19 January 2012

Pagi Jumaat.. Menghitung Detik Berlalu.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Rasa tenang hari ni, tapi ketenangan ini tak akan kekal selamanya. Sedangkan Rasul pun diuji, apatah lagi kito la ni.

Hari ni, aku ambil cuti untuk urusan bank di Kuala Lumpur.

Dalam cuti-cuti, aku mengambil kesempatan untuk merehatkan minda dan memikirkan bagaimana agaknya kehidupanku nanti setelah melepaskan diri daripada tanggungan kerajaan...



Ni pergi minum nescafe pagi-pagi sebelum berangkat ke KL. Segar & nyaman. Kelihatan juga orang sekeliling yang berpakaian seragam minum beramai-ramai. Alangkah indahnya jika doktor pun boleh duduk minum ramai-ramai gitu, tapi mimpi jela. Takde masanya untuk minum pagi macam tu kalau kerja di hospital kecil ni. Makan karipap pun masa tengah berjalan ke Klinik! Itu pun kalo sempat beli. Haha..

Dalam perjalanan, aku mendengar syarahan Harvard Business School tentang sebuah kajian psikologi berkenaan orang-orang yang berjaya. Di dalam tu, didedahkan tentang minda orang berkembang atau 'growth mindset'.

Seorang pakar psikologi (aku tak ingat la namanya apa), mendedahkan dalam kajiannya bahawa orang yang berjaya sebenarnya mempunyai satu bentuk pemikiran yang berbeza, iaitu sentiasa berfikir bahawa diri masih kekurangan dan perlu diperbaiki. Maka, halangan dan kesusahan yang ditempohi dianggap sebagai cabaran untuk meningkatkan keupayaan diri. Sanggup menempuh kepayahan dan gembira apabila dapat memperbaiki kelemahan diri. Sungguh pun matlamat mahukan hasil yang berjaya, tapi tidak gentar dengan kegagalan akibat usahanya itu. Malah dia belajar sesuatu daripada kegagalannya dan berusaha lagi menuju matlamat.

Wow! Aku suka dengar isi ceramah ini. :-) Bila kita sentiasa berusaha memperbaiki diri, barulah kita rasa 'hidup'! Bukannya terbelenggu dengan kerja, kerja, dan kerja yang tidak memberikan peningkatan dan pembaikan dalam hidup kita. Bukannya hanya meneruskan rutin kerja yang sama berulang-ulang kali sehingga menjadi rutin hidup yang memusnahkan keupayaan kita untuk mengejar cita-cita. Akhirnya kita terbelenggu dengan hidup sedemikian sehingga kita tidak mampu untuk berusaha melakukan perubahan yang baik dalam hidup. Itulah yang membosankan!

Anda setuju? Argh! Peduli apa aku. Itu pendapat aku le.

Sekarang aku sudah tiba ke destinasi. Aku membayangkan bahawa setiap pagi dalam hidup aku mesti ada keazaman dan kemahuan untuk berusaha dan berjaya! Aku mesti berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri aku dan mengejar kejayaan dalam projek yang aku buat. Bagaimana aku akan mulakan pagi hari aku nanti setelah aku berhenti?


Yap! Sebuah laptop yang akan merakamkan hasil buah fikiran aku, buku-buku motivasi dan pencetus minda yang akan aku baca untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri, dan... secawan teh ais!

Yosh!!

1 comments:

ummunabihah said...

kene kurangkan minum air bersusu pekat dan ada ais....

Post a Comment