Beberapa hari yg lepas, ada sorg kawan baik saya bertanyakan tentang program ni. Jadi, kali ni saya nak berkongsikan perbualan saya dengan Pengarah Hospital Tanjung Karang, tentang bagaimana beliau berjaya menamatkan pengajian Public Health (Hospital Management and Health Economy)... ;)
Untuk makluman, perbualan ini dirakamkan melalui talian telefon.. :)
DrSatrian : Assalamualaikum bos, 'DrSatrian' ni. Maafla ganggu petang-petang ni.
Bos : Waalaikumsalam. Hah 'DrSatrian'. Ada apa hal? (bunyi macam tengah sibuk je).
DrSatrian : Gini.. ada kawan saya nak tahu camne nak apply untuk Master Public Health. Katanya cuma belajar 6 bulan jek. Yeke?
Bos : Eh, mana lagu tu. Belajar Public Health ni sama je macam belajar program Master yang lain. Tempohnya sekarang dah dinaikkan ke 4 tahun. Dulu ada la yang offer cuma 2 tahun, tapi sekarang semua dah tetapkan pada tempoh 4 tahun. Yang 6 bulan tu, mana ko dapat tahu? (Alamak, dah jadi 4 tahun ke sekarang. Lama tuh..).
DrSatrian : Oo.. gitu ke. Hehe, saya tersalah dengar kot. Tapi bos, camne cara nak apply program ni?
Bos : Buat masa ni, yang tawarkan program ni kat dalam negara ada kat 4 universiti ni je. UKM, USM, UM, dan UMS. So, kena dapatkan confirmation dalam jawatan dulu baru boleh apply. Ko dah kerja berapa lama? Dah confirm jawatan ke?
DrSatrian : Confirm? Apa tu? Tapi saya dah kerja dalam 2 tahun lebih. Kira dah confirm ke tu?
Bos : Ish! Ko ni pernah pergi kursus PTK tak sebelum ni? Confirm tu maksudnya 'pengesahan dalam jawatan'. Ko kena tunggu sampai orang pejabat bagi surat pengesahan dalam jawatan. Ini untuk melayakkan ko terima faedah-faedah penjawat awam dan melayakkan ko sambung belajar. Kalo takde 'pengesahan dalam jawatan' ni, ko takleh ambik program Master melainkan kena letak jawatan. Dah tanya pejabat pasal ko punya surat 'pengesahan'?
DrSatrian : Err.. nanti saya tanya ye bos. Ghehe.. (kantoi lak aku tak ambik berat pasal jawatan aku).
Bos : Hah, nanti tanya pejabat. Nak harapkan orang pejabat, diorang cover satu hospital. Mana dan nak bagitau sorang-sorang. Lagi satu, sekarang ni pengambilan untuk program Public Health dah mula susah. Ada interview nanti. Sebab sekarang dah ramai orang apply. List pun panjang. Mungkin dah ada exam atau kena bentang proposal sebelum dapat masuk program.
DrSatrian : Ye ke bos?! Camne bos apply dulu-dulu tu?
Bos : Saya jadi MO Ortho dulu sebelum mula apply program ni. Tapi dulu mudah sikit. Ada kosong je, terus dipanggil. Cuma letih la nak bahagikan masa study dengan kerja. Lagi-lagi masa tu saya dah ada family. Memang penat.
DrSatrian : Eh? Bos kerja lagi ke masa buat program tu? Kiranya bos masih dalam Kementerian Kesihatan lagi la walau pun tengah belajar?
Bos : Iyelah. Saya dulu bukan 'dalam kampus'. Saya masih kerja macam biasa, cuma bila kita dah lama buat sesuatu kerja, kita dah biasa dan kerja tu kita lakukan secara spontan je. So, kat situ saya boleh fokus pada study. Tapi memang kena sacrifice banyak, terutama pada family. Kena betul-betul pandai uruskan masa. Hm.. kalo pilih 'in-campus', kelebihannya boleh fokus pada study dan perkara lain. Cuma dapat gaji basic je. Elaun-elaun khas yang lain tak dapat, contohnya elaun kritikal. Gaji kita plak dibayar oleh KKM sebab kita masih dalam KKM lagi. (saya terlupa nak tanya tentang cara nak apply 'in-campus' dan apa kelebihannya).
DrSatrian : Oo.. kira bos kerja sambil belajar la. Camne bos bahagikan masa ye?
Bos : Ala.. ko pandai-pandai sendiri la bahagikan masa. Yang mana kena siapkan, siapkan dulu. Itu je. Sebab masa belajar nanti, ko kira belajar sangat mendalam dalam Public Health ni. Tak sama macam belajar masa student-student dulu. Sebenarnya, ramai yang drop-out masa belajar Public Health ni. Bukan sebab program dia susah, tapi sebab komitmen. Mana nak buat kertas kerjanya, pembentangannya, projek itu, projek ini. Dan lagi, ko kena baaaaaaaaanyak baca literature. Kena luangkan banyak masa untuk baca jurnal itu, jurnal ini. Bila tak rajin baca, susahla nak jalankan research. Ingat, buat master program ni kena buat research gak. Bukan senang-senang je. Tapi, ramai jugak yang berjaya sebab belajar Public Health ni tak perlukan skill banyak, cuma perlukan banyak knowledge je.
DrSatrian : Ooo.. terima kasih bos. Banyak maklumat berguna ni. Nanti saya bagitau member saya tu.
Bos : Kalo dia betul-betul berminat, suruh dia apply awal-awal. Sebab biasanya diorang (pihak universiti) dahulukan siapa yang senior dan siapa yang apply dulu. Kalo tak dapat tahun ni, cuba lagi tahun depan. Insya-Allah, boleh la dapat tahun depannya kalo tak dapat tahun ni.
DrSatrian : Ok bos. Nanti saya maklumkan. Terima kasih banyak-banyak, bos.
Bos : Sama-sama.
Itulah sedikit sebanyak info yang saya dapat. Di bawah ni ada brochure UKM pasal program Public Health. Yang kelirukan saya, kat brochure ni ditulis 4-6 semester. Masa saya belajar UKM dulu, 1 tahun ada 2 semester. Kalo camtu, program Public Health ni cuma 2-3 tahun je ke? Kenapa bos cakap 4 tahun?
Hm.. mengelirukan. Tapi takpe, jawapannya nanti akan saya update di artikel akan datang.
Terima kasih kerana membaca.. ;)
9 comments:
nk pursue dlm bidang ni ek?
kalau sekolah, pengesahan guru selepas 3 tahun, tp ada org cepat, ade org lmbt..nape ntah?
the very best of luck doc!! selamat blajar kembali..=)
hahaha...
belum ke kursus PTK lagi ya??!!
.
dulu2 tak dipanggil PTK..tapi best.. sebab boleh escape kerja 2 minggu time posting nephro..
saya ingin bertanya..hehe
kenapa seseorng doktor perlu mengambil program ni?
Zie : Saya tak pasti lg nak amik bidang ni ke tak. Cuma saje update utk kongsi info.
DrSinga : Hehe. Belum. Tp bos cakap PTK akan dimansuhkan. Maknanya kitorg kena cari CPD point kat seminar, kursus, CME, dll.
Sufi Ezani : Program ni adalah salah satu program lanjutan (Master) selepas tamat program pra-siswazah Medical Degree. Program ini melayakkan seseorg doktor tu menjadi pengarah hospital, kerana ia merupakan pengkhususan dalam management clinical hospital dan sumber-sumber/tenaga kerja hospital. Sekali pun sibuk dgn urusan pemtadbiran, namun gaji adalah di tangga UD54 iaitu tambahan lagi RM2000 kepada gaji saya sekarang. Huhu.. byk tuh! Dan lagi, tak perlu onkol atau jumpa pesakit. Tapi lebih pening uruskan manusia sihat drpd manusia sakit sebenarnya. Hehe..
ooo baru paham..hehe..
salam doc..nak tanye..kalo nak kerja kat jabatan kesihatan negeri pon kene amik kursus ni ke?? sy da mls nak keje on call sebenarnye..sy nak keje doktor tp ofis hour je..so sy ade byk mase ngan family.. thanx in advance
Kerja di JKN mmg office hours tapi ada bnyk travelling dan kursus or meeting yg bermalam yang kena tinggalkn family..ada bnyk juga kerja adhoc..elaun oncall tiada. So gaji kurang dr hospital..kalau sanggup boleh cuba. :)
Slm nk tnya. Ada kengkawan yg amik mph ni sebelum habis houseman. Amik kt private or overseas. Senang ke dpt kje klu xde apc. Klu senang, sy pon nk apply hehe. Thnks.
Thanks and that i have a super give: How Much Renovate House home remodeling contractors
Post a Comment