Kali ni, saya tak sabar-sabar nak berkongsikan pengalaman saya sendiri melihat pesakit yang jatuh collapse depan mata, dan berjaya 'dihidupkan' semula. Memang terasa takjub akan kebesaran Allah yang menghendaki kematian pada waktu yang ditentukan-Nya.
Untuk makluman, saya onkol semalam dan telah tido bermalam di hospital dengan amannya malam tadi.
Bermula seawal 6.45pagi, saya dikejutkan oleh panggilan kecemasan berkenaan pesakit yang mengalami sesak nafas.
"Dr, minta tolong datang Kecemasan. Ada sorang pakcik ni, tengah sesak nafas. Dah bagi Hydrocortisone, dan Nebulizer, tapi masih tak baik-baik lagi. SpO2 dia cuma 90% je, bos. Itu dah under High-Flow Mask!" keluh petugas MA yang menjaga ED pagi tadi.
Gulp! SpO2 90% je??!
Mata saya terus terbeliak, dan jantung mula berdegup kencang. Oh! Tidak. Bunyi macam kritikal je pesakit ni. Kalo tak buat sesuatu, boleh pengsan dan mati pakcik ni.
(SpO2 adalah ukuran kepekatan O2 dalam darah, di mana adalah penting untuk mengekalkan kepekatan O2 pada paras 95 - 100 %, supaya sel-sel badan dapat meneruskan aktiviti metabolisma yang menggunakan O2. Jika O2 kurang, sel-sel boleh mati dan organ boleh berhenti berfungsi. Jika organ jantung dan otak yang mati, maka tamatlah riwayat pesakit itu.)Selesai solat Subuh, saya bergegas ke Unit Kecemasan. Hati dah mula resah. Sampai sahaja di Kecemasan, saya dapat lihat seorang pakcik yang kelihatan tercungap-cungap sedikit di atas katil. Dia sedang duduk, tapi masih sedar dan boleh bercakap. Cumanya nafasnya pendek-pendek. Unable to complete 1 sentence!
Dia ngadu ada batuk-batuk berkahak hijau selama 3 hari sahaja. Tiada demam atau selsema. Selera makan dan berat badan tak berubah, macam biasa. Tiada batuk berdarah. Dia perokok tegar! Namun, tak pernah ada sakit apa-apa sebelum ini. Tak pernah mengalami sesak nafas begini. Tiada sakit dada, mengah, atau pengsan.
Bila saya periksa dadanya, saya dapat dengar rhonchi (bunyi nyaring) di seluruh dadanya. Ada sedikit crepitation (bunyi peparu berair) di dada sebelah kiri bawah. Tapi kaki tak bengkak (No pedal oedema). Perut pun tak keras, soft je. Hujung kaki dan tangan agak sejuk, mungkin hawa air-cond dalam Kecemasan yang membuatkannya sejuk.
(Lebih kurang macam ni la pakcik tu masa tengah diperiksa. Macam Ok je, ek?) |
BP 120/80.
HR 125.
SpO2 91% (on HFM = High-Flow Mask). High-Flow Mask adalah bantuan pernafasan luaran yang menyalurkan 100% O2 kepada pesakit melalui topeng muka (Face Mask). Ini adalah tahap tertinggi bantuan O2 luaran, yang mana jika masih tak membantu, maka langkah seterusnya adalah Intubation iaitu menjolok tiub pernafasan terus ke kerongkong pesakit.
Hm.. keadaan pesakit tak bagus, getus saya sendirian.
Bila saya belek xray dadanya.. Masya-Allah, kotornya... It is very 'dirty', in a sense that multiple patchy hazziness throughout the whole right lung and lower half of left lung. There is round patchy consolidation over the left upper zone as well. Secara automatik, first impression saya adalah Pulmonary Tuberculosis. Tapi boleh jadi Bronchopneumonia.
(Macam ni lah rupa xray pakcik tu. Tapi sebelah kiri nampak clear sikit.) |
IV Cefuroxime 1.5g stat juga diberi, kerana rawatan awal untuk sepsis adalah early antibiotic administration. Better give now, rather than wait blood test to show up. Nothing harm.
Nebulizer Salbutamol + Combivent diberi selang-seli berterusan.
Ketika saya berkira-kira nak bagi IV Aminophyline sebagai senjata terakhir sebelum intubate, Tiba-tiba...
"Huargh..!" Pakcik tu tiba-tiba menjerit macam harimau, dan pengsan. Muka biru dan look very painful. Nampak salur darah di leher membengkak (distended neck vein). Dan.. pesakit tak bernafas.
Alamak! Apehal pakcik ni? Tetiba je pengsan. Dia dapat cardiac arrest ni! Argh.. Nape? Salah ke bagi MgSO4? Ke Nebulizer terlalu banyak sangat? Ke dia dapat serangan sakit jantung plak? Nape dia pengsan? Nape dia pengsan? Apa yang berlaku sebenarnya???!!
Saya memang cuak giler, masa tu. Kelam-kabut dibuatnya. Bila check nadi, no pulse!! Tanpa berlengah, saya terus mulakan tekan tubi (CPR=Cardiopulmonary Resuscitation).
BP.. HR.. SpO2.. semua undetected!
No spontaneous breathing. Pesakit tak bernafas langsung!
Seolah-olah... pakcik tu dah MATI!!
"Arghh...! Tidak! Pakcik, Jangan mati.. Tolonglah pakcik, jangan mati..", Saya menjerit dalam hati, sambil tekan dadanya kuat-kuat. Saya betul-betul mengharapkan agar pakcik tu hidup semula, walau pun hati kecik dah kata.. "Macam dah mati je pakcik ni".
Secara kebetulan, isteri saya juga turut berada di situ. Dia menjerit suruh tengok cardiac monitoring....
Ventricular Fibrillation!!!
Sejurus itu juga, saya mengarahkan agar sediakan mesin Defibrillator. Voltan 200J disetkan, sebab guna Biphasic. Semua orang mula menjauhkan diri dari pesakit, untuk mengelakkan daripada kena renjatan elektrik. Bila saya dah sedia, dan 2 padel Defib sudah diletakkan di atas dada pesakit...
Charge!!
Ready!!
You clear.. I clear.. Everybody clear....!
SHOCK!
Sejurus renjatan elektrik berjaya dikenakan pada dada pakcik tu, sejurus itu juga badan pakcik tu terangkat. CPR diteruskan tanpa berhenti. Berpeluh-peluh aku tekan dada pakcik tu agar jantungnya 'hidup' semula. Tak lama lepas tu, cardiac monitoring menunjukkan...
Alhamdulillah. Leganya hati bila tengok pattern sinus rhythm tu. Itu menunjukkan jantungnya dah berjaya berdegup kembali. Syukur tak terhingga. Saya betul-betul tak sangka dengan sekali Defib, jantung dah boleh berdegup semula. Sungguh Maha Hebat Engkau ya Allah, yang menghendaki kematian buat sesiapa yang Engkau kehendaki. Sekali pun saya dah hampir putus asa dan betul-betul menyangka pakcik ni meninggal dunia, tapi rupanya rencana Allah lebih tepat daripada statistik perubatan.
Syukur.. Lebih mengembirakan, pakcik tu dah boleh bernafas semula. Malah, dah boleh buka mata. Bila disuruh angkat tangan, pakcik tu boleh ikut arahan. Masya-Allah.. betul-betul hidup la pakcik ni, getus saya sendirian bagaikan masih tak percaya lagi. Saya tak sangka sungguh sebenarnya..
Itulah pengalaman saya hari ini. Pengalaman melihat manusia sudah diambang kematian, namun boleh kembali hidup seperti sedia kala.. kerana ajal belum tiba. Itulah pengalaman melihat takdir Tuhan yang mengatasi pengetahuan manusia. Memang dahsyat! Tapi mengajarkan saya suatu ilmu dan kemahiran yang tak ternilai. Syukur, Maha Besar Engkau ya Allah..
Fuh.. penat. Memang busy la pagi ni. Belum pun sempat saya menarik nafas lega, masuk pula seorang wanita muda yang terburu-buru masuk ke Kecemasan, sambil menjerit meminta pertolongan. Di tangannya, dikendong seorang budak kecil yang.. sudah tak bernyawa!
Ah.. sudah! Lagi satu kes resus.
Apakan daya, dah nasib badan. Itulah resmi kerja di hospital Tanjung Karang. Hanya yang kuat emosi dan kuat semangat je sesuai kerja kat sini, agaknya.
Ok. Itu sahaja. Amacam? 'Best' tak kerja hospital ni. Hehehe..
6 comments:
Tahniah dr!...good job!..Keajaiban "ALLAH SWT".
Masya-Allah, semua tu kuasa Allah je. Pada pendapat saya, macam dah takde je pakcik tu. Huuuhu.
mesti dr.dh lalui mcm2 kan,bukan semua org merasai pengalaman mcm mana dr lalui..itu satu rahmat yg Allah berikan pd org2 mcm dr..
vent fibrillation tuh...mmg Allah dah set ajal pakcik tu belum sampai lagi bro..
klo alin bukan takat cuak rasenye.dgn alin skali tompang katil sbelah pakcik 2.hu3
terus hilang SOB dia??!!
kena defib?
:)
Post a Comment