10 January 2012

Kisah Baby Yang Malang..

Assalamualaikum.

Aku onkol semalam. Memang memenatkan. Itulah lumrah onkol, penaaattt.... Apa tak penatnya bila asyik ke hulu ke hilir, bila dah nak berehat, tak sempat lelap mata, dah kena panggil. Memang penat, dan kadang-kadang naik gak 'temper' aku, tapi cukuplah aku sekadar bersabar dan fokus kepada menolong pesakit dan staff-staff aku.

Aku bukannya pakar yang dah cekap buat kerja, tapi aku tahu buat kerja. Bila bebanan kerja melebihi kemampuan aku, aku utamakan yang penting dahulu berbanding yang kurang penting. Kalo orang tak puas hati dengan aku, apa aku nak buat? Sabar jela dan bermohon kepada Allah agar diberikan petunjuk dan kekuatan untuk memperbaiki kelemahan diri. Itu yang boleh menenangkan hati aku, tanpa perlu melepaskan kemarahan tak tentu hala.

So, nak dijadikan cerita. Ada pesakit mengandung (nama dan identiti pesakit tidak akan didedahkan demi menjaga etika perubatan) datang dah nak bersalin. Bila check pintu rahim, mak oi! dah 9 cm. Contraction strong, CTG .. hm.. poor contact. Macam deceleration pun ada. Selaput air ketuban masih ada, dan bila dipecahkan.. MMSL!!!

(Info : Sila lihat di bawah untuk penerangan berkenaan pintu rahim, CTG dan lain-lain).

MMSL adalah indikasi untuk dibuat pembedahan Ceaser, kerana itu menandakan keadaan bayi yang nazak dalam perut. Maka, perlu dikeluarkan segera. Tetapi oleh kerana, pintu rahim sudah hampir penuh, aku ambil risiko untuk membenarkan beliau melahirkan anaknya di wad aku.. dan tak sampai setengah jam, baby girl dapat dilahirkan.

Tapi... baby tak menangis!! (Kalo baby tak menangis selepas bersalin, peparunya tak dapat mengembang dan baby boleh mati kerana tak dapat oxygen.)

So, aku pun mulakan prosedur resusitasi - direct suction memang keluar meconium (taik) dia daripada peparunya. Itu maknanya najis yang keluar semasa dalam perut ibunya telah disedut masuk dalam peparunya menyebabkan baby itu tak dapat bernafas, maka tak dapat menangis.

Pastu, keadaan dia bertambah pulih selepas berjaya keluarkan meconium tu. Namun, dia masih tak dapat bernafas dengan baik. Akhirnya tiub pernafasan dimasukkan ke dalam kerongkongnya (intubation). Dan selamat dipindahkan ke unit rawatan rapi Hospital Besar.

Namun.. aku dapat panggilan yang baby itu mengalami pendarahan teruk dalam peparunya. Aduh.. adakah dia akan selamat? Pada aku, memang poor prognosisnya, tapi kuasa Allah lebih mengatasi segala-galanya.

Jadi.. moral of story: Allah lebih berkuasa ke atas segala-galanya walau pun kita telah berusaha mengelakkan segala musibah. Kita cuma perlu belajar redha dengan ketentuan Ilahi dan serahkan kembali urusan hidup mati kepada Allah.

*Yang tak bestnya, aku terpaksa la buat persediaan untuk kes ini dibentangkan pada pihak atasan nanti. Aku sudah buat yang terbaik ikut kemampuan aku, jadi aku berserah kepada Allah untuk menentukan nasib baby yang malang itu..

Info..:
#Apabila seorang ibu mengandung mahu bersalin, pintu rahim akan terbuka sedikit demi sedikit dari 0 cm sehingga 10 cm (full). Apabila pintu rahim sudah sampai 10 cm, maka barulah dibenarkan untuk meneran keluarkan bayi.
#CTG = cardiotocograph. Ia adalah sebuah catatan alat yang memantau denyutan bayi dalam perut dan kekuatan kontraksi rahim. Poor contact bermaksud alat CTG ini tak dapat mengesan denyutan bayi dengan baik. Selalunya disebabkan kulit perut yang tebal, atau gangguan alat komunikasi.
#MMSL = moderate meconium stained liquor, bermaksud air ketubannya telah dicemari najis bayi yang masih dalam perut. Sepatutnya bayi yang sihat tidak mengeluarkan najis (berak) dalam perut. Kalau sudah berak, biasanya itu menandakan bayi dalam keadaan yang tidak sihat. Keadaan akan lebih teruk lagi sekiranya bayi itu menelan pula najis dalam air ketuban itu dan mnyebabkan saluran pernafasannya tersumbat akibat najis itu.

Itulah kisah Meconium Aspiration Syndrome yang aku terima semalam. Ya Allah, Kau selamatkan bayi itu agar dapat beliau menjalani kehidupan ini dengan sempurna.

5 comments:

nyapo said...

xpe.. apa yg brlku pasti ada hikmahnya.. doktor dah cuba yg terbaik. cerita doktor ni buatkan saya rasa lebih menghargai hidup saya, doakan saya juga berjaya menjadi doktor muslimah yang membawa kebaikan kepada masyarakat. Aminn.salam ,good luck ;)

KAM said...

menarik2.. tak sangka banyak kisah2 doktor yg tak diceritakan di khalayak umum.. XP

Anonymous said...

klu sy yg berada di tempat dr...mesti sy panic n rse sedih sgt ngan nasib baby tu..tugas dr ni mmg sgt2 la mencabar...between life n death..pe pun, tahniah! u have done ur best..move on, Allah never test beyond our strengthness..believe in that..=)

btw, bentang kt pihak atasan tu mcm court doktor ae? mcm dlm cite "scrubb" tu ae?hehe

-nurin-

amin said...

sadis nye...

Anonymous said...

pulmonary hemorrhage.. satu perkara yg sangat ditakuti oleh Peads team sebab susah nak manage.. bagi surfactant, tak kena... ventilate lama-lama, tak kena.. kadang-kadang kami merelakan 'baby-baby' yang kena pulmonary hemorrhage pergi berjumpa Yang Maha Penyayang sebab kalau survive, hidup mereka pasti suffer..

Post a Comment