Sekali pun aku dilahirkan di daerah yang dikira agak kekampungan, di mana adat dan tradisi masyarakat melayu masih kuat, aku masih banyak tak tahu tentang hal-hal orang kampung.
Nuja..
Mula2 bila aku dengar perkataan ni, tak terbayang langsung perkataan apakah itu. Apakah suatu alat? Nama binatang? Tapi rupa2nya ia adalah gelaran suatu perkejaan yang mulia. Ia adalah jawatan kakitangan masjid yang menguruskan hal-hal kekemasan, kebersihan, susunatur dan urusan teknikal program masjid. Dengan adanya nuja inilah, masjid kelihatan cantik dan bersih. Dengan tenaga merekalah, kita dapat solat dengan selesa. Dengan idea kreatif merekalah, tetamu wanita boleh bertukar pakaian dan bersolat di ruangan yang kemas ditutup.
Itu rupanya nuja..
Suatu tugas mulia, pada pandangan aku.
Dan, aku cuma mengetahuinya apabila ayah aku sendiri yang dilantik sebagai nuja. Syukur, katanya. Dapatlah dia menghulurkan bakti dan amal jariah pada kariah masjid.
Tadi aku pergi menolong ayah menuja. Tolong sapu sampah, bersihkan longkang yang tersumbat, cuci pinggan mangkuk yang berhabuk, susun kerusi-kerusi yang bertaburan, dll. Fuh, penat jugak.
Tapi aku merasai suatu perasaan yang berlainan daripada kerja di hospital. Kerja di hospital, aku rasa tertekan. Segala-galanya perlu tepat dan cepat. Segala-galanya dipertikaikan orang. Silap sikit, diungkit berulang-ulang. Bercakap lembut dan mesra pun dimarahi juga, sebab lambat jumpa doktor. Bila kerja cuba diringkaskan, ada pulak teguran yang kita ambil tulang masa kerja. Padahal, takkan la nak tulis karangan 300 patah perkataan setiap seorang pesakit macam masa jadi student dulu-dulu. Budak SPM pun diberi masa 45 minit untuk tulis sepanjang itu, tapi kalo cuma ada 2-3 minit je, camne nak tulis panjang-panjang oi. Kita tengok pesakit, lebih baik luangkan masa banyak dengan pesakit daripada menulis je. Ye tak. Kita tulis yang penting-penting cukupla, kan.
Ai.. itulah kerja di hospital. Tak habis-habis telinga ni mendengar komen. Orang tak memahami, dan memang tak akan faham pun keadaan kita kerana mereka tak duduk di tempat kita. Nak keluar makan saparan pun dikomen jugak. Bukannya 1 jam, cuma 15 minit je. Itupun aku makan masa awal2 pagi pesakit belum selesai urusan ambil darah dan perdaftaran. Kiranya belum ada lagi pesakit yang bersedia berjumpa doktor.
Ntahla.. tensen.
Tapi, tadi aku rasa lapang je. Rasa tenang je buat kerja. Sekali pun sapu sampah di bawah panas terik matahari, tapi aku rasa lapang. Tenang.. Tak risau apa-apa. Bila sampah dah buang, tempat masjid pun dah bersih, hati rasa puas. Gembira tengok hasil usaha sendiri memberikan kecerian dan kebersihan kepada masjid, tempat yang paling disukai Allah di atas muka bumi.
Seronoknya menuja..
4 comments:
baru juga pertama kali saya dengar apa itu nuja..selalu dengar kariah,bilal ,imam ajer..huhuhu
aku panggil 'noja'
ha ah..
'nhoja'
tapi saya dah search di kamus DBP.. tak ada lah pulak..
kat melake, die panggil noje...
Post a Comment