Bismillahirrahmanirrahim...
Hidup ini satu perjuangan..
Merempuh onak-duri di sepanjang perjalanan..
Menuju ke destinasi yang masih kabur dari pandangan..
Cuma apa yang dapat dipastikan..
Penghujungnya jalan ini adalah mengadap Tuhan Yg Maha Penyayang..
Dalam sesekali aku menerobos ruangan kekayaan..
Aku mudah lupa dan lalai dengan igauan keduniaan..
Harta, emas, tanah, dan wang mengilaukan pandangan..
Tapi hati semakin resah, tetap tak keruan..
Sering tertanya-tanya apakah belum cukup lagi apa yang aku dapatkan..
Apakah belum kujumpai lagi apa yang engkau mahukan..
wahai sang hati yang budiman..
Kekadang aku juga jadi keliruan..
Dalam usaha mencangkul harta jutawan..
Dengan peluh keringat menitis meragut kesabaran..
Dengan kaki dan tangan yang semakin lemah hendak diteruskan..
Hatiku berbisik perlahan..
Apakah ini yang aku mahukan..
Apakah ditinggalkan anak dan isteri itu berpatutan..
Apakah harta yang dicari itu jawapan..
Apakah yang engkau mahukan..
Wahai sang hati yang budiman..
Buat menenangkan dirimu yang sering keresahan..
Kerana jalan yang sedang kulalui semakin berat kurasakan..
Hendak diteruskan tapi semangat sudah mulai kelesuan..
Hendak berhenti namun sudah tiada jalan pulang..
Hanya satu sahaja pilihan..
Terus ke hadapan..
Namun yang menjadi persoalan..
Ke arah manakah harus menjadi tujuan..
Sudah kutahu mengadap Tuhan itulah akhir perjalanan..
Namun jalan-jalan ke sana masih tak kelihatan..
Aku risau takut tersesat ke hutan..
Dan syaitan meloncat gembira mentertawakan..
Ya Allah.. Engkaulah tempat ku memohon panduan..
Tunjukkan daku jalan penyelesaian..
- Nukilan : DrSatrian al-Madah al-Pujangga
2 comments:
amiin....
Ya Allah, kau berikanlah petunjuk kepada hambaMu yang lemah dan tak terdaya ini....
sesungguhnya hanya Kau maha mengetahui segalanya....
jgn mudah putus asa dalam mencari rahmatNYA....
ingatlah di kala drimu belum alpa, di mana dirimu...adakah ingatnmu padaNya lebih dari sekarang?
sesungguhnya dengan mengingatiNya, hati akan tenang....
jgn mudah berputus asa sebelum kau buat apa2.....
jgntakut pada kegagalan kearan ia pasti akan menjadi batu loncatan utk terus maju lagi....
http://ayapics.blogspot.com/..:P
Post a Comment