30 June 2011

Day 3.. Chicken Pox.

Assalamualaikum.

Hari ni hari ke 3 aku kena chicken pox. Peritnya..

Informasi

Chicken pox ni adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster, group Herpes virus. Biasanya penyakit ni kita panggil Cacar Air. Kalo korang nak tau, sebenarnya virus yang sama jugalah yang menyebabkan penyakit Kayap!

Apabila seseorang sudah terkena Cacar Air ni, virus itu tidak mati sepenuhnya dalam badan kita. Sebaliknya, ada sebahagian yang menjadi dorman (senyap membisu tanpa ada apa-apa aktiviti metabolisma yang aktif) dalam urat saraf kita (nerve). Bukan urat pembuluh darah ye. Jadi, apabila sudah pulih daripada Cacar Air, bukan bermakna virus tu dah takde. Namun, tidak diketahui secara jelas bagaimana virus itu menjadi aktif semula. Antara andaiannya adalah apabila tahap keimunan badan dah tak kuat. Apabila virus itu jadi aktif semula, maka muncullah Kayap kat badan orang tuh. Bukan semestinya Cacar Air lagi.

So, sape-sape yang dah terkena Cacar Air.. Jaga-Jaga! Virus tu mungkin masih ada dalam badan anda. Hehe.

Kadang-kadang orang tersalah faham.. macam contoh kes kat bawah ni.

Doc : "Ini kayap ni, pakcik."
Pakcik : "Oo.. Kayap ke! Ni mesti ako dapat dari si mamat tu. Hari tu dia pun dapat kayap jugak. Doktor bagitau. Aku dah suruh dia cuti, tapi dia degil jugak datang kebun aku. Sekarang aku plak kena kayap. Haish!"
Doc : "Er.. bukan gitu pakcik... pakcik penah kena cacar air tak sebelum ni? Ala yang timbul ruam-ruam bintik berisi air tu?"

Biasanya kayap timbul daripada virus yang sudah ada dalam badan kita (urat saraf). Bukan berjangkit daripada orang yang ada kayap. Kalo dapat jangkitan virus ini daripada orang yang kena kayap, kita akan mendapat Cacar Air dulu biasanya. Selepas beberapa ketika (biasanya bertahun-tahun), barulah dapat kayap.. Jadi, janganla dimarah mamat tu. Kesian dia nak cari rezeki. Padahal, Kayap tu berpunca daripada penyakit Cacar Air yang dah kena dulu-dulu tuuuu...

Pengalaman

Hari sebelum timbul ruam, aku dah terasa gatal2 sikit2. Tapi badan masih rasa sihat walafiat, jadi tak syak apa-apa. Tapi, makin lama makin banyak gatal sehingga aku mula curiga. "Banyak ke nyamuk gigit aku malam tadi?". Hari pertama timbul ruam, badan masih rasa kuat dan bertenaga. Tapi baru perasan ada blister (ruam bintik berisi air) apabila ruam berair pecah masa menggaru. (Terus call ketua.. minta MC daripada kerja untuk berehat.. eh, silap. Untuk mengelakkan orang lain kena jugak.

27 June 2011

Bila Tak Tido Tengahari..

MasyaAllah.. penatnya. Hari ni, aku terpaksa bekerja berterusan tengok pesakit kat wad sehingga pukul 2.30pm memandangkan aku terpaksa menjaga 2 buah wad (perempuan dan kanak-kanak). Dan, belum pun hilang penat, aku kena kembali kerja menyiapkan kerja-kerja yang berbaki dari pagi.

Kerja aku bukanlah kerja yang duduk ofis bawah air-cond tu. Kerja aku yang berlari dari hujung wad ke hujung wad tengok masalah pesakit. Bila sorang pesakit kat sini mengadu, aku pun bergegas ke sana. Belum pun siap periksa, pesakit kat sebelah sana pula sakit perut sangat. Aduih..

Kerja aku yang tak macam orang kat ofis berair-cond. Bila tiba pukul 1 pm, okeyy rehat.. semua kerja berhenti dulu dan boleh pergi berehat. Ya.. memang diperuntukkan jam 1pm hingga 2pm adalah waktu aku berehat, tapi... kalau kerja siap. Seandainya kerja aku tak siap-siap, maka tak berehatla. Nak dikato aponyo, dah koje jaga nyawa orang, boleh kor ditangguh-tangguh.

Mano boleh dikato...

"Ooit, jantung makcik! Sekarang waktu rehat ye jantung, so jangan buek perangai sakit-sakit. Makcik dan doktor nak berehat tengahari. Ok?!!"

Atau..

"Hei hei hei perut! Sekarang waktu doktor berehat, tak boleh mencirit lagi. Nanti tunggu doktor balik baru hang dok cirit-cirit sampai terguling-guling hang punya tuan badan."

Hm..

Penat..

Penat.....

Dan, sudah pasti aku tak dapat tido tengahari. Alangkah segarnya badan kalau dapat tido sekejap pada tengahari itu walau pun seketika cuma. Alangkah..

Dan alhasilnya.. aku terbaring kelesuan di atas katil je petang ni. Tertido.. Bila dah tertido pada waktu yang tak sepatutnya ni, mula la pening kepala.. mamai..

Ya Allah.. boleh jadi gila aku nanti. Rasulullah pun dah berpesan. Ish! Kesiannya diri aku. Kerja penat-penat tapi hanya memudaratkan diri sendiri je. Tak sanggup lagi aku... Arghhhhhh!!!

26 June 2011

Samsung Galaxy S II.. Wow!

Assalamualaikum.

Dalam perjalanan semalam, ada la jugak singgah One Utama Shopping Complex kat Damansara tu. Bila lalu sebelah kedai Samsung, tanya pasal smartphone terbaru diorang yang baru sampai Malaysia.

So, dapatla merasa pegang Samsung Galaxy S2.






Spesifikasi.. kira yang terpantas dalam dunia smartphone Android.

Apa Yang Best?

1- Laju dan pantas dan cepat dan.. Kelajuan processor dual core 1.2 Ghz memang menakjubkan. Klik, klik, klik.. takde hang pun. Best giler!

2- Paparan screen yang terbaik! Tak pernah aku tengok screen yang secerah Samsung Galaxy S2 ni. Rupanya diorang ada teknologi yang tak tertanding.. Super AMOLED PLUS! Sekali pun paparan cuma 800 X 540, tapi bagi aku paparan yang jelas pencahayaannya lebih menarik. Dan, bukan sahaja cerah dan jelas, tapi saiz besar.. 4". Memang puas mata memandang. Adios Samsung!

3- Boleh guna untuk Voice (call, SMS, MMS), dan Data (surf internet). Yela, kan namanya smartphone. Tapi aku compare dengan handphone cabuk aku neh, yang cuma support Voice. Hehe. Jangan mare.

Apa Yang Tak Best?

1- Harge.. RM2099. Gulp! Gaji separuh bulan aku wei!

In The End..
Wow...!

Dr Satrian
Tanjong Karang,
Selangor.

25 June 2011

Pesta Buku Selangor 2011..

Assalamualaikum.

Sepertimana yang telah dirancang, saya telah melawati Pesta Buku Selangor 2011 yang bertempat di Shah Alam Convention Centre semalam. Best.. dan Tak Best.


Apa Yang Best?
Fuh, banyak jugak gerai buku yang dibuka. Tak kurang juga, acara-acara dan ceramah yang diadakan berselang-seli turut memeriahkan suasana. Ramai? Tak dinafikan.. ramai giler manusia di sana. Nak jalan pun kena berasak-asak. Buku.. banyak, ada yang baru dan ada juga yang lama. Yang bestnya, ada buku-buku lama yang dijual pada harga yang sangat murah. Pada saya, as long as the information is there and valuable, I don't mind reading the old paper book/magazine. Contohnya kat gerai DBP, majalah-majalah lama dijual pada harga RM0.50 senashkah. Murah.. Ada juga buku bestseller, The Millionaire From The Different Planet, Azizi Ali, dijual pada harga RM5! Yosh! Tak rugi den datang.. Kalo anda nak cari buku-buku agama, memang sangat banyaaaaaak!

Dan.. Yang Tak Best.

Kebanyakan buku-buku yang dipamerkan adalah versi Bahasa Melayu (yang dialihbahasa). Pada saya, kalau buku English yang bestseller, adalah lebih puas membaca dalam bahasa English sendiri. Dan, memang kebanyakan buku-buku yang dipamerkan adalah buku-buku novel berbahasa Melayu (which not my favourite reading material at the moment). Buku-buku pasal ekonomi dan kewangan tak banyak. Agak menyedihkan.. 

But, Hey..

Namun, setiap sesuatu ada hikmahnya. Dan tanpa diduga, saya telah dijumpakan dengan peluang yang memang saya CARI-CARI! Ketika berjalan menuju mesin ATM, ada sebuah gerai pameran yang sedang mempromosikan kursus-kursus keusahawan anjuran MITI. Dan, memang warga bumiputra amat-amat digalakkan memandangkan dasar kerajaan yang mahukan keseimbangan ekonomi antara kaum. Dan.. that's is my lucky day, my friends. Well, I will talk about it later once I confirmed that they are not SCAM! Anyway, I wish they are really true.. Coz their program are soooooOo compatible with my working life.

In conclusion, I am not regret going there. Worth the troubles and sen. Adios!

Dr Satrian
Cheras, Kuala Lumpur

24 June 2011

Berjalan-jalan La Hari Ni..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dah lama merancang nak berjalan-jalan, akhirnya tiba juga saat yang dinantikan. Hehe. Then, the next big question.. Where am I going?

First...

(Pesta Buku Selangor. Yea.. nak beli bukuuuuuu..)











Then...

(One Utama Shopping Complex.. Ish, lebar betul senyuman bibir isteri aku..)

















Then.. maybe that's all. By the way, I am postcall today!!

23 June 2011

RM5000 pay?

Assalamualaikum..

Few days back, I've got approach from one of the biggest polyclinic in Malaysia (I thought so). It was the big boss who came to see me with some of his 'underlings'. Wow.. it was some experience for me.

It was started when I gave a call to their headquarters in Kedah, and put inquiry if they are taking chance to recruit new doctor under their company. Well, as you can guess, they were so pleased and welcomed me so much.

Not too long, their CEO had drive through all their way from Kedah down to Selangor, to see me. But I am not the only one, as they had other 2 interested people in Johor that they will meet soon.

So, by the time they reach my hospital (I had to make the meeting in my hospital as I am working that day), I saw their black sporty car with big tyres. Wow.... it is like some VIP guy that had arrived. And, I quickly greeted them to our discussion table (canteen's table, to be exact, ghee he he).

After talk... and talk.... and talk... they let me had my decision later. So, they left me with some few things that bug me till today..

Will a salary pay of RM5000 for 6 working days per week (with 3 days extended till 9pm) is worth the money?

I don't know.. It sounds nice, and not too low as you are back up with 30% profit sharing of your clinic revenue. But it is time that concern me. Is it worth the time to sacrifice when I have so much plans to do when I resign.. How about my dream to pursue study in business? How about my curiosity to attend seminars/talks/courses later on? How to give my full attention to my family? How am I going gardening like that? I don't know.. well, at least I am rest assured that I had my income secured with so much less of burden and hassle of hospital works and oncalls.

Should I sacrifice my youth's curiosity and learning eagerness with work, work, work, money, money, money?

I don't think so, but which is the best choice now for me? Quite difficult to answer. I have so much books to read, I have a bundle of seminars/talks I would love to attend to (which I have to postpone till I resign), I wish to join some training which later I could open up my own clinic/health centre, I would love to go gardening/farming and make it into business, and so much more.. All these dreams and ambitions, should I let them go? Or is there any other way around...?

Well, those two niggling question marks were quite disturbing, but yet there are some other more.

Does it worth the pay?

22 June 2011

Tenangnye..

Assalamualaikum..

Tenang rasanya minggu ni.

Itu pun disebabkan aku tak onkol sehingga hari jumaat ni. Kali terakhir onkol adalah ahad lepas. So, just a few days of free from staying awake at night made me feel soooOOoooOo GoOD!

Can you imagine when you are having a very nice dream on the hill of Cameron Highland and suddenly.. your phone ring at the middle of night.. 2 AM, 3 AM.. and you've got no choice but to pick it up as somebody's life may on the line.. and.. head still dizzy, eyes are so lazy and very very sleeeeeepy.. and..

"Dr, ada pesakit baru masuk wad, BP dia 80/50 la, pesakit tu tak duduk diam la. Tolong datang ye Dr."
"Dr, ada sorang baby ni branula dia tercabut. Saya dah cucuk 3-4 kali tapi tak dapat. Dia ada IV drip. Dr boleh datang tak cucuk kat baby ni?"
"Dr, ada banyak la result nak review. Saya bacakan ye.. TWC 20, Hb 12, Platelet bla, bla, bla.. Camne Dr? Ok ke sume result darah tu?" (Yang ni aku dah tak dengar sangat pasal otak masih ngantuk giler tak boleh nak fikir, pastu aku jawab.. "Ergh, awak cakap ape tadi ye? Boleh ulang balik").

Dan.. biasanya, aku kena gagahkan diri jugak untuk melawan nafsu ngantuk yang teramat sangat untuk tengok pesakit sendiri sebab aku tak pasti betul ke tak apa yang nurse aku bagitau.

And, when you have to wake up while you are already exhausted in the evening previously, it is really .. argh, tension!

That's why.. I feel so good these few days when my night sleep are not disturbed.. How wonderful life it is when you can sleep without anyone ever bug on you. Isn't it? Oh, I wish I can have my life back.

Thanks for reading.