku rasa tidak sia-sia aku pergi kerana mendapat ilmu baru dan menampakkan jalan hala tuju aku pada masa akan datang. Aku berpuashati dengan diri aku kerana berjaya melawan sikap malu dan malas, dan berjaya menepati masa yang dirancangkan.

Alhamdulillah.

2 comments:

KAM said...

bagus... kita kena start berfikiran jadi CEO..
X)

Siti Ejen Hartanah said...

Wah bagus entri tuan, penuh inspirasi...

kalo ada yang kata ejen insurans ataupun takaful saya minta diri dulu sbb dulu pernah kena main ngan ejen. tapi sekarang dah paham...

Post a Comment