08 January 2011

Nikmat Post-Call..

Alhamdulillah.. Lega dah habis onkol.
Sejak mula2 jadi HO, onkol adalah satu tugas yang ngeri untuk digalas. Aku selalu rasa tensen bila nak onkol. Sehari sebelum onkol, hati aku dah frust. Tido pun tak lena sangat. Inilah waktunya aku selalu fikir nak berenti kerja, tapi terpaksa pasrah terima nasib begini.
Kenapa tensen nak onkol?
Mungkin cuma perasaan kita je kot, tapi bila terbayangkan onkol, apa yang terbayang adalah kes-kes yang kena Cardiopulmonary Resuscitation, kena intubate, kena pasang chest tube, kena refer sana, refer sini, dan macam-macam lagi. Memang tensen bila fikirkan kes2 macam tu, sebab yang kita pikul adalah tanggungjawabnya.
Bila pesakit mati, kita lah yang kena jawab. Bila pesakit tak dirawat dengan ubat yang lain, kita juga yang kena menjawab. Bila prosedur tak dibuat, kita juga yang kena jawab.
Tapi, bila pesakit dah sembuh, ada juga yang menhulurkan buah tangan kepada kita.. :)
Alhamdulillah, berakhir dah onkol aku semalam. Pulangnya aku bersama buah limau. Hehe.


Bila dah habis onkol, terbayang pulak duit RM170.. elaun onkol semalam.
Itulah nikmat postcall... ;)

3 comments:

zoul dahan said...

Masa saya houseman kat Muar dulu,
Saya suka on call hari Sabtu.
Pagi Ahad pergi bandar.
Makan satay dan mee rebus.
Lepas tu tidur sampai petang...
Elaun on call cuma 20 ringgit je masa tu.

Selamat berhujung minggu.

amin said...

musim tahun baru cine byk limau....dapat 1 peti ke?

DrSatriaN said...

Ala.. dapat 5 ketui je buah limaunye. Hm.. insyaAllah, lagi 2 tahun, saya akan menamatkan episod onkol dalam hidup. Hehe.

Post a Comment