Assalamualaikum semua..
Semoga sihat dan ceria sentiasa.
Yes!
Walau pun aku cuma membuat keputusan dalam hati, tapi keputusan itu telah mempengaruhi fikiran dan emosi aku, yang secara tak langsung menampakkan di hadapan mata aku peluang-peluang yang selama ini telah terbentang di depan mata, tapi tak 'nampak'.
"What brain don't know/care, eyes just don't see."
Pernah dengar? Hehe, ayat ini selalu diungkapkan semasa aku buat training housemanship. Ia bermaksud jika kita tidak ada pengetahuan dan minat, kita tidak nampak apa yang telah terbentang di depan mata. Contohnya, jika kita tak tahu bahawa pesakit kanak-kanak yang mengadu cirit-birit boleh disebabkan sakit Appeendicitis, kita mungkin menyangka sakit perutnya disebabkan oleh AGE semata-mata. Bahaya, kan?
Tapi, berbalik dalam kisah aku. Jika sebelum ini, aku masih ragu-ragu akan jalan hidup masa depan aku. Aku masih tak tahu apa yang aku mahu buat, atau ceburi. Aku masih terus leka dengan aktiviti dan kerja sehari-hari tanpa mempedulikan perancangan untuk masa depan aku dan keluargaku. Sehingga lah, aku dah semakin tiba ke persimpangan... aku resah kerana aku tidak pasti yang mana satu pilihanku.
Samada meneruskan pengajian dalam bidang perubatan (menjanjikan pulangan gaji yang lumayan, kerja terjamin, ada plan persaraan)
atau..
berhenti! Dan, kerja sendiri mengejar minat dan bakat sendiri (menjanjikan kepuasan diri, kebebasan masa dan tumpuan, boleh beri tumpuan kepada keluarga dan mak abah).
Dan kini, aku dah buat keputusan dan aku nukilkan di sini buat tatapan dan peringatan untuk diriku bahawa keputusan ini adalah pilihan AKU, dan segala kemungkinan dan masalah yang timbul akan aku tanggung tanpa menyalahkan sesiapa, mahu pun diri sendiri.
AKU MEMILIH UNTUK MENGEJAR IMPIAN HIDUP SENDIRI..
Dan.. aku akan merangka perancangan ini dengan sebaik mungkin. Buat masa ni, aku akan isi kepala otak aku ni dulu dengan kisah-kisah kejayaan, tulisan motivasi dan pengetahuan tentang perniagaan dan keusahawanan.
Hm.. ni antara artikel yang menarik untuk dikongsikan.
http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_med&pg=bm_med_bizarticle&ac=43
0 comments:
Post a Comment