12 February 2011

Org Kahwin Bercuti..

Assalamualaikum.

Masa bujang-bujang dulu, cuti memang menyeronokkan. Banyak perkara boleh dilakukan untuk memenuhi impian dan keinginan diri yang dipendam. Mungkin pada masa itulah, kita boleh mengembara seperti kebanyakan kawan-kawan saya yang masih bujang. Rasa seronok tengok mereka berjalan ke sana sini. Kalau yang ada minat tertentu, pada masa cutilah mereka dapat melakukan aktiviti yang mereka sukai. Contohnya memancing di laut, macam bos saya dulu, pakar surgery. Hehe. Bagi yang masih ada ibubapa, itulah masanya untuk membawa ibubapa berjalan-jalan atau mungkin sekadar melawat.

Cuti memang menyeronokkan, terutamanya buat yang masih bujang lagi. Cuti yang mereka dapat memang untuk diri mereka.

Tetapi bagaimana pula cuti bagi yang dah berkeluarga? Macam aku.

Hm. Sangat lain. Kalo dulu, aku dapat cuti bila ada kesempatan. Bila tiba hari cuti raya, maka bercutilah aku. Bila rasa dah bosan kerja je memanjang, ambik la cuti rehat sekali sekala. Tapi kini, cuti pun ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

Bagi pasangan yang dah kahwin, masing-masing ada ibubapa sendiri dan ibubapa mertua. Bila dah berkahwin, harapan ibubapa terhadap kita lebih tinggi, berbanding masa bujang dulu, untuk kita datang jenguk mereka. Mungkin masa bujang dulu, ibubapa anggap kita masih 'budak-budak'. So, biarlah 'budak-budak' tu belajar betul-betul atau kerja sungguh-sungguh.

Tapi bila dah berkahwin, ibubapa mula berubah tanggapan terhadap kita. Kita dilihat sebagai orang 'dewasa' yang ada tanggungjawab itu dan ini. Antara tanggungjawab itu adalah pulang ke rumah menjenguk mereka pada sekian-sekian hari dan berkala. Maka, kita kenalah memperuntukkan sebahagian cuti kita untuk menziarahi mereka. Apa yang terjadi padaku, aku hanya ada cuti rehat 30 hari setahun. Maka setiap bulan, aku cuma boleh mengambil cuti rehat 2-3 hari sahaja. Bermakna, aku cuma boleh berjalan jauh sekali sahaja sebulan. Dan.. biasanya ibubapa mengharapkan kita menjenguk mereka setiap bulan sekali. Lebih-lebih lagi bila gaji kita dianggap 'mewah'. Maka tiada alasan tiada duit, macam masa belajar dulu.
Jadi, bulan ini aku memperuntukkan cuti untuk balik ke johor, kampung isteriku. Dan bulan depan, untuk kampungku pula. Maka, cuti bukanlah suatu peluang yang datang untuk kemahuan diri sendiri, tapi lebih kepada memenuhi tuntutan tanggungjawab kepada kedua-dua belah ibubapa. Kerana kalau tak balik, cuti tu kena 'diganti'. Hehe. Kelakar lak ye. Cuti pun ada ganti-ganti jugak. Apa nak buat, kalo tak diganti, ada pihak yang bising pulak nanti.

Tapi, kalo ambik cuti untuk orang lain je, yang kita punya keinginan tak dipenuhi, boleh tensyen gak woo.. So, aku tetapkan lepas 1 bulan untuk ibubapa aku, 1 bulan lagi untuk ibubapa isteriku, dan lagi 1 bulan untuk kami sendiri...

Bukanlah aku mahu mempertikaikan apa yang sudah menjadi adat dan kebiasaan, cuma mahu mengulas apa yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang mahu mendirikan rumahtangga. Cuti di masa bujang, tak sama dengan cuti bila dah berkahwin.

Sekadar berkongsi :)

0 comments:

Post a Comment