20 January 2011

Cuti... Ye Cuti..

Alhamdulillah.. seronoknya bercuti..

Alangkah indahnya hidup jika boleh bercuti setiap hari..

Tapi.. itu bukanlah kehidupan namanya. Hidup ini perlu bekerja dan berusaha. Mencari sesuap nasi dari punca rezeki yang halal adalah tanggungjawab aku, sebagai suami. Isteri... tanggungjawab dia kat rumah sebenarnya, tapi aku relakannya bekerja untuk membantu kewangan keluarga sekali..
Sebenarnya aku kesian tgk isteri aku bekerja.. Dia selalu luahkan perasaan sedih dan kesal untuk bekerja. Diikutkan hatinya, dia mahu berhenti je. Tapi... bile terkenangkan RM250,000 yang menjadi cagaran seandainya kontrak dengan JPA ditamatkan di pertengahan jalan, aku pun.. terpaksa pujuk dia supaya bertahan.

"Ala.. 10 tahun tak lama. Kejap je." Padahal sendiri punya hati mahu berhenti esok jugak. Hohoho..

Tapi.. kdg2 aku seperti hilang arah tujuan. Kdg2 aku mempersoalkan apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup ni? Aku sendiri pun tak pasti sebenarnya. Memang byk perkara yang aku mahu buat, tapi bila difikirkan apakah yang aku mahukan sebenarnya, aku jadi sangsi sendirian.

Mak aku ni, bila tgk aku dah duduk rumah, mulalah beliau bercerita itu dan ini. Smpai ngantuk2 aku dibuatnya. Tapi bukan cerita-cerita gosip ke apa, tapi cerita pasal nak urus kewangan dan cerita pasal amalan sunat. Selalunya aku cuma mendengar je, masuk telinga kanan, kuar telinga kiri, tapi kali ni aku rasa lain plak. Hati aku rasa tersentuh lak dgn 'ceramah' mak aku. Insya-Allah, aku akan cuba turuti nasihat-nasihat beliau. Mungkin bila dah tua-tua gini, fikiran aku pun dah lain dan boleh terima versi 'ceramah' mak aku yang dulunya aku tak boleh nak paham2.

Apa pun, esok masih lagi cuti. Ye seronoknya..

2 comments:

SWEET HANIS said...

mcm berat masalah perasaan dr ni ye..hehe
selagi dr rase itu kebaikan dan kemahuan dari dr sdri..bermakna itu adalah jalan yg terbaik bg dr..jika masih sangsi lg..mohon petunjuk ALLAH..agar dia tenangkan hati dan perasaan dr..insyALLAH..kdg2 kite terleka sdri dgn perasaan dan hawa nafsu kite.

amin said...

ade ceramah ke...layannnn! hu hu...

Post a Comment