17 June 2011

Ibubapa.. antara anak 'bujang' dan 'berkahwin'.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni, aku berehat. Namun rehat aku tak lah rehat seperti masa bujang dulu. Waktu rehat daripada kerja yang aku ada ni adalah peluang untuk aku menjenguk makabah dan merapatkan hubungan kekeluargaan. Sekali pun penat jugak nak berjalan jauh ke kampung, dan pastinya bukan duduk-duduk berehat kerana perlu jugak sinsing lengan baju hulur 'tangan' kat dapur/rumah, tapi itulah resam hidup orang berkeluarga. Sangat jauh beza kehidupan masa bujang dan selepas kahwin.

Memang jauh berbeza..

Kadang-kadang kita selalu terkeliru akan peranan kita yang telah berubah 100%. Kalau dulu, balik rumah duduk ngadap tv sepanjang hari tak menjadi masalah. Kadang-kadang ibubapa kita sendiri yang rimas kalo kita selalu menyampuk untuk berbual ketika mereka tengah sibuk di dapur. Tapi.. sekarang lain sekali. Bila kita balik ke kampung dengan status 'berkahwin', kita dianggap kurang sopan jika balik hanya sekadar duduk menonton tv tanpa berborak panjang dengan ibubapa.

Kita tak sedar.. rupanya ibubapa kita sudah berubah persepsi terhadap kita, walhal kita masih lagi kekal berstatus 'anak'. Bila kita balik, mereka rupanya sudah bersedia awal-awal untuk menerima kehadiran kita. Kalo dulu, mereka buat tak kisah je kita balik ke tak.

Itulah yang aku lihat bila perhatikan watak makabah bila adik aku (anak bujang mereka) balik rumah. Adik aku asyik duk ngadap laptop je main game, tak de kesah nak borak2 dengan makabah, tapi itu tak menjadi masalah.

Lain kisahnya pula jika aku yang balik kampung. Pasti kena duduk berborak panjang berjam-jam dengan makabah, seperti dilayan bagaikan tetamu luar. Jika aku dok syok sendiri je depan tv, pasti kedengaran suara-suara sumbang yang menuduh ketidaksopanan aku.. Haish! Aneh la dunia ni. Tapi itulah realitinya.. itulah hakikatnya yang aku perlu terima, setelah 'naik pangkat' ni.

Maafkan aku, makabah. Kerana aku tidak tahu itu semua, dan aku baru nak menyesuaikan hidup di 'alam berkahwin' ni.

*P/S : Suddenly, I feel jealous to my friends who not yet married. I wish my parent still treat me like I was before married. Hehe.

7 comments:

ummunabihah said...

memanglah lain...dulu kita ni anak teruna atau anak dara...sekarang ni dah jadi mak atau bapak org.....nak ke anak2 kita nanti jadi macam kita?
lagi satu, balik rumah ibubapa ni bukanlah cm masa study dulu...utk release tension..tapi sekarang adalah utk menunaikan tanggungjawab...release tension adalah masa bersama keluarga sendiri atau pergi bercuti....

dalamdiri said...

salam, sori keluar daripada tajuk ye.saya pernah baca pasal post yg pemilik blog ni perlukan kaunselor.kenapa tak refer hukm ye, sebab saya pun macam adik ni juga (masa sekolah dulu kurang keyakinan dan sebagainya) . Kawan yg keje bahagian psktrk hukm offer nak bagi treatment (padahal masa tu saya cuma mengadu tentang sakit hati dengan orang gaji sj). Saya takut org cakap saya gila. Dokt kawan sy tu kata org ramai salah anggap tentang psikiatris, yang sebenarnya mereka ni cuma bagi nasihat secara professional dan apa lagi ye..saya lupa term2 yang dia cakap tu.Ok..ni bukan komen nak suruh pergi, tapi nak dengar pendapat doktor pulak..sebab lepas saya pergi, saya rasa taknak pergi lagi (hehe, sori kalau dokt berkenaan baca ni, ubat yang aku makan tu buat aku rasa macam nak mati).

ummunabihah said...

actually...mmg psikiatri department merawat pesakit2 yang dah kronik...bknnya kronik drh tinggi atau kencing manis tapi perasaan dan mental.....
actually, kalo kita terlalu bermain perasaan ia akan naik ke kepala dan akan jadi teruk sehingga perlu rawatan mental...tu yang kene makan ubat...setiap ubat pasti ada side effectnya...
so, kita kene kuat sebenarnya...jgn biarkan perasaan menguasai diri kita sampai kita tak bole nak fikir dgn betul....
kurang keyakinan tu, berpunca dari pengalaman masa kecik kita kebanyakannya...tapi tu kisah lama jgn jadikan ia alasan...kita bole berubah sebenarnya..kita kene ingat yg Allah, iaitu pencipta kita memberitahu kita bahawa...tidak akan berubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mahu mengubah diri mereka sendiri....wallahualam

DrSatriaN said...

Owh! Ade pertanyaan rupanya. Maaf, terlewat balas. Hm.. betul, memang saya pun pernah makan ubat untuk tenangkan jiwa masa tu. But, ubat is ubat. It helps to control your emotion, but at that time, I know that it is not the medicine that I need. What I need is answers or guidance..
But I do still believe in medicine because it helped me before. It is just sunnahtullah. We ate the medicine, but Allah determines everything.

dalamdiri said...

Entahla. dokt (kawan saya tu suruh datang untuk nasihat saja rasanya mula2 tu), tapi lepas saya bersalin, keadaan teruk tiba2.tu kena makan ubat.
Tengok blog lama
http://ah-nizam.blogspot.com/search/label/seram

dalamdiri said...

ummunabihah,
macamana dengan pendapat ustaz2?yang mengatakan saya kena gangguan jin/saka/sihir dan sebagainya?memang takleh pakai ke?psikiatris memang tak percaya kot benda2 ni kan.jumpa ustaz, boleh meringankan saya walau minum air sejuk je, jumpa dokt, ubat dia tu. tobat saya tak sanggup makan kalau bayar sejuta pun.

ummunabihah said...

jin dan syaitan mmg wujud...itulah musuh kita yng nyata....dia akan berusaha menganggu dan myesatkan kita sampai bila2...mereka akan ganggu kita dari kanan dan kiri,depan dan belakang serta dari bawah....bukan dari atas....maknanya kita kena byk berdoa...hanya itu yang tiada hijab utk sampai kepada Allah...ustaz2 tu pun akan bagi ayat2 al quran yang dibacakan dalam air....tu adalah bagus...kerana molekul air akan jadi sgt cantik bila dibacakan ayat2 Allah....tahu tak cerita seorg profesor ttg molekul air yang dibacakan ayt2 Allah???.....kita berusaha...tapi jgn sampai percaya perkara khurafat....wallahualam

Post a Comment