30 June 2011

Day 3.. Chicken Pox.

Assalamualaikum.

Hari ni hari ke 3 aku kena chicken pox. Peritnya..

Informasi

Chicken pox ni adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster, group Herpes virus. Biasanya penyakit ni kita panggil Cacar Air. Kalo korang nak tau, sebenarnya virus yang sama jugalah yang menyebabkan penyakit Kayap!

Apabila seseorang sudah terkena Cacar Air ni, virus itu tidak mati sepenuhnya dalam badan kita. Sebaliknya, ada sebahagian yang menjadi dorman (senyap membisu tanpa ada apa-apa aktiviti metabolisma yang aktif) dalam urat saraf kita (nerve). Bukan urat pembuluh darah ye. Jadi, apabila sudah pulih daripada Cacar Air, bukan bermakna virus tu dah takde. Namun, tidak diketahui secara jelas bagaimana virus itu menjadi aktif semula. Antara andaiannya adalah apabila tahap keimunan badan dah tak kuat. Apabila virus itu jadi aktif semula, maka muncullah Kayap kat badan orang tuh. Bukan semestinya Cacar Air lagi.

So, sape-sape yang dah terkena Cacar Air.. Jaga-Jaga! Virus tu mungkin masih ada dalam badan anda. Hehe.

Kadang-kadang orang tersalah faham.. macam contoh kes kat bawah ni.

Doc : "Ini kayap ni, pakcik."
Pakcik : "Oo.. Kayap ke! Ni mesti ako dapat dari si mamat tu. Hari tu dia pun dapat kayap jugak. Doktor bagitau. Aku dah suruh dia cuti, tapi dia degil jugak datang kebun aku. Sekarang aku plak kena kayap. Haish!"
Doc : "Er.. bukan gitu pakcik... pakcik penah kena cacar air tak sebelum ni? Ala yang timbul ruam-ruam bintik berisi air tu?"

Biasanya kayap timbul daripada virus yang sudah ada dalam badan kita (urat saraf). Bukan berjangkit daripada orang yang ada kayap. Kalo dapat jangkitan virus ini daripada orang yang kena kayap, kita akan mendapat Cacar Air dulu biasanya. Selepas beberapa ketika (biasanya bertahun-tahun), barulah dapat kayap.. Jadi, janganla dimarah mamat tu. Kesian dia nak cari rezeki. Padahal, Kayap tu berpunca daripada penyakit Cacar Air yang dah kena dulu-dulu tuuuu...

Pengalaman

Hari sebelum timbul ruam, aku dah terasa gatal2 sikit2. Tapi badan masih rasa sihat walafiat, jadi tak syak apa-apa. Tapi, makin lama makin banyak gatal sehingga aku mula curiga. "Banyak ke nyamuk gigit aku malam tadi?". Hari pertama timbul ruam, badan masih rasa kuat dan bertenaga. Tapi baru perasan ada blister (ruam bintik berisi air) apabila ruam berair pecah masa menggaru. (Terus call ketua.. minta MC daripada kerja untuk berehat.. eh, silap. Untuk mengelakkan orang lain kena jugak.

2 comments:

ummunabihah said...

betullah apa yang org lama sering katakan, bila kita sudah kena chicken pox sekali takkan kena lagi....tapi bole kena kayap....

amin said...

minum air kelapa muda....kasi sejuk badan...

Post a Comment