02 November 2011

Iman.. Hati Ini Merindukanmu

Assalamualaikum w.b.t.

Agak lama juga aku mendiamkan diri. Bertapa seketika untuk mencari kekuatan diri yang baru. Memang sukar untuk bangun sesudah jatuh, namun kita tidak akan dapat berjalan tanpa berdiri semula terlebih dahulu. Itulah lumrah kehidupan..


Dalam mencari kekuatan, kutemui fitrah diri yang mahu kembali menyucikan diri dengan beruzlah kepada Penciptanya. Sememangnya hati kita akan sentiasa gundah gulana selagi hati kita tidak berpaut pada Tuhan Yang Esa.

Aku merindui zaman persekolahanku dahulu..
Aku merindui diri aku yang bangun pagi awal-awal subuh untuk menyahut panggilan Ilahi..
Aku merindui diri aku yang duduk berteleku membaca Ma'thurat selepas solat Subuh berjemaah dengan hati yang memuji-muji kebesaranNya..
Aku merindui keresahan hati untuk bersegera bersolat ketika laungan azan kedengaran..
Kerana... semua itu memberikan ketenangan jiwa dan menguatkan hati.

Aku masih teringat pada suatu pagi di asrama SAMBEST USJ 5, di mana aku dikejutkan oleh laungan zikir bertalu-talu yang berkumandang dari speaker musolla pukul 6 pagi. "SubhanaAllah.. SubhanaAllah..", masyaAllah, betapa tenangnya jiwaku pada hari itu. Terasa bergetar hati mendengarkan alunan zikir sehingga menitis air mataku ketika itu. Syahdu.. indah.. tak tergambar dek kata-kata.

Aku rindu pada jiwa yang tenang itu..
Adakah itu 'kemanisan iman'?

Alangkah malangnya diriku yang telah alpa dan lalai..
Ya Allah, berikanlah daku petunjuk-Mu..



2 comments:

Unknown said...

are u in problem doc?

ummunabihah said...

manusia...memang mudah lupa....bila hati terasa jauh dgn Allah....hmmmmm....

tapi dr satrian ada keluarga yg bole bantu dia kalo ada masalah...

Post a Comment